Iman, Intan, Ariffin dan Ariffudin berteleku diatas sejadah. Tidak tahan dengan rasa sedih di hati membuatkan Iman menghamburkan tangisan. Intan memeluk kakaknya dan mengusap lembut belakang kakaknya. Ariffin dan Ariffudin selaku anak lelaki hanya mampu menyembunyikan kesedihan supaya mereka nampak tabah. Tapi, hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa perit jiwa mereka menahan hiba atas apa yang sedang berlaku dalam keluarga mereka.
"Mari, kita turun makan. Pasti Kak Wati dah lama tunggu kita." ajak Intan.
"Tapi, angah hanya nak makan masakan ibu."
"Angah, janganlah macam ni. Pasti ibu sedih kalau tahu angah tak makan. Lupa ke yang ibu pernah terjah bilik angah sebab terlalu asyik dengan along dan alang bermain PS4 di bilik wayang."
"Haah. Habis merah waktu tu telinga Alang sebab kena piat dengan ibu." Ariffin mencelah.
"Hahahaha. Lepas tu, yang tidak tahan Intan pula ibu tak tangkap sebab dia tersorok dekat tepi sofa membaca novel." Sepakat mereka gelak mendengar kata Ariffudin. Manakan tidak, sampai sahaja mereka di meja makan untuk menjamu selera baru ibu sedar yang puteri bongsunya tiada. Puas cari seluruh bilik dan terjerit anak tekak mereka memanggil tapi tiada balasan. Akhirnya, Intan sendiri keluar dari bilik wayang dengan muka terpinga-pinga.
"Kenapa semua termengah-mengah ni?" Iman mengajuk semula kejadian wajah polos Intan.
"Lepas tu kita semua kejar Intan sampai lompat dalam kolamlah." Gelak mereka berempat.
Pintu bilik solat dikuak dari luar, "Jom makan."
"Abah, ada?" tanya Ariffin.
"Tuan ada dekat hospital." beritahu Wati kepada anak kembar majikannya.
"Jomlah turun makan. Lepas tu boleh siap gerak pergi hospital. Mesti ibu rindu tunggu kita." Kata Intan.
Mereka menyalami tangan abah mereka. "So, how ibu?"
"Alhamdulillah, ok. She's just too tired." beritahu Ray kepada anak-anaknya. Urusan kerjanya di luar negeri juga tertangguh kerana berita isterinya terlibat dengan kemalangan kereta.
"Baby also fine."
Intan menekup mulut terkejut. Ariffin dan Ariffudin dah terbeliak mata. Manakala, Iman dah terduduk di lantai wad bilik ibunya. "What?!"
"Ibu pregnant 2 months." beritahu Ray teruja. Siapa sangka isterinya mengandung lagi. Syukur rezeki Allah.
"Jap, before this. Kenapa Aunty Puteri ada dengan abah dekat KLIA semalam?"
Manakan tidaknya, pecah rekod mereka berempat semalam kerana berlari-lari di dalam KLIA dengan seragam sekolah ketika mencari keberadaan abah mereka. Nasib baik mereka sempat menahan abah sebelum sempat melangkah ke dalam balai pelepasan.
"Abah!!!" Ray berpusing ke arah yang memanggilnya. Terkejut melihat putera dan puterinya berada disitu. Sedangkan hanya isterinya dan Farid sahaja tahu tentang pelepasan dia untuk ke luar negeri.
"Macam mana tahu abah ada dekat sini?"
"We call uncle Farid." beritahu Intan. Tapi, matanya tajam memandang kearah Puteri.
"Guys, uncle Farid still lagi ada dekat depan. Bawa abah pergi hospital sekarang. Aku ada urusan nak uruskan." arah Intan kepada kakak dan abang-abangnya. Ariffudin angguk faham dan terus menarik abah mereka.
Di dalam kereta, "Kita nak pergi mana? Abah ada urusan dekat Pulau Pinang ni."
Iman mula menangis teresak-esak. "Ibu dalam hospital."
Ray memandang anak-anaknya satu persatu. Bagaimana Aira boleh masuk ke dalam hospital? Tidak lebih dari 10 jam dia bertentang mata dengan isterinya di pejabat tadi. Apa yang berlaku terhadap Aira?
Manakala, di masa yang sama di KLIA. Intan dan Puteri duduk berdepan di dalam Starbucks. "Can you just move on!" geram Intan dengan perempuan yang merosakkan hubungan ibu dan abahnya. Walaupun dia anak yang paling kecil dalam keluarga tak bermaksud dia bodoh untuk tahu apa yang berlaku.
"Apa yang kau maksudkan budak?" kata Puteri sombong. Masih tidak sedar diri.
"Eh perempuan ni. Besar kecil besar kecil je aku tengok. Aku beritahu kau ni dengar baik-baik. Pasang telinga besar-besar. Jangan sesekali kau dekat dengan family aku! Jangan kau cuba dekat dengan Dato Sri Paduka Putera Rayyan dan Datin Sri Paduka Xendra Aira!" bertukar terus karakter Intan.
"Huh, kau ni budak sekolah je." Puteri menjeling nyampah anak bongsu bekas kekasihnya.
"Budak sekolah ni tahu pasal syarikat suami kau bankrupt. Budak sekolah ni tahu kau dengan suami kau lansung tak ada harta dekat atas dunia ni, zero. Budak sekolah ni juga tahu kau guna abah dia untuk kaut harta. Masih tak sedar diri walaupun dah kena buang keluarga." Intan tak kurang juga sinis.
"Aku tak main dengan kata-kata aku tadi." Intan terus bangun tinggalkan makcik tua tak sedar diri itu dengan mencampak satu fail coklat.
Puteri yang terkejut pantas menangkap fail itu dan membuka. Alangkah terkejutnya dia apabila ada beberapa kepingan gambanya dan suaminya yang berjumpa untuk berbincang dalam serta penyata harta mereka berdua yang sudah ditarik bank. Kini dia sedarlah, anak Xendra Aira itu bukan sebarangan.
-CKK-
Rasa macam pelik pula dengan entry kali ini. Makin menarik atau makin merapu? Jujur komen please. Jangan lupa jugak vote tau. Sebab kalau merapu, sis akan edit. Kalau menarik sis akan kekal ini dengan idea yang 'bom! bom! bom!' Komen tau!!! (Sis paksa ni, HEHEHEHE)
YOU ARE READING
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...