Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...
Qorisy menyandarkan tubuhnya di balkoni sambil mata tepat memandang ke arah bulan terang yang menghiasi langit gelap malam itu. Dia terfikirkan anak lelakinya yang seorang itu. Sudah 3 minggu anak angkatnya itu berada di Malaysia tapi masih sibuk menguruskan kumpulan mafianya di Malaysia. Tidak padan dengan umur yang bakal menghadapi SPM. Sudah berkali dia membicarakan tentang persekolahan kepada Danny tapi hanya dipandang remeh sahaja. Tersedar dia dari lamunannya apabila telefon bimbitnya menjerit untuk diangkat.
"Assalammualaikum, daddy."
"Waalaikumussalam."
"Hey, what's wrong daddy? Are you okay? Tak sihat ke? Nak Intan datang melawat daddy ke?"
"Tak perlu, dear. I'm fine."
"Daddy, dari kecil kita kenal. Tak akanlah Intan tak dapat cam suara daddy sama ada tengah ok atau tak."
"Ok, ok. Daddy tengah fikirkan Danny."
"Jantan tu buat apa dekat daddy? Nak Intan belasahkan dia ke?"
"Dear, mind your language."
"I'm sorry, daddy. Teremosi pula."
"Ni kenapa call daddy?" tanya Qorish kepada anak angkatnya yang seorang ini.
"Saja-saja. Just nak minta daddy doakan Intan, abang Amirullah, abang Amiruddin dengan kak Iman punya exam pertengahan tahun."
"Daddy akan doakan kejayaan anak-anak daddy. Kirim salam pada semua, jangan lupa."
"Baik, daddy. Ok lah, daddy. Tomorrow is the big day. Got to go."
"Intan, after the exam. Can we meet? I need your help."
"Anything for you. Sweet dream, sleep tight, daddy. We love you. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam." jawab Qorisy selepas Intan meletakkan panggilan. Dia tahu yang Intan pasti akan menolong dia mengendalikan Danny.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.