Terlepas telefon bimbit tuan kim yang dipegangnya bila mendapat tahu berita mengenai taehyung. Dia terlalu terkejut. Aera dan bts melihat ke arah tuan kim. Tuan kim terduduk dan mula sebak.
Aera yang selesai mendapat rawatan. Segera berlari pantas ke arah tuan kim. "Appa!! Kenapa ni?"terkejut aera bila melihat air mata tuan kim mengalir. Bts pun pergi ke arah mereka.
"Appa!!"tuan kim melihat ke arah aera. "Tae-taehyung kemalangan aera"tergamam aera dan bts pun sama.
Segera mereka pergi ke arah bilik pembedahan. Aera melihat taehyung dibawa. "Taehyung!!"keadaan taehyung sangat-sangat parah. Aera mampu menangis meraung.
"Sila beri kerjasama cik"jururawat menarik aera ke tepi. Sekarang mereka semua menunggu taehyung dibedah. Jin menenangkan aera yang menangis tak henti-henti. Jimin dengan jungkook tak mampu menahan air mata mereka lagi.
Namjoon, jhope dan suga hanya menyandar pada dinding dan menunggu keputusan sebab mereka pun risau dengan keadaan taehyung.
Tuan kim duduk dan hanya mampu berdoa. Apa yang akan jadi pada taehyung?! Adakah dia akan kehilangan taehyung?.
Cukuplah dia kehilangan isteri nya yang tersayang lima tahun lepas. Tak sanggup lagi dia kehilangan taehyung. Macam mana dia nak teruskan hidup lagi kalau taehyung pergi?!!
Selepas 5 jam. Pembedahan itu selesai. Doktor yang membedah taehyung keluar dari bilik. "Boleh saya berjumpa dengan keluarga mangsa?"segera mereka meluru ke arah doktor yang dikenali sebagai doktor shin.
"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?"tanya tuan kim. Doktor shin hanya tersenyum. "Kami berjaya membuat pembedahan terhadap anak tuan tapi kemungkinan dia akan sedar mengambil masa yang lama. Saya harap awak semua bersabar".
Kecewa aera mendengar penjelasan doktor shin. Taehyung mungkin tak kan sedar untuk selamanya. Dia menangis sambil memeluk tuan kim. Tuan kim hanya diam. Dia rasa tak berdaya.
🌸🌸🌸
2 MINGGU KEMUDIAN...
"Keluarkan saya!!!! Saya tak gila!!!"nancy memukul pintu itu berkali kali. Banyak cara dia cuba tapi langsung tak berjaya.
Lama kelamaan dia mula gelak macam orang gila. "Hahhahah rumah baru aku"dia mula menyanyi kecil dan membuat origami.
Tuan jung dan puan jung sedih melihat keadaan nancy yang tak waras. Terluka hati puan jung bila terpaksa masukkan nancy ke hospital mental.
Nancy hanya cedera ringan selepas kemalangan. Melalui rawatan itu. Dia asyik meracau nama taehyung berkali kali. Mina yang terpaksa menceritakan semua yang dilakukan nancy pada tuan jung dan puan jung.
Akhirnya tuan jung mengambil keputusan menghantar nancy ke hospital mental demi keselamatan semua orang dan mental anaknya.
Mina hanya mampu menatap sendu melalui cermin. Dia tahu keadaan nancy sudah teruk. Mungkin tak mampu dirawat lagi.
Aera yang baru sampai ke hospital segera pergi ke wad vvip. Tempat taehyung berada. Dia membuka pintu wad tersebut. Taehyung masih tidur dengan tenang.
Dia menghampiri taehyung dan duduk. "Taehyung awak nak tahu tak? Hari ni saya dapat result cemerlang. Tak lama lagi saya akan dapat ijazah tau!!"
Aera mengantikan bunga yang baru dan meletakkan pasu di tempat yang asal. "Taehyung saya nak awak ada masa saya dapat ijazah nanti. Bolehkan?"dipegangnya tangan taehyung yang sejuk itu.
"Saya rindukan awak saranghae"diusapnya rambut coklat taehyung dengan lembut. Dia berharap sangat taehyung akan sedar. Dia rindukan usikan taehyung, rengekan dan lain2 lagi.
YOU ARE READING
[C] Saranghae + Kim Taehyung
Fanfiction"I believe in you completely. You are my dearest one. My reason for life" SARANGHAE + KIM TAEHYUNG ********* Choi Aera seorang gadis berumur 20 tahun yang hanya hidup dalam kemiskinan sejak ibubapa nya meninggal dalam kemalangan. Sejak dia membantu...