BAB 23

42.4K 1.4K 84
                                        

Selepas 4 tahun meninggalkan Malaysia, akhirnya aku jejak semulakan kaki di tanah tumpahnya darahku. Kedai buku yang berada di KLIA itu aku jejak. Minatku terhadap novel masih tidak luput walaupun berada di luar negara lebih dari 3 tahun. Tapi yang lebih menarik adalah majalah dan surat khabar yang mengumumkan kepulangan usahawan muda yang berjaya menempa nama di dunia dalam perniagaan tudung dan busana kanak-kanak. Bukan dia tidak tahu ada beberapa pihak media yang ingin menggali maklumat tentang siapa dia.

Sedang aku membelek-belek majalah tiba-tiba ada yang menarik hujung bajuku. Seorang budak kecil lelaki dan seorang lagi budak kecil perempuan. Tersenyum manis aku bila melihat lagi sepasang budak kecil sedang berlari kearahku. Seorang memegang tab dan seorang lagi memeluk teddybear sambil mulut menghisap putting. 'Aduhai, comelnya anak-anak ibu.' Bisik hatiku.

Siapa sangka kandungan yang aku kandung selama 9 bulan merupakan kembar empat. 2 pasangan, iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan.

"Ibu..." Dah menangis Intan bila abangnya merampas teddybear. Percayalah yang nanti semua ikut serta korum buat drama air mata. Sebelum berlaku, aku mengarah Gayah untuk cepat-cepat masukkan bagasi-bagasi ke dalam kereta yang disediakan. Seorang demi seorang diletakkan di dalam baby chair yang sudah siap dipasang dalam kereta Estima itu.

Laju Estima meluncur menuju ke rumah yang sudah dibelinya dari hasil jualannya setahun yang lepas. Tapi, 5 bulan sebelum dia buat keputusan pulang terus menetap di Malaysia, dia sudah mengupahkan interior designer untuk menghias bilik-bilik dalam rumah itu. Sudah dia pesan supaya interior designer itu meluaskan biliknya dan meletakkan tilam size king. Hal ini kerana, anak-anaknya lebih selesa tidur disampingnya.

"Anak-anak ibu. Mari gosok gigi dan basuh muka sebelum tidur." Gayah perhati ibu muda itu menguruskan quadruplet. Sungguh cekap, tidak nampak langsung kekok dalam menjalankan tugas.

Selepas anak-anaknya tidur, Aira menyertai Gayah yang sedang menonton perlawanan bola. Sedang mereka asyik menonton televisyen itu sambil menikmati semangkuk bertih jagung, dia melihat Gayah yang asyik-asyik menoleh kearahnya. "Gayah, kau ada apa-apa soalan ke?"

"Erk, Xen. Kau pasti ke dengan keputusan kau ni?"

"Aduhai, Gayah. Ingatkan apalah tadi."

"Xen, kau masih tunggu dia ke?" Aira tahu apa yang dimaksudkan Gayah.

"Nak jawapan jujur ke bohong?"

"Aduhai, jujur aku kata aku masih dan sentiasa menunggu dia. Tapi, aku takut kepulangan aku ini hanya kepulangan yang sia-sia. Lagipun, aku tak sanggup lagi memisahkan budak-budak tu dengan ayah mereka. Ray berhak tahu. Dulu, mungkin aku terburu-buru dengan sikap matangku. Tapi, kini aku perlu juga hadap dia. Sampai bila aku nak lari dari masalah, jika masalah tu sentiasa mengejar dan menghantui hidup aku."

"Pergh, susah nak tangkis kata-kata dari orang berfalsafah macam kau ni. Aku masuk tidur dulu." Gayah melangkah sambil mendoa supaya ada sinar terbit dalam kehidupan sahabatnya itu selepas ini.

Aku duduk termenung disitu sendirian. Setiap kali dia bersendirian pasti dia akan mula mengingati dan merindui suaminya. Dia mula fikir bagaimana dia menangani situasi jika dia terserempak dengan Ray. Ada satu bantal melayang di kepalanya. Dengar pula ketawa Gayah. "Gayah!!!"

"Pergi tidur la budak!"

-CKK-

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT. LOVE YOU GUY

p.s. Someone cakap story ni lebih kurang mcm mrs. firdaus. Korang rasa2 kn btul ke? Plus cter ni boring ke?  Komen jujur. 😌

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang