59♡

4.4K 483 15
                                    

Jimin menarik yumi jauh dari gerai makanan tersebut. Jimin tak suka yumi dipandang oleh lelaki lain. Dia cemburu. "Kenapa ni chim? Saya tak puas lagi nak jalan-jalan dekat sana lah?"tanya yumi lalu ditarik oleh jimin supaya duduk disebelahnya.

Jimin hanya diamkan diri. Okay mood dia betul-betul tak baik. Yumi ingin menarik tangannya tapi digenggam jimin dengan erat. "Chim? Awak kenapa ni?"masih pertanyaan dia tidak dijawab.

Yumi mengeluh. Dia cuba menarik tangan jimin supaya melepaskan pergelangan tangannya. Dia rasa sakit. Makin erat jimin genggam. "Jimin tangan saya sakit" jimin hanya berdiam diri.

Yumi geram. "Jimin!! Tangan saya sakit!!! Awak kenapa ni hah?!"tengking yumi. Jimin baru sedar perbuatan dia tadi lalu mengusap lembut pergelangan tangan yumi yang sedikit merah.

"Maaf... Sayang..."yumi tahu jimin ada masalah. Terus dia mengusap pipi jimin. "Awak kenapa? Ada masalah ke?"tanya yumi lembut. Jimin tersenyum kecil. "Saya cemburu"luah jimin.

Berkerut dahi yumi. "Cemburu? Mana ada saya dengan orang lain tadi selain awak?"yumi cuba berfikir. "Tak saya tengok ramai namja tengok awak tadi..."yumi ketawa kecil. "Itu je pun? Saya setiap hari tengok yeoja nak ngorat awak tau? Tapi saya tak kisah pun?"perli yumi.

Jimin mencebik. "Tu awak bukan saya lah"mula lah dia mengembungkan pipi dia tu. "Tapi awak kan selalu ada di sisi saya? Buat apa awak nak cemburu macam ni.."jimin terus memeluk yumi erat.

"Yumi awak kepunyaan saya tau?"yumi hanya mengangguk aje. "Ye min yumi kepunyaan mochi SELAMA LAMANYA PUAS?"jimin mengangguk laju2 lalu tersenyum lebar.

"Jomlah kita bangun. Yumi tak puas lagi nak jalan-jalan dekat sini"jimin menggenggam erat tangan yumi dan mereka meluangkan masa bersama-sama malam itu.

🌸🌸🌸

"Awak nampak comel lah jungkook?!"yura meletakkan cekak rambut arnab pada rambut jungkook. Jungkook cuba membukanya tapi ditahan oleh yura. "Yura saya malu lah nak pakai cekak ni?!"rungut jungkook.

"Ala buat apa nak malu. Saya pun pakai juga lah"yura melihat dirinya. Dia memakai warna putih manakala jungkook warna hitam. "Awak tak pelik ke? Kita dahlah pakai hanbok lepastu pakai cekak rambut macam budak-budak ni"bebel jungkook.

"Biarlah kita lain daripada yang lain. Kan sweet gitu. Senang sikit saya nak nak kenal bunny kesayangan saya ni dari jauh"dicubitnya pipi jungkook dengan geram. Jungkook hanya mampu bersabar.

Jungkook melihat tempat mesin mengambil gambar. "Yura jom pergi ke sana"yura terus ditarik oleh jungkook. "Pergi mana?"

Mereka sampai di tempat mesin mengambil gambar yang besar. Jungkook mula masuk dan melihatnya. "Yura.."yura pun masuk. "Kenapa tempat ni sempit je?"tanya yura. Jungkook pula sibuk menekan sesuatu.

"Senyum dekat arah sana!"

Clik!

Yura dan jungkook pun mengambil gambar. "Beberapa banyak kena ambil gambar ni?"jungkook sibuk buat posing. Ingat cute ke hah?

Yura pun tak nak mengalah. Dia nak buktikan dia lagi comel dari jungkook. Tanpa sengaja yura mencium pipi jungkook. Membulat mata yura. "Eh tak sengaja lah kook"sengih yura.

Jungkook dekatkan dirinya pada yura lalu mencium bibir yura dalam beberapa saat. Muka yura dah merah. "Saranghae jeon yura"sebut jungkook. "Bila masa keluarga saya bertukar jadi jeon?!"tengking yura.

