BAB 34

45.4K 1.3K 12
                                        


Aku hanya memandang tajam kearah Ray yang sedang tersenyum menang melayan permintaan 4 kembar itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Aku hanya memandang tajam kearah Ray yang sedang tersenyum menang melayan permintaan 4 kembar itu. Sudah ku tegah dan tegur supaya tidak senang menunaikan segala keinginan anak-anak itu. "Sayang tak nak apa-apa?"

"No." Nak minta apa kalau sekarang mereka dalam kedai Toy R Us. Kalau aku minta blok Lego nampak sangat kebudak-budakannya.

"Ok. Look sayang." Dia mencengkam lembut bahuku.

"Abang just nak berikan apa yang mereka mahu. Tu sahaja. Lagipun, mainan ni semua boleh je kita jadikan satu dekorasi untuk diletakkan dalam bilik mereka."

"Their room?"

"Yes. Each of them, get their own room."

"Wohoo. Isn't that too much for them?"

"They deserved it." Dia seperti tidak mahu mengalah.

Susah untuk meningkah kata seseorang yang tidak tahu erti kalah dan mengalah. Dia hanya tahu yang dia itu betul dan benar belaka.

"Ibu..." Intan dan Iman memanggil di bahagian yang menempatkan permainan untuk budak perempuan. Manakala, Ariffin dan Ariffudin pula dilayan oleh Ray yang berdiri disitu.

"Yes, my princesses. What I can do for both of you?"

"Abah, ask us to choose 5 toys and we don't know to choose what." Mengadu si Iman. Intan pula hanya tersenyum sahaja. Nasib baik puting yang selalu melekat dimulutnya sudah dibuang. Risau juga jika anak daranya seorang itu suka mendiamkan diri.

"Ok. List me your favorite cartoon."

"Do you mean our favorite cartoon, ibu?" Memang aku lah yang ajar budak-budak ni tengok kartun. Siap kata aku salah satu dari geng. Aku hanya senyum dan mengangguk. Kerusi yang disediakan, aku duduk. Intan dan Iman pula duduk diatas pahaku sambil memikirkan apa yang aku tanyakan.

"Anything, dear." Tangan aku ditarik oleh Iman dan Intan. Tak terkejut bila ditarik ke bahagian mainan lelaki. Berusun kotak mainan transformer, star wars, set pistol dengan peluru yang melekat dekat cermin tu dan banyak lagi. 

"Dah habis pilih ke, princess-princess abah?" 

"Erk, dia orang nak semua ni kot." Aku dah tersengih. Manakala, Ray memandang anak daranya.

"Transformer? Lego? Pistol? Bola sepak? Apa ni, sayang?" Sudah kita pula yang ditanya nya.

"Saya tak hasut." Siap angkat tangan. Swear not me.

"Meh ikut abah. Kita amik teddy bear, ponytail doll, barbie doll?"

"Don't want." Intan dan Iman membantah serentak.

"Girls? Like seriously." Aku dah menekup mulut menahan ketawa. Nasiblah dari kecil lagi aku tidak memanjakan mereka dengan mainan-mainan patung barbie ni. Bukan apa takut malam letak dekat satu tempat, esok pagi bangun dah pergi tempat lain. Ala-ala patung Annabell tu, taubat dah tak tengok cerita tu. Fobia.

"Sayang..." Ray memanggil aku dengan suara yang lembut ditelinga. Nasib baik pakai tudung kalau tak mahu rasa lagi geli bila ditiup macam tu. Nak buat perangai macam ni, cubalah jangan di kedai mainan. Banyak mata-mata dibawah umur.

"Yes, Mr. Ray?"

"Look at our daughters."

"Hahaha. Ok, listen. Aira mana pernah belikan diorang barbie-barbie ni, keperempuanan sangat. So not me."

"Jadi mainan apa awak selalu belikan untuk diaorang?"

"Ibu, selalu belikan kami hot wheels collection and ball." jawab Ariffudin bagi pihak aku. Aku mengangguk setuju.

"Oh my God. Astaghfirullahalazim, sayang."

"Abah, bayar." Ariffin menarik tangan Ray ke kaunter.  Manakala, yang lain membuntuti si abahnya. Begitu juga aku.

"Bayarlah." Aku memeluk tubuh bersandar di kaunter.

Kami bermain mata, tapi selebihnya berbicara melalui mata. Dialognya;

'Look!'

'What?'

'Iman and Intan toys'.'

'So?'

'So?! Sayang!'

'Iya abang.' Aku melirik manja. Dia terpempan. Pandangan beralih ke arah tingkah anak-anak yang seronok memborong mainan. Mentang abah kau orang kaya-raya main rembat sahaja yang mana suka. Si abahnya pun satu, ada kad kredit hulur sahaja. Suka juruwang disitu, duit mengalir masuk. 

"Ibu." Intan mengusap perutnya. 

"Lapar iya sayang. Sekejap, tunggu dengan abah, kakak dan abang. Ibu pergi belikan something that you can eat." Itulah Intan kuat sungguh makan. Nasib baiklah badan tak bambam mana pun, tapi sedap jugalah kalau dibuat peluk.

Sedang aku memilih biskut Famous Amos dan beberapa jenis coklat, tiba-tiba ada tangan yang merangkul pinggang. "Suka sangat menghilang."

"Ish, anak-anak pandang. Please behave, Mr. Ray."

"Biarlah. Barulah nampak yang parents dia orang ni lovey dovey couple. Bahagia je." Nampak sungguh ceria muka mereka berempat. Mungkin kerana mereka rasa yang keluarga ini sudah lengkap dengan ibu dan abah. Mampu memberikan kasih sayang dan membesarkan mereka.

"One for Ariffin, one for Ariffudin, one for Iman and last one for Intan. Jangan lupa baca doa." Hulurkan aku setiap satu paket untuk setiap seorang.

"What about, abah?" tanya Iman. Ish apa ni, dah pandai membackup si abah. 

"Ibu share dengan abah." Nak tak nak, terpaksa juga kongsi. Tapi, geram bila si Ray tu menganga sahaja. Aku geram menyumbat banyak-banyak dalam mulutnya.

"Jom." Kami mengikut sahaja langkah Ray. Aku berjalan di belakang sedikit.

Pandangan yang menyejuk dan mendamaikan hati. Mungkin keputusan aku untuk pulang Malaysia adalah keputusan yang tepat. Tidaklah hati ini risau atau bimbang penjagaan kembar 4 itu, jika aku tiada nanti. 

"Sayang, termenungkan apa?" Jari aku bersilang dengan jarinya. Aku hanya balas dengan senyum. 

-CKK-

Amacam guys untuk hari ni, sorry for late update. Enjoy. Dont forget to vote and comment.

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang