"Ibu... Nak ikut abah." Aku pandang Ray. Dia hanya menayangkan muka cool. Bajet hensem. Tapi memang hensem pun.
"Habis tu, siapa nak teman ibu?" Cuba memujuk.
"Ibu ikut kamilah. Abah tak kisahkan?" tanya si sulung.
Ray turun mencangkung menyamakan paras dengan si Ariffin. Dia usap rambut tebal itu. "Tak." Matanya pula memandang kearah aku. Termasuk anak-anak memandang aku. Aduhai, diluah mati emak, ditelan mati bapa situasi aku ini.
"Xen. Model semua nak jumpa kau sebelum balik." Gayah datang mendekati. Tiba-tiba, dia tunduk hormat "Assalammualaikum, tuan."
"Hey, Gayah." Gayah menayang sengih.
"Gayah, personal assistant saya merangkap sahabat baik."
"Tahniah, Gayah. Saya dengar awak merupakan tulang belakang puan kita ni termasuk ada beberapa koleksi yang direka oleh awak juga."
"Terima kasih, tuan. Sebelum tu, saya minta izin nak pinjam isteri tuan sekejap." Gayah terus menarik tangan aku. Tapi, sebelah lagi tanganku ditangkap oleh Ray.
"Sekejap sahaja." Aku membuat muka kesian kepadanya. Dia datang mendekat dan aku mengundur. Mungkin geram dengan tingkah aku yang ingin mengelak dia merangkul kemas pinggangku dan menarik rapat. Kedua belah tanganku didadanya menahan. Tangannya memegang daguku yang runcing. Kini matanya menikam mataku. Sungguh pandangan itu seringkali membuat dadaku berdebar laju. Alangkah terkejutnya apabila bibirnya diatas bibirku. Aku geram dengan tingkahnya mengigit bibirnya. Aku nampak dia menjilat darah itu.
"I like. If you want to meet them, please come to our house." Dia terus berlalu pergi memimpin kembar empat itu. Anak-anak tidak banyak karenah kerana senang menghabiskan masa dengan abah mereka.
"Xen." Aku tersedar.
"Jom." Tangan Gayah pula aku tarik. Memang selalu kalau sebelum ini jika kami membuat majlis begini pastinya model-model akan dikumpulkan. Selain dari membayar upah mereka, aku dan Gayah berbual dengan mereka tentang rekaan yang akan dibuat.
Selesai sahaja bertemu dengan model-model, aku dan Gayah berkerah tenaga menolong mengemaskan dewan. Walaupun, ada pekerja yang sudah ditugaskan untuk menguruskan hal itu. Tapi aku masih tidak mahu mengambil ringan dan remeh isu ini kerana kami sudah menggunakan dewan ini. Maka, seharusnya kami memulangkan pada pihak dengan keadaan asal. Badanku yang lenguh aku membaringkan diatas pentas. Mulut yang menguap ditutup dengan tangan.
"Xen, kalau kau nak balik dulu. Balik sahajalah. Aku boleh uruskan dengan mereka."
"Ish, Gayah. Aku mana boleh pergi macam tu. Kau dah uruskan dari awal sampai habis. So, apa salahnya kalau aku hulurkan tangan nak tolong."
"Baiklah, Datin Sri Paduka Xendra Aira. Patik menjunjung perintah." Geram aku. Namun, melihat tawa Gayah, aku juga turut menyertainya.
Gayah memanjat pentas dan duduk disebelah aku. "Macam mana tuan Ray tu boleh ada dekat majlis ni?"
"Kau tak tahu ke, Xen?"
Aku mendongak kepala memandangnya, "Tahu apa?"
"Material kain semua kita dapat bekalan dari kilang dialah. Tak kan kau lupa dia tu pun tauke kilang kain. Kau sebutlah apa jenis kain pun, semua dia ada."
"Aduhai, macam mana aku boleh lupa. Tapi, sekejap. Since when? Bukan sebelum ni yang buat deal dengan kita Mr. Jacob ke?"
"Mr. Jacob tu pengurus kilang. Kira macam Ray serahkan 100% kilang kain tu pada partner dia."
"Maknanya dari awal lagi, kita memang dah sign kontrak dengan kilang mamat tu la."
"Yup."
"Maknanya kau dah tahu lama lah ni?"
"Nope, aku dapat tahu bila pergi ke kilang waktu kita nak buat deal untuk buat show ni. At first meet, hanya aku dengan Mr. Jacob sahaja. Tapi, second meeting dengan Mr. Jacob dekat ofis. Si tuan Ray tu terjah masuk tanpa bagi signal apa-apa. Hah, waktu tu lah Mr. Jacob kenalkan aku dengan siapa tauke kilang tu sebenarnya. Nak tarik balik, tak boleh sebab kau dah tandatangan surat deal yang kita akan pakai material semua dari kilang diaorang."
"Puan Xen, Cik Gayah. Kami dah selesai kemas semua barang. Kalau tak ada apa-apa, kami nak minta diri dulu sebab dah lewat."
Aku mengeluarkan beberapa not kertas RM100 dan aku hulurkan kepada pekerja yang menguruskan dekorasi majlis malam ni. "Eh, apa ni Puan?"
"Duit." Aku membuat muka pelik. Tak akan daun pula.
"Saya tahu duit. Tapi, semuanya cik Gayah dah selesaikan dari segi pembayaran dan upahan."
"Laa, tak apa. Anggap sahaja duit ini merupakan hadiah terima kasih saya atas kerja-kerja awak dan rakan-rakan. Tak rugi, Gayah mengupahkan pereka majlis yang baru macam awak. Memang saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan awak. In sya Allah, jika ada apa-apa majlis lagi saya akan panggil awak. Hati-hati balik."
"Terima kasih Puan. Gayah, kami gerak dulu." Dia mengangkat tangan kepada Gayah.
"Bro, pasal dewan nanti aku dengan Puan Xen akan settlekan dengan pihak hotel. Hati-hati balik."
Hilang sahaja sekumpulan itu. Aku dan Gayah turut juga mengangkat kaki meninggalkan dewan. Kami melangkah kearah lobi. Pekerja yang berada di kaunter itu memandang aku atas bawah seperti tidak puas hati. "Maaf, assalammualaikum."
"Iya, cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Dia masih memandang aku walaupun Gayah sedang cuba berurusan dengan dia.
"Kami menempah Maluri Hall untuk adakan event. Jadi, kami nak inform yang kami sudah selesai dan beritahu pihak pengurusan jika ada apa-apa masalah sila hubungi kami. Kami juga ada tinggalkan nombor kepada mereka." Gayah dan aku terus belah dari situ.
-CKK-
DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT. AMACAM STORY UTK HARI NI, OK? SORRY FOR LATE UPDATE.
ANDA SEDANG MEMBACA
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...
