Sudah tiga hari hara tinggal di rumah tuan kim. Masih juga taehyung melayannya kasar dan dingin. Tapi dia tetap bersabar. Mana tahu lama-lama dia boleh lembutkan hati taehyung yang bagaikan ais beku tu.
Taehyung dengan tuan kim selalu ulang alik dari rumah ke hospital melihat keadaan arin yang masih lagi di hospital. Hara teringin nak menjenguk arin tapi takut kekok pula.
Dia sering meluangkan masa dengan pembantu han dan kenal sikit-sikit apa yang jadi di rumah ini. Tapi dia langsung tak tahu mengenai aera.
Hara tertarik dengan satu bilik. Bilik itulah taehyung, tuan kim dan pembantu han sering masuk. Dia ada tanya taehyung hari itu. Taehyung menyuruhnya jangan menyibuk.
Sekarang keinginan dia untuk mengetahui apa rahsia sebalik di dalam bilik tersebut semakin menjadi-jadi. Kenapa taehyung sering masuk ke dalam bilik itu?. Hara bertekad juga hari ni dia akan masuk ke dalam bilik itu.
Sedangkan taehyung masih belum balik lagi. Dia nak ambil peluang ini. Perlahan lahan dia naik ke atas. Dia memerhati sekeliling melihat sama ada pembantu-pembantu di rumah itu ada atau tidak. Okay Bagus line clear!.
Perlahan-lahan hara menghampiri pintu tersebut. Baru dia ingin memulas tombol pintu itu. Tiba-tiba ada yang menegurnya. "Apa yang awak buat dekat sini? Kim hara?!"
Membulat mata hara mendengarnya. Tu suara taehyung?! Kedengaran suara taehyung yang garau itu seakan akan menegurnya melakukan kesilapan besar. Perlahan-lahan hara berpusing ke belakang menghadap taehyung.
Jelas matanya melihat taehyung merenung dia dengan tajam sekali. Gerun dia melihat taehyung begitu. Hara mula gagap. "Sa-saya cu-cuma---"
"Pergi!"taehyung mula besarkan suaranya sedikit. "Taehyung saya cuma--"baru dia ingin meraih lembut tangan taehyung. Terus taehyung menepisnya dengan kasar.
"Pergi aku cakap kim hara?!!"tengking taehyung kuat. Bergema suara Taehyung kedengaran di rumah itu. Sampai bahu hara terhinjut kerana terkejut dan takut sekali. Semua pembantu mula berikan taehyung dengan hara ruang untuk bersendirian.
Hara terus pergi dari situ. Air matanya mula mengalir dengan laju. Tak sangka taehyung sanggup layan dia macam tu. "Awak jahat taehyung! Hiks hiks!"terus hara masuk ke dalam biliknya.
Pembantu han melihat hal itu hanya menggelengkan kepalanya dan menegur taehyung dengan lembut. "Taehyung.. Tak baik awak layan cik hara macam tu. Saya tahu taehyung tak suka orang masuk ke dalam bilik ni. Tapi tae boleh tegur dia baik-baik kan?"
Taehyung hanya diam. Dia meraup rambut belakangnya dengan kasar. Dengan cepat dia masuk ke dalam bilik aera untuk tenangkan diri.
"Sayang.. Saya makin jahat ke? Saya perlukan awak.. Sayang.."taehyung memegang erat tangan aera dan mengadu semuanya pada aera.
🌸🌸🌸
Keesokan harinya hara cuba berbaik dengan taehyung. Tapi masih juga layanan taehyung sama dengan cara sebelum ini. "Kami berdua pergi dulu ye hara"hara mengangguk.
Tuan kim dan taehyung akan menjemput arin dan jin balik hari ini. Arin boleh keluar dari hospital hari ini.
Malam ini mereka semua ingin makan malam bersama-sama untuk menyambut kedatangan keluarga baru dalam keluarga tuan kim. Iaitu kim jaejin.
Hara mengeluh bosan. Pembantu han keluar beli barang untuk makan malam hari ni. Terpaksa lah dia berseorangan hari ni.
Pada masa yang sama taehyung dan tuan kim keluar menjemput arin dan jin. Dalam bilik aera pula ada tanda-tanda bahawa tangan aera mula bergerak sedikit demi sedikit.
YOU ARE READING
[C] Saranghae + Kim Taehyung
Fanfiction"I believe in you completely. You are my dearest one. My reason for life" SARANGHAE + KIM TAEHYUNG ********* Choi Aera seorang gadis berumur 20 tahun yang hanya hidup dalam kemiskinan sejak ibubapa nya meninggal dalam kemalangan. Sejak dia membantu...