BAB 27

42K 1.4K 0
                                    

Sampai sahaja kereta di depan pagar rumah, kelibat tok ayah dan tok mak sudahpun kelihatan di muka pintu. Sempat aku menoleh kebelakang melihat semuanya sedang nyenyak tidur. Keluar sahaja dari pintu kereta, aku terus menerpa tok ayah dan tok mak. Tanpa menahan sebak dia terus memeluk tubuh tok mak erat. Berendam air mata aku dan tok mak. Manakala, tok ayah hanya rilek melihat drama jejak kasih kami.

Tangan tok ayah dan tok mak disalam dan dicium. Pintu penumpang dibuka. Aku sedar mata tok ayah dan tok mak tidak lepas dari melihat aku. Seorang demi seorang aku angkat masuk ked alam rumah. Tok mak yang faham terus membentangkan satu alas tilam untuk meletakkan mereka. Tengok masing-masing pulas tidur, tidak sedar lansung mereka sudah sampai ke destinasi. Aku berpatah balik ke kereta untuk mengangkat yang sulung pula.

Tiba-tiba, ada sebuah kereta terpakir betul bersebelahan dengan Estimanya. Mata ini meliar-liar juga ingin mengintai siapa pemandu dan tetamu tok ayah selain aku. Alangkah terkejutnya bila melihat tubuh yang segak bergaya itu keluar dari kereta itu. Aku terpaku dan dia juga terpaku. Tanpaku sedar, kini tubuhku yang sedang mendukung Ariffin dipeluk erat oleh mummy. Mummy memberi ruang bila anak kecil ini terasa tidurnya terganggu. Pantas sahaja tangan aku diheret mummy masuk kedalam rumah. Tapi, dihalang oleh Ray apabila melihat jejaka itu seperti ingin menolong menggendongkan Ariffin.

Kini, Ariffin berada dalam dukungan Ray. Nak menolak pertolongannya tadi, apa pula cakap mummy dan daddy. Dalam masa yang sama, mataku meliar. Mencari si Puteri yang berlagak turun dari kayangan itu, tapi tiada. Mulut ni gatal sahaja untuk bertanya mana maduku. Itupun kalau aku ini masih isteri kepada Ray. Bukan apa sebelum menjadi tunang kepada Ray, Ray sangat bangga membawa Puteri ke mana sahaja dia pergi. Kini, mana gadis itu?

Manakala, di dalam hati seorang lagi sedang berperang menyoalkan siapa anak kecil yang didukungnya. Sempat Ray memuji kecantikan dan kematangan yang ada pada raut wajah bersih itu. Kehilangan gadis itu tidak mengurangkan sedikit kecantikan dan kecomelan yang ada pada Aira. Malah, Aira kelihatan lebih berseri.

Masing-masing membisu. Hanya berperang dengan kata hati sendiri. Keempat-empat orang tua yang memerhati pasangan muda itu mendoakan agar ada peluang mereka bersama semula. Biarlah apa yang berlaku 4 tahun dahulu menjadi pengajaran kepada mereka. Kini, mereka sudahpun matang, matang untuk membuat keputusan. Malah, diri sendiri perlu redha jika apa yang mereka inginkan, tidak berlaku.

-CKK-

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now