Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...
"Ibu, cuba duduk diam-diam. Nanti kakinya bengkak." Ariffudin dah pening kepala tengok ibunya ulang-alik dihadapannya berkali-kali.
"Mana Iman dan Ariffin? Dah pukul 10 lebih ni." Mentanglah abah mereka pergi ke luar negara ada urusan. Sedap sahaja lenggang keluar masuk rumah senyap-senyap. Kalau Ray telefon bertanyakan kenapa anak-anak tak pulang lagi dia mahu jawab apa.
'Aduhai, kau orang ni. Cepatlah balik. Selalu macam ni, jamming je sampai lupa daratan.' Kusut kepala Ariffudin menyorokkan aktiviti adik-adiknya. Seorang lagi dengan sikap mafianya dan yang lagi 2 orang asyik dekat studio berjamming.
"Hah, Ariffudin. Angah dengan Alang mana? Intan mana Intan?"
Ariffudin memimpin ibunya yang sedang berbadan dua duduk di kerusi. "Angah dengan Alang kan kata keluar dengan kawan sekejap. Intan dekat bilik gym tak menari mesti workout."
"Ask Intan to come down now. I need her help." Aku memegang perutku yang rasa sedikit senak. Nasib baiklah aku hanya ditahan beberapa hari sahaja di wad dan bukanlah berminggu atau berbulan. Tapi, itu semua kejadian yang berlaku beberapa bulan yang lepas.
Anak sulungku mengeluarkan iPhonenya dan mendail nombor Intan. Inilah anak-anak sekarang, satu rumah pun nak call bagai. Nak jerit pula takut terkenan dekat anak perangai pelik-pelik. Cukuplah kembar empatnya sahaja menurun perangai aliennya. Hehehe.
"Yes, ibu. Can I help you?" Tanya Intan yang turun dari tangga berpakaian sukan.
"Did you feel any contraction? Rasanya due date lagi 3 minggu " tambah Intan lagi bila melihat ibunya memegang perut.
"No lah sayang. I'm worried about alang and angah. Can you call your daddy, ask him to find them. Ibu call tak angkat, mesej tak reply. Nak beritahu abah takut."
"Hmm, along tak beritahu ibu the truth?"
Mataku memandang tajam ke arah putera sulungku. "Ariffudin..."
"Hehehe. Ibu... Peace..."
"So, Intan tell me."
'Aduhai, tak pasal-pasal aku yang kena beritahu. Along pun beritahu je lah. Jamming je pun. Hujung minggu. Biasalah anak muda.'
"Hello, baby. Jangan mengelamun waktu macam ni. I need your anwser." Aku menepuk bahu Intan.
"Angah dengan Alang pergi jamming dekat studio ayah member diaorang. Balik malam ni juga. Ibu jangan risau walaupun semua lelaki dan kakak Iman je seorang perempuan tetap ada abang Ariffin untuk jaga dia."
"Plus, we have learn martial arts from daddy. Right, along?" Tambah Intan lagi.
"But, kak Iman bukan black belt macam awak. Ok, ibu boleh lepaskan dia orang tapi sebelum pukul 1 pagi sudah berada dalam kawasan rumah. Ada faham?"
"Faham, ibu. Thanks." Intan dan Ariffudin mencium kedua-kedua belah pipiku dan memeluk erat tubuhku.
Kaki ibunya sudah melangkah ke arah lif untuk naik. "Abang, kau tak rasa ke ada someone tu lupa minum susu?"
Ariffudin yang faham maksud adiknya turut menguatkan suara, "Haah lah. Agak-agak kalau abah tahu mesti orang tu kena marahkan."
"Ok. Intan bancuhkan ibu susu." Kataku geram bila diperli. Pecah gelak mereka. Aku turut serta gelak mereka.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.