BAB 11

40.1K 1.5K 18
                                        

"Nak pergi mana tu?" Tanya dia. Tanganku masih digenggam olehnya, itupun sebab aku salam dan cium tangannya selepas kaki aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Nak naik atas. Saya penat." Jawabku perlahan. Malas mahu menimbulkan pergaduhan.

"Dengar dulu apa yang aku nak cakap."

"Awak, awak pergi mandi dulu dan rehat. Lepas tu, nanti kita bincang."

"Tak nak."

"Awak, please."

"Xendra Aira!"

"Apa?"

"Tolong, tolong dengar penjelasan aku."

"Penjelasan apa? Penjelasan yang awak dah jumpa semula dengan pemilik hati awak. Macam tu." Aku terkaku bila bibirnya melekat dibibirku. Aku cuba menolak tapi pinggangku ditarik rapat.

Aku mencari nafas bila dia melepaskanku. "I love you."

"I love you so much, Datin Sri Paduka Xendra Aira."

"Tapi."

"Puteri hanya masa silam yang pernah hadir dalam hidup saya. Selepas dia buat keputusan untuk pergi dari hidup saya kerana tidak bersedia untuk menjadi isteri kepada Dato' Sri Paduka Putra Rayqal, saya juga buat keputusan untuk melepaskan dia dari hidup saya. Kini, saya dah temui siapa yang layak menjadi pasangan saya hingga ke syurga. Hanya kau. Hanya Xendra Aira layak menjadi isteri saya, sahabat saya, ibu kepada anak-anak Dato' Sri Paduka Putera Rayqal." Aku menangis terharu dengan luahan hatinya.

Aku menarik tali lehernya, kini jarak antara kami sangat rapat. "Habis tu kenapa Puteri tu main tali leher awak. Menari-nari jari dia dekat dada awak tadi. Sakit tau hati ni, sakit sangat."

"Erk..."

"Awak siap memanggil nama dia mendayu-dayu. Puteri..." Aku menyebut nama Puteri sepertimana cara suamiku menyebut nama isteri tak jadi dia tu di pejabat tadi.

"Erkk."

"Awak jangan nak main-mainkan hati saya. Kalau awak masih cintakan dia dan teringinkan dia menjadi isteri awak. Saya redha. Saya bahagia kalau awak bahagia." Aku melepaskan tali leher itu dan berlalu pergi.

"Dah lah awak buat sikap acuh tak acuh pada saya dari pagi tadi. Kemeja yang saya sediakan, awak tak pakai. Sarapan yang saya hidangkan awak tak sentuh. Malah, awak tinggalkan saya terpinga-pinga bila awak belah macam tu ke pejabat tadi. Patutlah pun, sang kekasih dah menunggu di pejabat. Siapalah saya ini, hanya cucu angkat yang dibela Tok Mak dan Tok Ayah dari kecil, tidak beribu dan berayah. Mana layak nak berdamping dengan orang yang berpangkat dan dipandang hormat di mata dunia."

Tiba-tiba, lampu terpadam. Aku yang melangkah ke depan tadi, mengundur semula dan memeluk Ray. Gelap gelita. "Awak..."

"Awak..." Tubuh rasa semakin seram bila tiada tindak balas dari Ray. Aku peluk siapa? Kenapa rasa berbulu-bulu pulak. Aku mengusap, rasa lembut. Tapi dalam fikiran dah bayang lembaga hitam rambut panjang dan aku mengusap rambutnya. Mulut terkumat-kamit membaca ayat-ayat pelindung.

"Ray..." Aku dah duduk memeluk lutut.

"Happy birthday to you.... Happy birthday to you..." Aku mendongakkan kepala. Lihat wajah Ray dari pantulan cahaya lilin yang ada diatas kek. Lantas, aku bangun dan berlari ke arahnya dan memeluk. Nasib baik Najmi sempat menangkap kek yang dipas oleh Ray. Semua menarik nafas lega dan senyum dengan tindak tanduk Xendra.

"Happy birthday sayang." Bisik Ray lembut ditelingaku. Aku mencium pipinya berkali-kali dan sedar apabila si Rafqal beruhuks. Simbol 'peace no war' terbit di jari.

Ruang tamu yang tadi gelap kini cerah apabila lampu dipasang semula. Ramai juga yang ada. Aku berlari pula kearah tok mak dan tok ayah. Sungguh hati ini rindu akan mereka. Macam mana aku boleh lupa dengan hari lahir aku hari ini.

Tangan daddy dan mummy aku salam dan cium. Sempat mummy berbisik, "Xen dengan Ray ada perhitungan dengan mummy lepas habis majlis ni." Air liur yang ditelan terasa kesat.

"Thanks bros." Aku mengucap terima kasih kepada sahabat-sahabat baik Ray. Isteri-isteri mereka aku salam. Maklumlah, untuk pengetahuan kau orang aku paling muda antara isteri-isteri mereka.

Semua menghulurkan hadiah. Segan pula dah tua-tua masih dapat hadiah. Ray memeluk aku dari belakang dan aku pula senang bersandar di dadanya. "Thanks semua."

"Dah-dah. Jom potong kek." Ajak Ray. Walaupun kejadian petang tadi masih tidak dapat luput dari ingatanku, tapi aku biarkan ketepi dahulu. Kini masa untuk aku menghargai orang sekeliling yang masih menyayangi dan menghargai aku.

-CKK-

PLEASE DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT.

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang