Lincah tangan Aira menyediakan sarapan mereka pada pagi ini. Dia hanya duduk di counter table dan memerhati isterinya. "Nak aku tolong apa-apa tak?" Ray Cuma berbasa-basi menghilangkan rasa janggal diantara mereka.
"Tak perlu. Selagi saya jadi isteri awak, saya akan sediakan makan minum awak." Jawab gadis itu tanpa menoleh.
"Aku..." Ray buntu.
"Rasa sambal ni. Sedap tak?" Aira mengacukan sesudu sambal ke mulutnya. Sedap macam selalu.
"Sedap."
"Amboi, sweetnya anak dan menantu mummy ni." Mummy menegur kami yang leka merenung antara satu sama lain.
"Assalammualaikum dan selamat pagi mummy, daddy." Aira menyapa dan berpusing semula ke arah dapur mengacau sambal dimasaknya.
Langkah Aira yang menghidangkan sarapan di meja diikuti Ray dari belakang. Terkejut Ray apabila Aira berpaling ke arahnya. Aira yang juga terkejut mengundur ke belakang dan kakinya tersadung kaki meja. Pantas Ray merangkul pinggang isterinya mengelak dari tubuh itu rebah.
"Erk, thanks." Dada Ray ditolak. Terlampau dekat jarak antara mereka, nampak riak muka Aira yang tidak selesa dengan keadaan mereka. Malah, kelakuan romantic mereka itu menjadi tontonan pada mata daddy, mummy, tok ayah dan juga tok mummy.
"Dah tu Ray, sat gi lepas kami balik sambunglah." Sakat tok ayah.
Aku merasa semua memandang ke arahku. "Jemput makan semua."
"Muka dah merah macam tomato. Malu-malu pula dengan kami." Sakat daddy.
"Daddy, kesian isteri Ray ni. Makin merah pula, tengok tu sampai ke telinga merah." Kata dari mulut Ray lagi membuat aku menunduk malu.
"Cukuplah tu. Tok ayah..." merengek aku pada tok ayah. Tok ayah pula boleh ketawa besar. Ish.
Ray membaca doa makan dan kami masing-masing menjamu selera yang aku sediakan. Tak lekang pujian dari mulut daddy tentang sambal udang. Suka dan kembang hati bila semua duk puji. Tapi Ray asyik dengan makanannya. Sedap sangat kot sampai tak mampu berikan apa-apa komen.
YOU ARE READING
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...