50♡

4.6K 477 24
                                    

Dua bulan kemudian

"Perlahan-lahan kookie! Kau boleh?!"jhope memberi semangat kepada jungkook. Jungkook mengambil terapi sejak 3 minggu lepas. Selepas dia sedar dari koma.

Kaki dia tak boleh bergerak. Semua tubuh badannya mula lumpuh. Tetapi dengan keajaiban dia diberikan peluang untuk boleh berjalan melalui terapi yang disarankan oleh doktor han.

Jungkook berjalan perlahan-lahan dan kedua-dua tangannya memegang besi bantuan di tepinya."kau boleh kook!! Jalan perlahan-lahan pun tak pe?! Aku tetap setia menunggu mu di sini sayang!!"

Jungkook dan doktor han tergelak kecil. Masa macam ni juga lah jhope sempat buat lawak."jeon jungkook! Jeon jungkook!"sorak jhope dari jauh. Jungkook mula kuatkan tubuh badannya dan perlahan-lahan mengerakkan kakinya perlahan-lahan.

Doktor han mencatat semua perkembangan jungkook. Sampai di garis penamat. Jhope menolong jungkook duduk di kerusi roda milik jungkook. "Bagus kook. Hyung bangga dengan kook!"

Jungkook hanya tersengih. Jhope menolak kerusi roda jungkook supaya menghampiri doktor han. Doktor han membuka setiap satu helaian kertas. Dia mengangguk lalu tersenyum.

"Bagus jungkook. Tak pernah saya melihat pesakit macam kamu memang kuat dari segi fizikal. Kalau awak teruskan usaha macam ni. Dalam sebulan ni awak dah boleh berjalan"

"Betul ke doktor?!"jhope yang paling teruja sekali. Macam dia lah yang nak berjalan bukan jungkook. Doktor han mengangguk. "Terima kasih doktor. Minggu depan kami datang lagi untuk buat terapi"

Jhope dan jungkook menunduk hormat dan mula keluar. Tiba-tiba mereka bertembung dengan jin dan arin. "Jin hyung? Arin nuna?"panggil jungkook. "Hyung buat apa dekat hospital ni?"

Jin tersenyum lebar lalu mengusap perut arin sudah membesar mencecah 3 bulan usia kandungan isterinya itu. "Ohh checkup baby. Yeoja ke namja?"tanya jhope.

"Namja. Mesti dia hebat macam hyung nanti!"jin menepuk dadanya dengan bangga. Arin tergelak kecil. Dia melihat jungkook. "Kookie macam mana okay tak?"jungkook mengangguk.

"Semuanya okay nuna?! Dalam sebulan ni kookie boleh jalan balik!"arin tersenyum lega. "Baguslah kalau macam tu kookie. Tak sabar nak tengok kookie kahwin"

"Eh mana ade nuna. Lambat lagi lah"jungkook mula malu-malu kucing. "Betul tu arin. Aku pun belum kahwin lagi ni kan dia?"kata jhope. "Dah jom kita semua balik"

Mereka semua mengangguk. "Sayang jalan perlahan lahan"jin menolong arin. Arin menolak tangan jin. "Tapi saya masih boleh berjalan dengan lancar lah sayang?"jin mencebik. "Tapi saya masih risau lah"

"Yela tapi kan sayang. Saya mengidam nak makan buah tembikai. Belikan saya boleh?"jin mengangguk. "Boleh. Semuanya untuk sayang boleh"

"Sawiitnya!! Terjeles kita dekat sini"usik jhope. "Betul tu hyung. Gula-gula mana hyung? Nak juga rasa kemanisannya... Sweet gitu!"tambah jungkook. Jin merenung tajam mereka berdua.

Mereka berdua tersengih tunjuk gigi masing-masing. Arin hanya menggelengkan kepalanya. Ada je perangai tiga sekawan ni. Dia tergelak kecil.

🌸🌸🌸

Taehyung penat seharian lepas pergi sana sini untuk meeting kerana projek-projek besar bersama ahli korporat dari dubai.

Dia mula masuk ke dalam rumah. Dia mula naik satu persatu anak tangga. Dia menuju ke bilik aera. Tempat aera berada. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik aera.

Masih juga aera terlantar dekat situ. Aera masih lagi koma. Mereka semua setuju supaya aera ditempatkan di rumah tuan kim. Supaya tidak penat berulang alik dari hospital ke rumah untuk menjenguk aera.

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now