"Pergh, lama gila tak lepak. Eh Ray mana?" Tanya Rafqal kepada Najmi.
"Hey Ray." Mereka menyapa Ray.
"Hey, bro. Kenapa ajak lepak tetiba ni?" Tanya Ray apabila melihat semua memandang tajam ke arahnya.
"Hujung bulan ni ada orang akan naik pelamin dengan cinta hati."
"Siapa, Nik?"
"Tu la. Yang hujung tu. Duk tersengih-sengih main telefon. Kalau macam ni baik semua balik je." Muncung Nik kearah Rafqal.
"Hahaha. Tamatlah zaman bujang dia. Finally." Ray menepuk bahu Rafqal lembut.
"Bukan setakat tu je beb. Dia pun dah lucut jawatan dari menjadi buaya tembaga Malaysia." Gelak mereka semua disitu.
"Ray, lama tak nampak Aira. Kenapa tak bawa dia sekali?" Dulu Aira ada sahaja mengikut Ray berjumpa dengan mereka. Tapi dah dekat 2 ke 3 bulan kelibat Aira bagai disorok.
"Dia tak sihat tadi." Ray menipu.
"Dengar cerita puteri yang berlagak turun dari kayangan tu selalu datang pejabat kau."
Sebelum Ray bertanya, Najmi mencelah "Aku yang cerita dekat diaorang."
"Haah. Kenapa?"
"Kau tak kesiankan Aira ke?"
"Tapi, aku tak cintakan dia." Semua terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Ray.
"Hari tu punya plan kata nak beritahu dia isi hati kau tu apa cer?"
"Aira hanya peneman aku je. Dia tak akan dapat ganti tempat Puteri di hati aku."
"Kau gila!" Rafqal menahan bengang.
"Patutlah aku nampak kau dengan Puteri dekat kedai emas hari tu."
"Aku lamar dia." Ray menunduk apabila sahabat-sahabatnya memandang tajam.
"The heck! Aku balik dulu." Rafqal bangun tapi sempat ditahan oleh Ray.
"Kenapa? Kau tak puas hati? Eh, jangan ingat aku tak tahu yang kau ada hati dekat isteri aku!" Tangan yang mencengkam kolar baju Rafqal ditepis kuat.
"Aku sedarlah. Dia isteri kepada kau. Xen tu ibarat kakak dan kawan sahaja, tak lebih dari itu." Ray bengang apabila sahabatnya lain juga mengikuti langkah Rafqal.
Aku tersedar apabila seseorang menyepak sofa. "Awak..."
"Hey, perempuan. Kau dengar sini ye elok-elok, kau tu hanya isteri atas kertas sahaja. Tak lebih dari tu."
Aku yang malas untuk membesarkan isu ini hanya membisu dan menunduk.
"Hey perempuan, kau dengar tak apa yang aku cakap?!" Dagu terasa pedih bila dicengkam kuat. Berbanding tenaga aku yang ingin melawan, pastinya aku mangsa yang lebih teruk terluka.
"Dengar." Tubuh Ray yang hilang disebalik lif, aku pandang. Sungguh hati ini merindui dia yang dulu. Tangisan yang ditahan akhirnya terhambur juga. Aku membawa diri keluar rumah. Kolam yang tenang itu dipandang. Kaki direndam di dalam kolam. Angin yang sejuk dan ditambahi air yang sejuk membuatkan tubuh ini sedikit menggeletar. Nak turun berenang waktu sebegini aku risau kerana hari ni pun sudah lewat malam. Lantas aku bangun dan melangkah naik ke bilik. Untuk hari ni entah kali ke berapa aku memujuk diri yang terluka.
-CKK-
PLEASE DONT FORGET TO VOTE AND LEAVE YOUR COMMENT.
P.S. PLEASE SHARE AND PROMOTE THIS STORY .

ANDA SEDANG MEMBACA
Datuk or Dato'?
RomantikaSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...