BAB 7

44.1K 1.8K 14
                                        

"Selamat pagi, Datin." Ucapan tidak pernah lengkang dari bibir pekerja-pekerja Ray setiap kali bertemu dengan aku. Sampai aku naik segan menunduk.

Berdiri sahaja di depan meja Kayla, aku menghembuskan nafas panjang. "Fuhh."

"Eh, Xen." Tegur Kayla. Yang ni aku suka, setiausaha Ray ni jenis patuh dan turut je.

"Finally..."

"Why? What happen?" tanya Kayla bila melihat riak mukaku yang lega.

"You call me as Xen. Sepanjang aku naik ke atas nak menapak ke pejabat pakcik ni, asyik semua tegur. Datin, datin, datin." Kayla ketawa apabila mendengar luahanku. Kelakar sangat ke.

"Dah kau isteri boss. Isteri kepada Dato' Sri Paduka Putera Rayqal. Kenalah hormat. Kalau tak hormat, nanti kena pecat pula."

Sedang aku sibuk berbual dengan Kayla terdengar bunyi guruh dalam bilik Ray. Duhai...

"Kau keluar! Betulkan kerja kau, SEKARANG!" jerit Ray apabila pintu itu dibuka. Keluar seorang pekerja lelaki, tunduk.

Aku yang kurang berkenan dengan perangai singa pakcik ni terus melangkah masuk ked alam pejabat dia. Sebelum itu, "Awak, sila masuk semula kedalam bilik Dato'" kataku kepada pekerja itu. Aku nampak muka keruh yang takut-takut untuk melangkah, tapi aku balas dengan senyuman semanis boleh. Pandangan tajam dari Ray aku abaikan. Pintu bilik itu ditutup.

"Kenapa kau masuk balik? Aku dah halau kau keluarkan." Tajam kata itu dituju kepada pekerja itu.

"Saya yang suruh dia masuk."

"Cuba awak bincang elok-elok. Kenapa perlu marah-marah?" Aku mengusap lembut bahunya. Bagi redha api kemarahan itu.

"Boleh saya tahu, apa salah awak?" tanyaku pada pekerja itu.

"Maaf, Puan."

"Puan?! Isteri aku ni Datin Sri!" Pakcik ni, geramnya. Telinga aku rasa nak pecah bila suara kuat itu melantun.

"Tak apa. Saya tak kisah. Teruskan."

"Begini, puan. Sebenarnya, saya turunkan tandatangan pada dokumen tanpa baca dan ini menyebabkan satu projek pembinaan hotel di Terengganu tertangguh tanpa saya sedar." Takut-takut dia jelaskan pada aku.

"Saya harap awak tak lakukan kesalahan yang sama kerana ini melibatkan nama dan wang syarikat. Jika kita tak mampu siapkan projek pada tarikh yang dijanjikan pasti nama syarikat di pandang buruk diluar sana. Malah, kalau melibatkan wang pula. Jika dikenakan denda pasi syarikat perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar. Awak tak mahukan gaji awak dan rakan-rakan terganggu akibat dari kecuaian awak. Saya bukan mahu menangkan suami saya, tapi diluar sana akan pandang buruk pada boss besar awak dahulu. Mereka akan tanya kenapa CEO Permata Holdings tidak bertanggungjawab, padahal ianya kecuaian awak." Jelasku panjang lebar.

"Maafkan saya, Dato' Datin." Dia menunduk kesal dengan kecuaian diri sendiri.

"Awak boleh keluar sekarang. Jangan stress-stress." Tubuh itu keluar dari pejabat Ray.

"Suka?" Aku menoleh memandangnya yang sudah merenung aku seperti mahu ditelan.

"Suka." Aku senyum. Tanganku merangkul lehernya. Kaki dijingkit sebab ketinggian aku hanya paras dadanya.

"Kau tahu tak, dengan tindakan kau macam ni boleh buat pekerja aku pijak kepala aku." Katanya.

"Jom makan. Lapar. Jap, Xen. I mean Aira pergi amik mangkuk tingkat diatas meja Kayla." Aku keluar sebentar.

Sementara itu, Ray duduk disofa sambil melonggarkan tali lehernya. Pening kepala memikir sikap baik isterinya itu. Dia sedar niat Aira baik. Tapi, jika terlalu baik boleh menyebabkan orang mempergunakan kebaikan isterinya yang naif itu.

"Awak... Saya masakkan nasi tomato untuk awak." Kemunculan Aira dibalik pintu dengan senyuman manis membuatkan hati Ray tenang. Sungguh isteri dia itu penyejuk hatinya.

Mereka suami isteri menjamu selera sambil berbual. Tapi, dengan adegan romantik dimana si isteri menyuapkan si suami menggunakan tangan. Kayla yang hendak masuk, menutup pintu semula secara perlahan. Tidak mahu menganggu.

-CKK-

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT 

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang