Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...
"Daddy, kalau ada budak-budak nampak perempuan tua tak sedar diri tu dekat rumah kami atau hospital pastikan inform dekat Intan."
"Ok, baby. Ish, kamu ni. Siapa yang leader sebenarnya?" Garang Qorisy bertanya.
"Hehehe. Sorry, terlebih sudu pula dari kuah. Daddy ah ni punca. I got to go. Along bukan boleh cover lama-lama. Love you, daddy." Intan mematikan panggilan.
Tengku Qorisy Awal, ketua mafia yang berada di UK. Kawan baik ibunya tika belajar di sana. Tapi telah pulang semula ke Malaysia selepas membuat keputusan untuk terus menetap menguruskan syarikatnya di Kuala Lumpur. Seorang duda dan merupakan guru seni pertahanan mereka bereempat. Tidak sangka minat Intan terlalu dalam dengan ilmu pertahankan diri membuatkan dia secara sembunyi belajar menembak, memanah dan berlawan pedang dengan ayah angkat kesayangannya. Malah, Qorisy juga telah menghadiahkan dia satu kumpulan anak buah untuk diuruskan. Sebab itu kenapa dia berani mengugut Puteri yang berlagak turun dari kayangan itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ray melihat anak-anaknya yang sedang leka memandang tubuh ibu mereka yang terbaring di atas katil. Sungguh dia rasa serba salah. Sedikit sebanyak punca isterinya kemalangan pastinya keadaan yang mencurigakan antara dia dengan Puteri.
Dia amat terkejut bila mata-mataya memberitahu tentang perbualan anaknya Intan dan Puteri. Anak gadisnya itu perlu mendengar penjelasannya terlebih dahulu kerana hubungan dia dan isterinya bukan disebabkan oleh Puteri. Lagipun, dia sudah tahu niat Puteri dari awal lagi.
"Intan, boleh teman abah sekejap ke kafe? Biar along, angah dengan alang tengokkan ibu." Kata Ray lembut. Dia tidak tahu apa yang tersembunyi dalam hati gadis itu. Anaknya yang seorang ini sangat unik dari abang dan kakaknya.
"Boleh, abah. Mesti abah laparkan. Maaflah sebab kami terlupa nak bawa bekalan untuk abah." Intan merangkul lengan abahnya dan mereka berlalu pergi.
Sementara berjalan kaki menuju ke kafeteria hospital. "Intan, apa yang Intan nampak dalam hubungan abah dengan ibu sejak kebelakangan ini?"
"You cheat her." Selamba sahaja Intan menjawab. Tiada tapis-tapis. Abahnya pun satu nak curang ke, pasang lagi satu ke janganlah pilih perempuan yang sama. Ibarat macam tak belajar dari pengalaman.
"Abah, sayang dan cintakan ibu Intan. Hanya Allah sahaja tahu betapa dalamnya cinta abah terhadap ibu. Cuma, apa yang berlaku semua ini bukan sebab abah curang atau duakan ibu. Lansung tak ada niat di hati abah untuk berpaling tadah. Kehilangan ibu dengan along, angah, alang dan Intan tak kan sama sekali abah nak ulangi semula. Semua tu perit bagi abah."
Intan menarik abahnya duduk di kerusi yang ada di taman hospital. Rasanya lebih sesuai taman ini menjadi tempat perbincangan dari hati ke hati antara mereka berdua. Kalau di kafeteria mahu bising dan terganggu.
"Kalau perit bagi abah, kenapa abah mengelak dari ibu dua tiga hari ni. Ibu mungkin tak beritahu dan luahkan kepada kami. Tapi, Intan tak buta untuk baca muka seorang ibu yang sedang berperang dengan kata hati."
Ray mengusap lembut pipi Intan. Gadis ini amat menyerupai isterinya. "Abah cuma tidak mahu ibu risau bila tahu kemunculan semula Puteri. Memang abah mengaku abah sakit kepala, semak dan serabut dengan Puteri tiba-tiba terpacak dekat pejabat abah. Tapi, itu tak bermaksud abah ada hati lagi dengan dia. Euw."
Intan menahan gelak dari terlepas bila abahnya memberi reaksi yang memang dia euw dengan perempuan tak malu tu.
"Eh, gelak je la. Abah sebenarnya nak ke Pulau Pinang nak uruskan hal berkait dengan resort di sana termasuk ingin bersua muka dengan suami Puteri. Nak pesan supaya dia simpan elok-elok wife dia tu. Ada ke patut dia mengaku janda padahal masih lagi berstatus isteri orang."
Intan menggeleng kepala. "Tak patut, tak patut."
"Abah tak sangka dalam kesibukan urus tu semua menyebabkan abah abaikan ibu. Abah betul-betul rasa bersalah dan hanya harap ibu akan faham keadaan abah."
Intan menepuk bahu abahnya. "In sya Allah ibu akan faham kalau abah cuba jelaskan daripada awal. Kayla inform me that ibu on the way to pickup us from your office. Is there anything happen while her in your office?"
"She caught me while Puteri holding my hand. Melekat macam kucing Parsi." Terus terang Ray. Tidak mahu sembunyi apa-apa daripada anaknya itu seorang. Dia pasti jika Intan tidak tahu daripadanya pasti akan dikorek-korek hingga ke lubang cacing untuk tahu puncanya. Malah, dia juga tahu tentang aktiviti anaknya dengan sahabat baik isterinya, Tengku Qorish.
Biarlah Intan menganggap dia tidak tahu aktivitinya yang satu itu. Lagipun, mata-mata dia sentiasa melaporkan apa yang dilakukan anak-anaknya. Tidak kira yang sulung atau bongsu. Tidak kira yang perempuan atau lelaki. Selagi benda buruk belum berlaku dia tidak akan sama sekali masuk campur urusan anak-anaknya kerana dia tahu bahawa putera puterinya sudah pasti tahu membezakan yang mana buruk dan yang mana baik.
"After ibu sedar, Intan nak abah jelaskan semua. Tak mahu ibu stress nanti adik yang dalam perut tu pula mangsanya. I love both of them and I also love you, abah." Gadis itu mengucup pipi abahnya. Nasib baiklah abahnya itu tidak ada hati untuk berkasih semula dengan perempuan jahat itu.
"I love you too, my baby. So, lepas ni boleh lah jadi orang tengah untuk jelaskan pada along, angah dengan alang."
"Hehehe. Macam tahu-tahu je abah ni." Intan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Abah bukan tak mahu jelaskan pada semua terus. Tapi abah tahu, Intan tahu cara pendekatan yang lebih menarik untuk diterangkan kepada anak abah yang lain tu. Abah sayang kau orang sama rata, tak ada beza-beza." Beritahu Ray pada anaknya.
"Sokey la abah. Along, angah dan alang faham. Kami tahu abah dan ibu sayang kami. Kalau tidak tak ada nya abah besarkan dan manjakan kami dari kecil lagi."
"Patah balik wad semula ye abah?" Tambah Intan.
Ray menarik hidung mancung anaknya. Nakal. Tahu sahaja katanya ingin ke kafeteria cumalah alasan untuk berbual. 'Terima kasih Allah kerana hadiahkan anak gadis ini menjadi cahaya mataku. Semoga dia menjadi anak solehah dan baik untuk kami. Termasuk juga abang-abang dan kakaknya.' Doa Ray dalam hati.
-CKK- Gigih sis sambung sbb tgh ada idea. Pandai tak sis twist kn cerita ni? (Puji diri sendiri lak 🙈) Jangan lupa komen tau, sis akn baca and reply. Eh sebelum tu, tekan jap button tu. Button ape? Button vote la. Hehehe. Love you guys 😘😘😘