BAB 28, BAB 29, BAB 30

49.2K 1.5K 70
                                        

BAB 28

Semua kini sedang menikmati makan malam. Aku sedar mata-mata mencuri pandang aku, tapi aku biarkan sahaja. Mungkin masih tertanya-tanya akan kewujudan 4 tubuh yang sedang terbaring lena di ruang tamu.

Pertanyaan daddy menghilangkan kebisuan yang dari tadi menyelubungi kami. "Xen, sihat?"

"Alhamdulillah daddy."

"Macam mana dengan study? Setahu daddy, kamu punya study 1 tahun setengah sahaja. Selebihnya kamu buat apa?"

Ray memandang daddynya. Maknanya, selama ini orang tuanya tahu akan keberadaan isterinya. Tapi dirahsiakan.

"Alhamdulillah. Xen berjaya juga genggam ijazah. Sekarang ni, Xen tengah usahakn bisnes."

"Wah, menantu mummy sekarang businesswoman." Bangga mummy.

Aku bangun membawa pinggan kotor ke dapur. Tok mak dan mummy telah aku halang dari masuk ke dapur. Urusan mengemas meja dan membasuh pinggan dibuat oleh aku. Sedang aku mengelap pinggan yang dibasuh untuk disimpan dalam kabinet. Ada satu tangan merangkul pinggangku. Haruman itu sudah acapkali aku bau dahulu.

Aku rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang. Dimana aku terperangkap diantaranya. Berani pula pakcik ni mencium-cium ubunku.

"Awak?"

"Apa, sayang?" Dia sebut apa tadi?!

"Puteri mesti tak suka kalau tahu awak buat macam ni dengan saya."

"Hmm." Hmm dengan pakcik sorang ni memang tak boleh lekang ya.

"Awak..." Aku terasa sedikit bengang bila dia tidak faham dengan situasi ini.

"Awak!"

"Apa, sayang?"

"Saya bukan isteri awak." Ray memusingkan tubuhku menghadapnya. Aku tunduk. Tak mampu nak melawan renungan tajam itu.

"Siapa cakap?!" Ternaik bahuku terkejut dengan suara kerasnya.

"Xen. Oops, sorry. Mummy tak ada niat nak ganggu korang." Teguran dari mummy menyedarkan kami.

"Eh, mana ada ganggu. Mummy nak apa-apa ke?" Tanyaku bila mata mummy sekejap pandang aku sekejap pandang anak teruna dia.

"One of the kids awake." Aku mengelapkan tanganku yang basah pada kain yang tergantung di kabinet dapur. Pantas aku membawa kaki kearah anak-anak. Ray dan mummy mengikut dari belakang.

"Iman." Dah cebik dah anak dara seorangku. Belum sempat aku pergi arah Iman, dia sudahpun berlari memeluk kakiku. "Ibu..."

"Iya sayang. Anak ibu lapar ke?" Iman mengangguk sambil menenyeh matanya. Mungkin gatal. Tangannya aku tangkap menghalang dari terus menenyeh. Kan dah merah matanya.

"Anak ibu tolong kejut along degan adik-adik. Nanti ibu datang suapkan. But, first"

"Wash face." Celah Iman.

"Good girl." Iman mengejutkan along dan adik-adiknya. Tapi yang bangun hanya Intan sahaja. Manakala, dua anak terunaku memejam mata berpura-pura tidur. Sengaja ingin mencari pasal dengan Iman.

"Ibu, tengok along dan alang." Adu si angah.

"Ariffin, Ariffudin." Tegak 2 teruna itu bangun dengan tabik hormat.

"Mari basuh muka." Aku memimpin tangan mereka.

"Oh ye, sekejap Xen minta diri siapkan budak-budak ni." Aku meminta izin.

BAB 29

"Tok ayah, siapa budak-budak yang Aira bawa?" tanya Ray.

Tok ayah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Ray pula masih tertanya-tanya siapa. Dari waktu mendukung budak lelaki tadi dia ingin bertanya tapi cuba ditahan. Apabila melihat 3 tubuh lagi budak terbaring diatas alas tilam lagi membuatkan dia terdesak untuk tahu.

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang