BAB 20

40.3K 1.3K 23
                                        

Mata masih melekat di iPad memerhati setiap pergerakan dan tingkah Aira yang sibuk menguruskan pakaian di bilik dobi. Cekap sungguh isterinya melakukn tugas. Terhibur bila melihat gadis itu sempat menggoyang-goyangkan badan mengikut irama lagu yang bermain di halwa telinga. Tika itu, Ray terfikir mengapa dia masih menafikan lagi perasaan yang sudah mula bercambah dihatinya. Tiap kali dia ingin meluah, tiap waktu itu dia rasa seperti curang dengan Puteri. Puteri merupakan perempuan pertama yang hadir dalam hidup dia, orang pertama juga yang mengajar cinta, rindu dan kasih kepadanya.

Bermain di kepalanya waktu pertama kali bawa Aira pergi ke pantai untuk mengambil angin. Sebabkan dia terlalu sibuk dengan bekerja, dia dan Aira tidak sempat berhoneymoon. Maka, dia mengambil langkah dengan membawa Aira ke pantai yang berdekatan dengan rumah mereka. Pada mulanya, tiada niat lansung untuk dia membasahkan badan masuk kedalam laut. Tapi, sukar untuk menepiskan rasa minatnya dia terus terjun kedalam air laut tanpa mengajak Aira. Bukan dia tidak cair dengan mimik muka kesian Aira yang teringin sangat mandi laut, tapi dengan melihat pakain yang tersarung di tubuh Aira dia menghalang. Tidak mahu mata-mata lelaki di pantai itu meliar nakal melihat tubuh itu. Walaupun, t-shirt yang disarung tu agak besar tapi jika basah, pastinya melekat ditubuh gadis itu. Lekukan tubuh gadis itu mengancam naluri lelakinya, apatah lagi lelaki diluar sana. Paling tak menahan bila sedap sahaja gadis itu menyarung legging yang mengikut kaki kecil itu.

'Kenapa?'

'Sampai bila?'

'Sampai bila kau nak pendamkan perasaan ini?'

'Kalau kau kahwin dengan Puteri, bagaimana dengan Aira?'

'Kau lepaskan? Tidak! Tidak sama sekali.'

'Tamak.'

Persoalan ini berperang di hati dan minda Ray. Sungguh dia serabut. Mahu memilih cinta pertama atau cinta isterinya. Bukan dia tidak nampak wajah muram isterinya semalam. Sungguh apa yang berlaku semalam bukan seperti apa yang dipinta. Mulanya dia mahu berbincang dengan Aira, tapi apabila melibatkan ayahnya pasti susah untuk dia melarikan diri lagi. Dia masih berharap yang Aira akan berlawan atau menentang apa yang dibincangkan semalam, tapi tidak. Gadis itu senang sahaja menyerahkan dia kepada Puteri. Ini membuatkannya lagi rasa ragu-ragu untuk meluahkan, kerana dia tidak tahu sama ada isterinya mempunyai perasaan kepadanya atau tak. Walaupun, luahan cinta dan sayang sering bermain di bibir Aira.

-CKK-

DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT.

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang