BAB 31

45.7K 1.4K 20
                                    

Malam ini merupakan malam yang mendebarkan untuk aku. Sudah 2 minggu pertemuan aku dengan Ray. Alhamdulillah tiada pula dia menghubungi aku. Hanya mummy dan tok ayah sahaja menelefon bertanyakan khabar kembar empat itu. Seringkali mereka mengajak aku dan kembar ke rumah tapi dengan kesuntukan masa menyiapkan majlis aku menolak baik ajakan mereka. Malah, untuk membalas balik penolakan itu aku menjemput mereka ke majlis perasmian busana baru pada malam ini.

Kini, aku di belakang pentas. Meninjau keadaan model kanak-kanak yang sedang didandan dan bersiap untuk memperagakan pakaian kanak-kanak yang terbaru. Aduhai comel sahaja melihat mereka. "So, how?"

"Ramai gila budak. Mana kau rembat?"

"Hahaha. Ingat senang ke nak rembat. Nasib baik semua mak bapak model-model cilik ni sporting. Lagipun, design dan material kau berkualiti. Pasti ibu bapa tak nak lepaskan peluang." Jawab Gayah. Bangga dengan Gayah kerana mampu mencari 16 model untuk memperagakan 20 busana. 4 busana yang selebihnya diperagakan oleh kembar 4.

"Macam mana dengan model tudung?"

"Alhamdulillah, semua okay. Just chill and relax. Chillax." Gayah memeluk bahuku. Tangan aku yang menggeletar dan sejuk juga digenggam Gayah.

"Can't wait to see. Aku pergi depan dulu. All the best friends." Gayah malu untuk naik ke atas pentas. Maka, dia mendesak aku naik bagi pihak aku sendiri dan dia.

Satu demi persatu aku lihat model naik ke atas pentas memperagakan design-design aku. Saat-saat yang mendebarkan akhirnya tiba, aku diiringi Ariffin, Ariffudin, Iman dan Intan naik ke atas pentas. Pengacara majlis memuji aku bukan kemain, naik segan.

"Saya mempersilakan Puan Xendra Aira, pereka pakaian kanak-kanak dan tudung yang kini disebut-sebut dalam persada fesyen dunia untuk memberi sepatah dua kata."

"Terima kasih, pengerusi majlis. Saya dengan rasa rendah diri untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Gayah, anak-anak kembar saya serta peminat-peminat rekaan saya. Sama ada yang terlibat secara terus mahupun tidak. Please enjoy this event tonight. Assalammualaikum." Aku menunduk hormat dan turun ke bawah menyapa para tetamu.

Selepas berbual-bual dengan tetamu, aku melangkah kearah meja tempat mummy dan daddy duduk. "Hai mummy dan daddy."

"Tak sangka mummy. Menantu mummy pengusaha butik kanak-kanak XOXO's."

"Biasa-biasa sahaja mummy."

"Biasa-biasalah sangat. Sebaris dah dengan Neelofa." Perli daddy.

Tiba-tiba, Ray merangkul pinggang aku daripada belakang. Terkejut aku. Semua pihak media menerpa kearah kami menangkap gambar. Aku dah menunduk malu. "Dato' Sri, kenal Puan Xendra Aira?" tanya seorang wartawan.

"Kalau kamu semua nak tahu, inilah isteri saya. Xendra Aira." Semua dekat situ dah terkejut beruk. Beruk terkejut pun tak seteruk mereka.

"Jadi, isteri Dato' Sri yang dikhabarkan hilang tanpa jejak ialah Puan Xendra."

"Iya, isteri saya pergi menyambung pengajian di luar negara selama 4 tahun. Beberapa bulan baru ni, isteri saya buat keputusan untuk balik Malaysia dengan anak-anak saya."

"Anak-anak?"

"Iya. 4 kembar ini anak-anak kesayangan saya." Bangga Ray memperkenalkan anak-anak kami. Hari itu tak nak mengaku anak. Ini apa kes?

"Datin Sri senyap sahaja. Tak ada apa-apa komen ke." Tembak wartawan tu.

"Isteri saya terkejut sangat ni. Ada masa nanti kami akan buat press conference. Untuk hari ini biarlah artikel-artikel menceritakan kejayaan isteri saya." Ray meminta diri.

"Suka hati awak sahaja kan." Geram aku berbisik di telinga dia.

"Iya, suka. Kenapa?"

"Ish." Aku terus belah dari situ. Anak-anak melekat menghabiskan masa dengan ayah mereka.

-CKK-

Sis belanja korang lg 1 bab. Please enjoy it. Don't forget to vote and comment. Ohh ye, plus enjoy your weekend. Love you guys. Sis nak tanya, agak-agak kalau sis buat telegram group atau whatsapp group korang nak tak? Boleh kenal-kenal n sembang. Jangan kecam sis lak, kalau korang tak nak sis pun xkisah. Please email me anything : rihhadatul97@gmail.com

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now