BAB 48

32.1K 1.1K 93
                                        

"Ab.."

"I breakfast dekat luar je." kata Ray tanpa sempat aku menahannya dari mengajak bersarapan.

Intan dan Iman yang menuruni tangga mencium pipiku seperti biasa. "Mana along dengan alang?"

"Typical guys. Hero ibu tu duduk depan cermin lagi. Katanya nak setup rambut kasi macho." jawab Iman sambil mengunyah pancake madu buatan ibunya yang enak. Intan pula terlalu asyik dengan pancake membiarkan sahaja kakaknya menjawab.

"Morning, ibu." ciuman di pipi dari putera-puteraku.

"Eh, abah mana?" pertanyaan Ariffudin menyentak aku. Bagaimana ingin aku menjawab kepada mereka?

"Abah ada meeting penting pagi ni. So, he needs go office before 8." alasanku. Tidak mahu anak-anak bersyak wasangka yang bukan-bukan.

"Ibu, are you ok?" Intan yang berdiam dari tadi bersuara. Kelihatan wajah wanita yang disayangi sangat pucat. Tapi, senyuman manis itu masih tidak lekang. Adakah sesuatu berlaku tanpa mereka tahu?

"Yes, ibu. Are you really ok? Cause you look so pale." Ariffin mengusap-usap pipiku.

"I'm fine, guys. Dah, jom. Today, ibu akan hantar dan ambil korang."

"Eh, where is Abang Farid?" Iman tertanya-tanya.

"Abang Farid jadi driver abah." Aku pun pada mulanya pelik apabila Farid memberitahu yang Ray ingin Farid memandukan dia ke pejabat dan tidak lagi menghantar anak-anak ini ke sekolah. Tapi, kenapa perlu Farid yang sampaikan? Kenapa tidak Ray sendiri beritahu sendiri padaku?

"Aik."

"Dah-dah tu. Benda kecil pun. Kamu semua tak sudi ke ibu hantarkan?" kataku yang menunjukkan sedikit kecil hati. Bapaknya dah lah jauhkan diri tak akan anak-anak pula tidak mahukan dia.

Intan menjegilkan mata kepada abang-abangnya. Pantas dia memeluk tubuh ibunya. "We're sorry. I really happy when you decide to send and fetch us to school. Because nowadays not every parents take decision to do this simple thing. But, they do not know this kind activity can create bonding between children and parents."

"Along sokong. I'm sorry." sampuk Ariffudin.

"We're sorry." Iman dan Ariffin berkata serentak. Peluk mereka anak-beranak.

"Come, let's go. Before we really late." Kelam kabut mereka mengambil beg sekolah mereka dan berlari ke arah Estima. Berebut-rebut siapa yang ingin duduk di hadapan dan belakang. Anak-anaknya merupakan penyeri hidupnya. Walaupun, Allah masih tidak memberikannya rezeki anak lagi selepas bersatu semula dengan Ray, dia tetap bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan dia kembar empat itu sekaligus. Siapa sangka anak-anak itu sudah pun menginjak umur 15 tahun. Rasa umurnya sendiri sudah makin meningkat.

Adakah sebab itu Ray mula bosan dengannya?

*****************************

"Assalammualaikum, Puan."

"Waalaikumussalam, Farid."

"Erm, nak beritahu yang tuan ada urusan di luar negeri dalam beberapa hari. Jadi, boleh tidak puan siapkan beg tuan. Nanti dalam pukul 2 lebih saya akan pulang ke rumah untuk ambil." jelas Farid.

"Boleh sahaja, Farid."

"Puan..." Dah kenapa pula Farid ni. Rasa macam tak sedap hati pula.

"Ada apa-apa yang berlaku pada Ray ke?"

"Bukan puan. Bukan itu yang saya maksudkan. Tak mengapalah, puan. Nanti saya on the way balik nak amik beg Tuan, saya akan inform."

"Farid, lupa pula nak beritahu. Mungkin waktu tu saya tak ada di rumah ambil budak-budak. Tapi, jangan risau. Saya akan inform pada Wati pasal beg Ray jika awak tak sempat berjumpa dengan saya."

"Baiklah puan. Tapi, sebelum saya matikan panggilan. Boleh saya tanyakan sesuatu?"

"Eh, Farid. Awak ni dah kenapa? Tak pernah-pernah minta izin sebelum tanya selalunya pakai redah sahaja." Sempat juga aku mengenakan Farid. Hehehe.

