"Ibu!!!!!!" Aku yang terkejut terus terduduk bangun sambil menggosok-gosok mata. Siapa pula yang menganggu lenaku. Tangan kiri meraba-raba sebelah tapi kosong. Eh, kemana pula si suamiku yang tercinta. Mata semakin membesar apabila melihat si kembar berpakaian sekolah sambil Ray berdiri di belakang memegang tali leher.
"How can you forget? Today is our first day school, ibu!" kata si Intan tegas.
Erk. Dahi dah ditepuk kerana lupa dengan hari penting mereka. Aku bangun dari katil dan menyanggul tinggi rambutku. "Wait, ibu need to wash face and brush teeth first. Can you ask Yati to make breakfast for them, please?" Aku berkata kepada Ray.
Ray senyum dan mengangguk. Biarlah hari ini isterinya rehat. Manakan tidak, Aira baru sahaja pulang dari UK bersama dengan Gayah lewat malam tadi. Dia sendiri pun tidak sedar kepulangan isterinya sehinggalah dia bangun pagi tadi menunaikan solat subuh. Itu tidak mahu mengejut isterinya terlalu awal dia membuat keputusan dengan mengejut anak-anaknya untuk bersiap pergi sekolah. Siapa sangka kini si kembar empat sudah pun berumur 7 tahun. Ini menunjukkan bahawa hari ini hari pertama mereka akan menjejak kaki ke sekolah rendah. Teringat pula perbualannya dan isteri 2 bulan lepas.
"No!"
"Why?" Ray sudah mengangkat kening.
"Sayang tak nak lah. Biarlah dia orang semua sekolah biasa sahaja. Lagipun, ada sahaja Farid untuk ambil dan hantar mereka. Eh, tapi kalau awak izinkan saya drive, saya boleh sahaja."
"No!" Tak sempat Aira menghabiskan ayatnya Ray sudah mencelah.
"Abang tak akan sama sekali benarkan sayang drive. That's why I ask Farid to follow and drive you whenever you want to go out." tambah Ray lagi.
"Ish." geram aku dengan arahan dia yang satu itu.
"Abang..." Aku memutarkan jari di dadanya yang tidak berbaju. Nasib baiklah dalam bilik mereka sendiri dan anak-anak sudah dibuai mimpi. Kalau tidak, mahu merah mukaku bila anak-anak tahu perangai penggoda kelas satu ibu mereka ini. Hahaha.
Ray menelan air liur. Rasanya tak lama lagi dia akan kalah dengan permintaan Aira. Sejak mereka bersama ini makin bahaya mendekati Aira kerana dia perlu menahan nafsu dan kesesakan dadanya dalam menepis aksi goda isterinya itu. "Iye sayang..." Dia mengeluarkan suara bed voicenya. Tak nak mengalah.
"Sekolahkan the girls and the boys dekat sekolah biasa sahaja. Please." Aku mengedip-ngedip mata.
Kenapalah Ray berdegil sangat ingin sekolahkan anak-anak mereka ke sekolah private dan mahal. Bukan dia tidak suka dengan sekolah yang jenis seperti itu tapi dia tidak mahu anak-anaknya terbiasa dengan kawan-kawan yang datang dari keluarga berada.Biarlah kembar itu membiasakan diri dulu dengan kawan-kawan biasa. Hal ini, supaya anaknya tidak terlalu bongkak atau lupa diri pada masa yang akan datang. Kira ini langkah berjaga-jagalah. Jika pun, suaminya meminta izin untuk mereka pada peringkat sekolah menengah nanti dia tidak akan risau dan berat hati.
"Kali ini, abang akan bagi sayang menang." Ray mengalah. Jari isterinya ditangkap. "Tapi, dengan syarat. Jom kita bagi budak-budak tu adik. Hari itu anak bongsu manja awak tu bisik dekat abang kata nak adik." Ada-ada sahaja.
Aku membuka pintu bilik air terpampang wajah Ray. "Eh, abang. Kenapa tak tunggu sayang dekat bawah je?"
"Nak minta tolong sayang pakaikan tali leher ni?"
Aku mengambil tali leher dan memakaikan di lehernya. Terasa deruan nafasnya di leherku. Mentanglah kita ni pendek takat dada dia. "Done."
"Abang ni sengajakan?"
Ray membuat muka tidak bersalah.
"Sayang minta maaf sebab terlewat bangun." kataku sambil tangan sedang menyisir rambutnya yang dikusutkan. Mana tidak geram. Padahal tadi elok dan kemas sahaja rambut itu. Manja sungguh anak mummy. Sikap dan tingkah Ray memang berubah 100%. Kadang-kadang, minta dipakaikan baju, minta dipakaikan tali leher, minta disikatkan rambut, minta disemburkan minyak wangi dan macam lagi-lagi. Manjanya mengalahkan si kembar empat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Datuk or Dato'?
RomansaSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...