Gemuruh rasanya bila pertama kali dihidangkan dengan begitu ramai pihak media. Walaupun sebelum ini pernah ditemu ramah tapi semuanya dikendalikan oleh Gayah. Itupun berkaitan dengan hal butik bukan gosip sebegini. Susah juga mempunyai suami yang terkenal sebaris artis di Malaysia. Ini kerana pakejnya yang kacak, kaya, businessman, pengarah filem, photographer dan juga bekas model.
"Dato Sri, bolehkah Dato Sri jelaskan kepada kami apakah hubungan antara Dato Sri dengan pemilik XOXO'S?"
"Benarkah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak akhbar MetroJaya (cipta sendiri 😉) yang mengatakan Puan Xendra Aira merupakan perempuan simpanan Dato' Sri?"
"Puan Xendra, adakah anak puan yang kembar 4 itu anak luar nikah hasil hubungan puan dengan Dato' Sri?"
Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh wartawan yang hadir sesi media conference ini. Rahang Ray bergerak menahan geram. Tangannya dikepal ibarat mengumpul kesabaran disitu. Aku mengusap tangan itu dan memberi senyuman kepadanya. Kata-kata dimula oleh aku, "Assalammualaikum, terima kasih yang hadir pada sesi ini. Saya bagi pihak Dato Sri meminta maaf kerana mengadakan sesi media ini secara mengejut. Walaupun begitu, masih ramai yang menghadirkan diri untuk mengetahui kebenaran."
"Puan Xen, tak perlu banyak cakapnya. Terus terang sahajalah. Dasar perempuan murah." Kata sinis seorang wartawan wanita. Aku menarik tangan menghalang Rayyan dari berdiri dan mengamuk. Sepatutnya waktu begini, kita perlu bersikap profesional bukan sama-sama hentam. Biasalah wartawan jika ingin mendapat berita perlu diprovokasi orang yang ditemu ramahnya. Ini mesti kes kecewa jutawan Malaysia ni dah ada someone.😪
"Saya tahulah awak kecewa sebab Dato Sri ini dah ada someome in his life. Tapi, tak perlu letakkan maruah saya sebegitu rupa. Kita ni kalau perempuan masing-masing menjatuhkan maruah sesama Hawa, malu tahu tak?" Kan tak pepasal ceramah di petang hari dari Ustazah Xendra Aira.
Ray menahan ketawa bila Aira memberikan sedas kepada wartawan perempuan itu. Muka dikekalkan riak serius. "Puan tak perlu berlagak seperti ustazah." Menjawab wartawan itu. Amboi, ni kes bertemu buku dengan ruas. Nak minta aku ajar subjek moral dan etika atau sivik dan kewarganegaraan ke?
"Saya kenalkan diri saya. Saya Xendra Aira binti Jordan Amir. Ibu kepada kembar empat Imar Ariffin, Omar Ariffudin, Xavia Iman dan Xavia Intan. Jika ada wartawan yang hadir pada sesi perasmian koleksi baru saya sebulam yang lepas pasti kenal mereka berempat. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, saya juga merupakan isteri kepada Dato Sri Paduka Putera Rayyan. Kami sudah pun berumah tangga dari 5 tahun yang lepas."
'Klik, klik, klik, klik.' Kamera tidak lepas menangkap gambarku. Cerita hangat dan sensasi. Confirm esok lusa masuklah muka aku dekat Melodi. Uish, glamor. Eh sempat pula berangan. "Dato Sri?"
"Iye saya." Baru keluar suara Ray.
"Benarkah apa yang dikatakan Puan Xendra sebentar tadi?" Wartawan yang mengajukan soalan kepada Ray meminta kepastian.
Ray tegak berdiri. Kolarnya dikemaskan. Hensem. "Seperti yang diberitahu oleh isteri saya sebentar tadi, saya telah pun mendirikan rumah tangga dengan beliau 5 tahun yang lepas. Kembar 4 yang dikenali semasa majlis yang diadakan oleh isteri saya merupakan anak kami dan berbinkan nama saya. Mereka bukan anak tidak sah taraf yang digembar-gemburkan oleh MetroJaya."
"Jika benar Dato Sri sudah berkahwin kenapa tiada jemputan untuk pihak media?"
"Perkahwinan kami sebelum ini hanyalah aturan tok ayah dan tok mak saya. Selepas beberapa bulan berkahwin, isteri saya terpaksa ke luar negara untuk menyambung pengajian. Malah, isteri saya juga melahirkan anak-anak saya disana. Jadi tidak sempat kami membuat majlis resepsi dan menjemput kalian." Pandai Rayyan bermain ayat. Biarlah kejadian 4 tahun yang lepas merupakan rahsia rumah tangga kami.
ANDA SEDANG MEMBACA
Datuk or Dato'?
Любовные романыSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...
