Ray duduk disofa kegemarannya. Kelibatnya masih tidak kelihatan. Maklumlah, hari-hari sebelum ni pasti Aira sudah tegak berdiri di muka pintu menyambutnya pulang dari kerja dengan segelas air. Tapi, hari ni tidak. Sebab? Aira nya terlalu asyik menari di dalam bilik gym. Ya, gadis yang dilihat menari dalam iPadnya adalah isterinya sendiri. Tanpa pengetahuan isterinya bilik gym itu sudah lama dipasangkan cctv untuk keselamatan. Namun, tidak sangka ia menjadikan satu sumber untuk menonton kehebatan isterinya dalam seni tarian.
Aku mencabut pendrive dari speaker. Peluh yang mengalir dilapkan dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu. Rasa segar badan kerana dapat menari. Jam yang berada dipergelangan tangan ditelek. "Ya Allah, pukul 6 dah. Mesti cik abang tu dah bilik." Pantas aku berlari menuruni tangga. Walaupun, kaki pendek tetap aku jangkau 2 tangga. Nasib baik tidak tersandung.
Ray yang sudah jangka isterinya turun ke bawah pantas memasukkan iPad ked alam beg bimbit kerjanya. "Kau dari mana?"
Aku berdiri di depannya. Aduhai, nak jawab apa. Tangan sudah dibawa ke atas kepala menggaru walaupun sebenarnya tidak gatal. "Kemas bilik tadi, tukar cadar semua. Tu yang tak sedar awak balik."
Ray sembunyikan senyum mendengar jawapan isterinya. Pandai sungguh menipu. Isterinya itu patut sedar, tingkahnya itu sentiasa diperhati kerana setiap genap penjuru rumah ini sudah dipasangkan cctv dan bukan hanya bilik gym.
"Aku nak jus epal."
Aku laju pergi ke dapur menyediakan sepertimana yang diarah Ray. Sungguh semasa melihat dia duduk tersandar di sofa dengan lengan kemeja dilipat atas siku, butang dibuka sehingga menampakkan dada, tali leher longgar di leher, rambut yang kusut tapi seksi. Aku menggigit bibir bawah. Seksa jiwa asyik melihat suami yang terlampau seksa dilihat.
"Jemput minum." Aku menghulurkan kepadanya dan duduk disebelahnya. Tak kan nak berdiri pula kan.
Ray meneguk jus epal yang disediakan Aira. Sekali teguk, habis. Dahsyat.
"Awak dahaga sangat ke?" Tanyaku.
"Sangat. Dahagakan kasih sayang dari kau." Renungan tajam Ray menusuk ke jiwa.
"Saya nak naik atas. Nak mandi. Berpeluh teruk ni." "Awak pun pergilah mandi. Nanti saya sediakan makan malam. Don't worry, saya mandi dalam bilik mandi saya." Kataku.
Kenapa aku kata bilik mandiku? Ini kerana Ray menyediakan satu bilik khas untuk ku tapi ada pintu yang menghubungkan bilik aku dan bilik kami. Bilik itu kiranya untuk waktu privasi aku. Cadangan dari mummy nya juga. Sedangkan aku dah mentah-mentah tolak, tapi dia tetap dengan keputusannya. Patuh sungguh pakcik ni dengan mummy dia.
Aku sibuk di dapur memotong kek blueberry cheese sebagai dessert. Tiba-tiba, ada tangan memeluk pinggangku. Kepalanya di letakkan dibahuku. Rambutku dicium. Debaran di dada sangat kuat. "Sedap masakan kau tadi." Pujinya.
Suka aku dengan pujiannya. "Hari ni saya buat kek blueberry cheese sebagai dessert."
"Macam ni hari-hari, boleh gemuk aku."
"Eh, tak apalah. Itu tandanya yang saya ni pandai ikat perut awak." Jawabku.
"Ni mesti percaya dengan kata-kata orang tua."
"Mestilah. Orang-orang tua dah lebih makan garam daripada kita. So, what they say we need to listen."
"Ni sebab banyak sangat menghabiskan masa dulu-dulu dengan tok ayah dan tok mak."
"Dengki."
"Mana ada."
Aku berpusing, kini tubuhku menghadapnya. "Kerana tok ayah dan tok mak lah, saya dapat menjadi isteri kepada Dato Sri Paduka Putera Rayyan, jutawan yang memiliki macam-macam perniagaan. Antaranya, perkapalan, perumahan, penghotelan dan banyak lagi. Jutawan pada usia muda."
"Suka lah kau dapat pangkat Datin Sri Paduka." Katanya dengan senyuman sinis.
"Saya tak kejar pangkat awak. Sebelum tok ayah jodohkan kita, saya tak tahu pun yang cucu dia ni ada pangkat Dato Sri Paduka." Beritahu aku dalam nada tegas. Tidak mahu dipandang rendah.
"Eh, jangan marah." Aku membuka mulut bila dia menyuapkan kek.
"Pandai kau buat dessert. Pilihan tok ayah tak pernah mengecewakan." Katanya dengan mulut yang penuh dengan kek. Kemudian, dia pergi dengan tangan membawa sepinggan kek yang aku potong tadi. Nasib baiklah sayang. Aku membuka peti ais yang besar itu dan memasukkan semula kek yang berlebihan.
-CKK-
Don't forget to vote and comment.
ANDA SEDANG MEMBACA
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...
