55♡

5.3K 529 43
                                    

Honeymoon? Sepatutnya percutian honeymoon ini milik namjoon dan jenny. Tetapi jenny ingin mengajak semua orang bercuti untuk sambut perkahwinan dia dengan namjoon yang masih baru lagi.

Namjoon terpaksa bersetuju dengan permintaan jenny itu. Lain kali boleh juga dia dengan jenny berdua duaan untuk honeymoon yang seterusnya.

Mereka semua sampai di rumah penginapan. Destinasi mereka bercuti dia pulau jeju. Tak payah jauh sangat kan. "Chim! Kook! Tolong hyung angkat barang jaejin!"dengan tak rela hati jungkook dengan jimin menolong.

Macamlah tiada orang lain nak dipanggil. Dua ekor tenuk ni juga selalu jadi kuli kepada jin. Jungkook cuba mengangkat beg milik jin yang bewarna pink."hyung bawa apani?! Rasa kook kan ni bukan barang jaejin pun!"

Jungkook mengheret beg itu naik ke atas. Sementara jimin menolong mengangkat beg-beg yang kecil. Jungkook melihat jhope yang baru turun. "Hyung tolong lah kook sekejap..."jhope tiba-tiba rasa kesian lalu menolong jungkook.

Jhope tak sedar yang jungkook dah larikan diri."kook tolonglah hyung cepat!"jhope pelik lalu pusing kebelakang. Dia geram dengan biskut hangus tu."jeon jungkook?!!!!"

Jungkook hanya ketawa kecil bila dengar jeritan jhope dari atas. Dia berlari dan tak sedar dia terlanggar yura. Mereka berdua terjatuh. "Ahh! Yah!!"

Yura mengosok kepalanya yang sakit itu dan merenung tajam ke arah jungkook yang berada di atasnya. "Sorry sayang"ujar jungkook lalu tersengih. "Yang awak tak bangun lagi tu kenapa?"

Jungkook mula tersenyum nakal. Dia melihat sekeliling kosong tiada orang melainkan mereka berdua. Jungkook mula dekatkan mukanya pada yura dan tangan yura ditahannya.

Pipi yura mula membahang. "Jungkook a-awak"jungkook mula mencium bibir yura dengan lembut. Jin yang baru masuk sambil mendukung jaejin melihat perbuatan jungkook.

Mata jaejin terkebil-kebil. "Yah!!!!! Jeon jungkook!!"terus jin menutup lembut mata jaejin yang terdedah kepada benda yang tak patut budak kecil tengok.

Yang lain mendengar jeritan jin lalu turun ke bawah. Arin terus menghampiri jin dan jin terus memberi jaejin kepada arin. Dia nak kerjakan jungkook cukup-cukup. Habislah kau kook.

🌸🌸🌸

Malam tu hujan lebat. Semua aktiviti malam yang mereka rancang pada hari ni terpaksa dibatalkan. Jungkook dengan jimin berbaring di sofa. Manakala suga dan jhope duduk dilantai.

Jenny pula menyandar di sebelah namjoon. Sibuk bermain dengan lengan baju namjoon sebab bosan. Di atas tuan kim menemani jaejin bermain. Aera sibuk menolak kepala taehyung berkali kali yang tak habis-habis nak cium pipinya itu.

Yeji dengan yumi sibuk bermain tepuk tampar. Hwi dan yura kebosanan melampau. Tiba-tiba hwi menepuk tangannya dengan kuat. Semua orang menoleh ke arahnya.

"Aku ada idea! Jom main truth or dare? Siapa berani duduk dalam bulatan! Cepat!"dengan cepat mereka semua mengikut arahan hwi. Menarik juga game ni.

Jin dan arin baru turun bawah terpaksa ikut permainan bila dipaksa oleh bts dan yang lain. Mereka ikut aje. Yura mengambil botol mineral dan penutup itu diwarnainya mengunakan marker pen warna hitam.

"Cepat lah mulakan!"gesa hwi. "Yela! Sabar sikit!"yura meletakkan botol itu ditengah lalu memusingkannya. Mata semua orang fokus ke arah botol tersebut.

Botol itu berhenti pada namjoon. Namjoon mengeluh. Banyak-banyak orang dekat sini asal dia juga yang kena. Jhope tersengih kerana giliran dia untuk bertanya. "Truth or dare? Cepat pilih!"

"Pilih dare lah!! Hyung kan namja!"tegur jimin selamba. Namjoon merenung tajam ke arah jimin. Kening jimin terangkat dan tak peduli pun. Namjoon akhirnya mengangguk. "Hmm aku pilih dare"

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now