"Puan, sayangkan tuan?"

"Soalan darjah berapa awak tanya ni Farid? Suami saya mestilah saya saying. Bukan sahaja saya sayangkan dia tapi saya juga terlalu cintakan dia. Tapi, in sya Allah cinta pada Ray tak lebih cinta saya pada Allah kerana saya tahu tanpa Allah saya tak akan dapat mengenali dan menjadi isterinya." kataku sambal gelak.

"Tuan sangat beruntung." kata Farid sebelum mematikan panggilan antara kami.

************

Aku membuat keputusan untuk menghantar sendiri bagasi Ray ke pejabat. Memang dia ada bagasi yang khas jika ada urusan di luar negeri mahupun luar negara. Lagipun, aku tidak mahulah menyusahkan Farid berulang-alik dari pejabat ke rumah. Padahal, dia sahaja boleh meminta aku untuk menghantarkan.

"Xen." tegur setiausaha yang masih setia dengan Ray.

"Ray ada dekat dalam?"

"Ray ada perbincangan di dalam bilik mesyuarat. Xen tunggu sahaja di dalam." beritahu Kayla. Aku menarik bagasi dan tunggu di dalam.

*********************

Aku dengar suara Ray dari luar yang sedang berbual dengan kliennya. Terbit satu idea nakal untuk mengejutkan si suami. Nasib baik sofa yang didudukinya itu membelakangi pintu. Jadi, jika pintu itu dibuka pastinya Ray akan nampak meja kerja nya dahul dan jika pintu itu ditutup baru matanya akan tangkap apa yang berada di belakang pintu.

Tombol pintu yang dipulas dari luar itu membuatkan senyumanku lebih lebar. Pintu dibuka, "Surprise!"

Aku terkejut dan dia juga terkejut. Lengannya dirangkul Puteri. Sudah lama gadis ini menyepikan diri dan hari ni Allah menemukan aku dengan dia. Tidak mahu terus membuta tuli menjatuhkan hukuman aku mendekati Ray. Tangan dihulur untuk bersalam tapi hanya dibalas sepi. Hati ini rasa pedih sangat. Aku menarik semula tangan.

"Tuan, maaf saya pergi ke tandas tadi." beritahu Kayla. Wajah keruh isteri majikannya dipandang sayu. Wanita ini tidak bersalah.

"Eh, Aira. Kau datang sini buat apa?" Tanya Puteri dengan senyuman sinis.

"Saya datang sini untuk hantarkan beg pakaian Ray. Ray akan ke luar negeri untuk menguruskan hal pejabat." Aku cuba berlembut.

"Oh, about that. Biy, I balik dulu untuk packing. Petang ni jumpa di airport." selamba sahaja perempuan itu mengucup pipi suaminya. Bukankah gelarannya adalah Isteri orang. Tidak malukah dia memperlaku begitu.

Puteri keluar dari pejabat. Tinggal aku, Kayla dan Ray. "Kayla, can you leave us alone. If, someone want to meet Ray, ask them to wait."

"Baik, Puan." Kayla berat melangkah keluar. Tidak mahu ada sesuatu yang buruk berlaku pada hubungan pasangan ini. Tapi, siapalah dia antara mereka.

"Ni beg abang." Aku menunjukkannya keberadaan bagasinya di sebelah sofa.

"You can leave." Dingin sahaja suara itu seperti pagi tadi menolak ajakanku.

"Sebelum Aira pergi, Aira nak abang tahu yang Aira akan tetap sayang dan cinta akan abang. Kebahagiaan abang merupakan juga kebahagiaan Aira. If you really thought that she is the one that can make you happy, I allow you to marry her. About quadruplets, I will explain to them and believe that you still their beloved abah. No one can replace that thing. Assalammualaikum. Aira sedar yang selama ini abang tak pernah bahagia dan mampu lupakan cinta pertama abang." Kakiku terus melangkah pergi tanpa lagi menoleh kebelakang.

­-CKK-

Jangan lupa vote dan komen. Kenapa benda ini perlu berlaku sekali lagi? Tidakkah heroin ini berhak mengecapi kebhagiaanya sendiri. Kenapa perlu menyeksa hati yang tulus mencintai?

Jujur dengan sis adakah cerita ini semakin membosankan? Sis tunggu komen dan vote banyak baru sis update. *evil laugh *wink2

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang