Ray di bilik tidak duduk senang. Masih menunggu isterinya masuk ke dalam bilik mereka. Dia perlu menerangkan segalanya.
"Aduhai, mana Aira ni?" Jam yang melekat di dinding di pandang sekilas. 1 jam dah berlalu tapi kelibat isterinya masih tidak lagi kelihatan. Tombol pintu yang menghubungkan bilik mereka dengan bilik Aira dipulas perlahan.
"Patutlah lama aku tunggu kesayangan aku ni. Dekat sini rupanya." Ray memandang wajah lembut itu. Air mata yang mengalir di mata itu disapunya. 'Aduhai Ray, walaupun kau mengatakan yang diri kau sudah jatuh cinta pada gadis ini tapi hati kau masih lagi mengingat kenangan kau dengan Puteri.' Bisik hati Ray.
Kemunculan Puteri sewaktu hatinya ingin membuat keputusan terganggu. Dia tidak tahu dan tidak pasti dengan hatinya. Wajah cantik Puteri yang melangkah masuk ke pejabatnya tadi terbayang di matanya. Kenapa perempuan yang ingin dia angkat darjat sebagai isterinya larikan diri? Padahal mereka sudah pun bercinta dalam jangka yang lama. Terpaksa dia mengahwini gadis polos ini.
"Don't leave me!" Tersedar Ray dari mengelamun bila Aira meracau-racau.
"Shussh." Ray mengangkat teddy bear besar itu letak ketepi dan dia menggantikan dirinya ditempat teddy bear besar itu. Semakin erat pula rangkulan di pinggangnya. Dadanya dijadikan bantal oleh Aira.
Aku mencelikkan mata. Tubuh yang ingin menggeliat membeku. Otak masih proses memikirkan bagaimana aku boleh tidur beralaskan pakcik ni. Aduhai nak biarkan sahaja tak patut pula sebab nanti dia terbabas subuh dosa dekat aku juga. Haish, Xen ni kan tanggungjawab.
"Ray. Ray." Tubuh itu digoncang lembut.
"Hmm." Ray menggeliat kemudian menarik aku semula ked alam pelukannya. "Puteri. Baby kenapa ganggu I tidur ni?"
Dada yang rasa pedih aku cengkam. "Rayqal, bangun. Subuh ni."
"Eh, Aira." Ray menggosok matanya. 'Duhai macam mana boleh sebut nama Puteri pula.'
"Ya, saya Aira belum tukar jadi Puteri awak lagi. Saya nak subuh dan sediakan nasi lemak untuk sarapan." Kaki aku bawa ke bilik mandi untuk bersihkan badan.
Lama aku berendam di dalam tub yang dipenuhi air. Shower yang dipasang juga menyirami hati yang terluka ini.
-CKK-
DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT. PLEASE HELP PROMOTE MY STORY.

ANDA SEDANG MEMBACA
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...