BAB 12

39.4K 1.5K 3
                                        

"Mummy, daddy, tok ayah dan tok mak tidur sini ye." Ajak aku selepas semua tetamu yang lain sudah pun beredar. Waktu sekarang pun dah lewat malam. Kesian pula pada mereka yang sudah pun penat untuk memandu pulang ke rumah.

"Boleh je. Tapi sebelum semua naik berehat, mummy ada nak buat perhitungan sedikit." Kata mummy membuat aku tersenyum kelat.

"Ala mummy, dah lewat dah pun ni. Esok-esok la ye kita buat perhitungan." Cuba memujuk mummy.

"Perhitungan apa, mummy?" Pergh, soalan Ray ni bukan menyelamatkan keadaan.

"Sejak bila si Puteri tu balik Malaysia?" Aku nampak muka Ray kelat. Rupa cicak telan kapur dah.

"Macam mana mummy tahu?" Pura-pura bertanya.

"Cerekarama yang ditayang depan mata kami tadi, apa benda?"

"Jap, sejak pukul berapa mummy dengan semua ada dalam rumah ni?"

"Erk, mereka semua dah ready dekat dapur dari waktu Ray balik tadi." Dia memandang aku. Aku pula membalas dengan renungan yang tajam. Malu yang menyelubungi diri ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Puteri datang sebab ada urusan dengan Ray je mummy." Mulut mengkhianati tuan. Masih lagi mahu 'back up' si suami.

"Iye ke?" Tok Ayah menjeling aku. Aku membuat reaksi menzipkan mulut.

"Yes, I admit that she is back. But, now Xendra Aira have become my wife." Terang Ray.

"Ray, terus terang dengan tok mak. Kamu ada masih perasaan dengan Puteri ke?" Aku memandang kearah dirinya.

5 minit telahpun berlalu tapi Ray masih berdiam. Aku nampak dah buktinya sekarang. "Dah tu. Jom tidur. Mesti semua dah penatkan." Senyum cuba diukir di wajahku.

Semua dah aku hantar masuk ke dalam bilik. Tok ayah yang masih berdiri di depan pintu cepat-cepat aku tolak masuk ke dalam bilik. "Tok ayah pergilah tidur. Esok untuk sarapan Xen masakkan nasi lemak dengan sambal udang kegemaran Tok ayah."

"Xen, maafkan tok ayah." Dah kenapa pula orang tua ni minta maaf tiba-tiba. Aku rasa yang salah sekarang ni, aku.

"Bukan salah tok pun. Selagi Xen jadi isteri kepada cucu tok, in sya Allah Xen akan jaga cucu kesayangan tok tu sebaik mungkin."

"Walaupun tidak dicintai." Kataku perlahan.

"Dah tu, pergi tidur sana. Tok nak esok ada nasi lemak dan sambal udang buatan cucu menantu tok ni." Tok mengusap lembut kepalaku.

Selepas pintu bilik itu ditutup, aku mengeluh berat. Perkahwinan kami masih mentah pasti ini satu ujian yang diberikan Allah untuk mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri. Berat hati ingin membuka pintu bilik kami. Walaupun aku tahu Ray pasti sudah berada di dalam memikirkan isteri tak jadi yang baru ditemui siang tadi. Bila terfikir balik dengan cerekarama mereka petang tadi sebelum sambutan hari jadi tadi. Aku merasa keliru dengan luahan itu, sama ada jujur atau hanya kata-kata di bibir sahaja.

"Maafkan saya." Aku melangkah ke bilik aku terletak disebelah bilik kami. Tubuh yang letih direbahkan di atas katil yang empuk. Teddybear besar dipeluk ketat. Air mata yang cuba ditahan perlahan-lahan mengalir.

-CKK-

DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT. PLEASE READ MY OTHER STORIES TO. ENJOY IT.

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang