"Seriuslah bos. Saya tapau makan dekat atas sahajalah." Kayla masih memberi alasan.
"Ish, kau ni tak faham bahasa ke? Bos kau dah suruh belah pergi makan, pergi jelah." Halau Puteri. Kayla menahan sahaja hati yang geram. Kalau boleh mahu sahaja dia menonyoh-nonyoh bibir plastik tu. Aira isteri kepada tuan syarikat ni sendiri tak pernah menghalau dia, siapa perempuan ni nak menghalau dia.
"Ikut awaklah Kayla." Puteri menjeling ke arah Kayla.
Ray berpaling masuk ke dalam pejabatnya dan Puteri membuntuti langkahnya. Kepala yang berdenyut dipicit. Tubuh dilabuhkan disofa.Puteri yang mengangkat kepalanya dan letakkan diatas riba dibiarkan. Malas untuk bergaduh mulut buat sakit kepala sahaja.
Pada mulanya, Puteri hanya memainkan tangannya dengan membelai rambut Ray. Tapi apabila dia melihat mata kuyu itu terlelap, dia menunduk. Perlahan-lahan melonggarkan tali leher Ray, kemudian butang kemeja lelaki itu dibuka satu-persatu. Tangannya terhenti di butang ketiga apabila paklong, ayah kepada Ray dan ayah angkatnya terjengul di pintu pejabat.
"Ray!" Terkejut Ray bila disergah sebegitu. Lenanya terganggu. Tapi, lebih mengejut bila melihat tangan puteri berada di dadanya yang terdedah.
"Daddy, I can explain."
"Lepas habis waktu ofis kita bincang dekat rumah." Tan Sri Syarif rasa terkilan dengan tingkah anaknya. Bagaimanalah perasaan isterinya dan menantu apabila mengetahui perkara ini?
"Tapi sebelum tu, jujur dengan daddy. Kamu cintakan siapa?"
"Puteri." Ray terasa menyesal dengan jawapannya sendiri. Entah kenapa dia rasa seperti dia menipu diri sendiri. Wajah daddy dan pak ngah dipandang, raut mereka menunjukkan mereka sangat-sangat kecewa.
"Kalau macam tu, nikahi anak pak ngah." Tan Sri memandang adik iparnya dengan pandangan tidak percaya.
"I love you, papa." Puteri memeluk lengan ayah angkatnya. Senang dengan apa yang diperkatakan oleh orang tua yang membesarkannya seperti anak sendiri.
Langit petang yang redup dipandang lama. Sebelum masuk melangkah ked alam rumah mummy aku melepaskn satu keluhan. Tangan mengusap dada yang berdebar laju. "Assalammualaikum, mummy." Aku meletakkan beg kertas ketepi dan memeluk mummy dari belakang. Asyik sungguh mertuaku dengan bunga orkidnya. Dengar kata bunga orkid ni bukan senang untuk dijaga. Tapi melihat dengan koleksi bunga orkid mummy memang nampak minat mummy yang dalam terhadap penjagaan tanaman itu. Lagipun, nama mummy juga Puan Sri Orkid. Nampak tak persamaannya disitu.
"Eh, Xen. Lama dah ke sampai?"
"Adalah dalam 2 3 minit. Mana nak perasan kita yang comel ni kalau sibuk belek orkid-orkid dia." Aku mencebik bibir tanda merajuk. Mummy tersenyum suka.
"Kamu dari mana ni? Datang dengan siapa?"
Banyak pula soalan mummy. "Dari rumah. Farid hantarkan." Walaupun sebenarnya aku ni baru sahaja lepas check up.
"Kenapa mummy tengok kamu ni makin berisi. Ada sorok apa-apa ke dari mummy?" Uish, soalan mummy buat aku rasa senak. Untuk lari dari persoalan itu, aku menawarkan diri untuk sediakan juadah hi-tea untuk petang ini. Pasti sahaja nanti daddy akan balik untuk minum petang selepas penat berkerah tenaga di pejabat. Aku tidak pula memberitahu Ray tentang keberadaan aku, apabila dia pernah mengamuk beberapa minggu lepas bila aku sering mesej atau telefon untuk meminta izin keluar dari rumah.
"Mummy tak setuju!" Aku menyembunyikan tubuhku disebalik pintu apabila mendengar suara tegang mummy.
"Kak, anak kita saling mencintai antara satu sama lain. Restuilah mereka." Suara mak ngah cuba memujuk mummy.
"Sampai hati Ray buat mummy macam ni." Sebak hati mendengar suara sayu mummy.
"Kita tunangkan mereka awal bulan depan. 2 minggu lepas tu, nikah." Cadang pak ngah.
"Macam mana dengan Aira?" tanya daddy.
Aku keluar dari persembunyian. Senyuman manis cuba diukir. "Assalammualaikum."
"Aira." Jangan tunjukkan riak sebegitu daddy, mummy.
Ray terkejut melihat tubuh isterinya berdiri disitu. Kenapa hatinya rasa senak? Kenapa gadis itu masih mengukirkan senyuman? Kenapa? Kenapa?
"Daddy ada nak tanya Aira apa-apa?" Tanya aku kepada daddy.
"Tak ada apa-apa, Aira. Aira tolong buatkan air kopi untuk daddy." Aku tahu itu hanya taktik daddy untuk menghalau aku dari perbincangan ini.
"Baik, daddy." Aku meletakkan dulang.
"Sabar." Puteri menahan langkah aku.
"Ray nak kahwin dengan aku. So, dia akan ceraikan kau tak lama lagi." Lancar sahaja mulut itu berkata.
"Puteri!" serentak Ray, mummy dan daddy menjerit kecil.
"Awak... Saya izinkan. Nikahilah wanita yang awak cintai ini. Dia berhak mendapat cinta awak bila dimana dia membahagiakan awak. Saya minta maaf sebab tak mampu jadi isteri yang baik untuk awak." Aku cuba menahan air mata.
"Aira minta diri dulu. Kopi daddy ada dekat dapur, nanti mummy tolong hidangkan pada daddy ye. Assalammualaikum." Tangan mummy dan daddy aku salam dan cium. Sempat aku menyapu air mata mummy. 'Daddy, mummy maafkan Aira sebab tak mampu membahagiakan Ray.'
Langkah Aira yang membawa diri terasa membawa separuh jiwanya. Tapi, Ray masih terkaku berdiri di situ.
Tanpa pengetahuan mereka, terbit senyuman dua wanita yang ada disitu. Mereka rasa menang apabila orang yang dibenci itu akhirnya kalah.
-CKK-
DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT.
YOU ARE READING
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...