Jungkook mendengus geram. "Awak tak lama lagi!! Awak akan jadi wife kepada jeon jungkook yang hensem dan diminati ramai yeoja di luar sana"ceh puji diri sendiri nampaknya.

"Sekarang ni saya ni wife awak ke mr Jeon? Bukan kan?"kata yura tak nak kalah. "My wife jeon yura.. Cuba terima kenyataan sikit"yura menjegilkan matanya. Jungkook turut besarkan mata dia melawan mata yura.

Meh tengok siapa mata lagi besar . Mula mereka berdua bertekak antara satu sama lain. Tanpa mereka berdua sedar berpuluh puluh gambar di tangkap.

Orang yang lalu lalang pelik melihat mesin tersebut bergegar.

🌸🌸🌸

"Dah siap!"

Aera terus mengambil lukisan tersebut dari tangan taehyung. Aera tersenyum lebar bila melihat wajahnya dilukis dengan cantik menggunakan arang batu. Tangan mereka berdua pun dah comot sekarang ni.

"Pandai juga ye awak dalam seni lukisan macam ni"sebut aera. "Awak ingat saya tak belajar seni ke? Takkan lah saya sibuk belajar bisnes je 24 jam"taehyung cuba melihat lukisan aera.

Dia mencebik sebab tu bukan dirinya sebaliknya aera melukis wajah jaejin. "Saya ingatkan awak lukis wajah saya?"aera tergelak kecil. "Bila masa saya cakap saya nak lukis wajah awak? Ada saya cakap?"

Taehyung geram lalu telunjuk jarinya mencomotkan pipi aera. "Yah!! Taehyung!!"taehyung tergelak suka. "Ohh awak nak main ye?"terus aera membuat misai kucing di muka taehyung. Aera mula ketawa.

Nasib tempat mereka berdua jauh sikit dari pelanggan yang lain. Taehyung melihat dirinya dicermin kecil. Matanya merenung tajam ke arah aera yang masih ketawakan dia.

Dia tersenyum nakal. "Sayang..."diusapnya pipi aera. Habis pipi aera comot sekarang. "Taehyung?!"aera memegang kedua-dua tangan taehyung. "Jangan main lagi. Nanti susah nak bersihkan. Dahlah kita berdua pakai hanbok sekarang. Nanti kotor macam mana?"

Taehyung masih lagi dengan sengihan nakalnya. Dia menggunakan tenaganya menarik aera. Mata aera membulat bila melihat dirinya betul-betul dekat dengan taehyung. Cuma kedudukan taehyung tinggi sedikit.

Mereka berdua tengah duduk. "Sayang.."taehyung menundukkan mukanya supaya dekat dengan wajah aera. Kepala aera pula makin kebelakang. Dia cuba jauhkan diri.

"Tae-tae-hyung..."

"Hurm?.."

"Taehyung... "

"Hurm?.."

"Taehyung.."

"Hurm? Sayang.. "

Bila dia cuba panggil taehyung. Wajah taehyung makin dekat pula?! "Kedudukan kita rapat sangat"sebut aera matanya cuba pandang ke tempat lain. Tak sanggup nak renung mata taehyung yang mengoda tu.

"So?"

Hidung mereka berdua mula bersentuhan. Aera dapat rasakan hembusan nafas taehyung. Mata aera terkebil-kebil. Lama kelamaan taehyung mula menyengetkan kepalanya. Aera terus memejam matanya.

Dalam beberapa saat. Aera mendengar ketawa seseorang. Terus dia membuka matanya. Dia melihat Taehyung ketawa terbahak-bahak. Aera mengetap bibirnya geram. Sumpah malu.

"Kenapa awak ingat saya nak buat tu ke?"usik taehyung lalu ketawa kecil. "Lepasni jangan cakap dengan saya lagi?!"aera mula merajuk dan tangannya disilangkan.

"Saya gurau je lah sayang.. Mari sini sayang.."tetap juga aera tak bergerak. Masih terasa dengan usikan tersebut. Taehyung cuba memujuk aera.

"Sayang.. Saya gurau je.. Jangan lah macam ni"okay aera kalah dengan pujukan tersebut sebab taehyung terlalu comel. "Lain kali jangan buat lagi okay?"taehyung mengangguk lalu mencium sekilas bibir aera. Mereka berdua bangun untuk membasuh tangan dengan segera.

Kerana dalam 30 minit lagi acara pelepasan tanglung beramai ramai akan bermula.

🌸🌸🌸

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now