Taera mula meniup lilin bila semua selesai menyanyikan sebuah lagu hari jadi. "yeah!!!"mereka semua tepuk tangan. Aera memotong kek tersebut lalu menyuapkannya pada taera. "sedap tak?"taera mengangguk laju.
"semua jemput makan"jin pelawa mereka semua. "appa kenapa muka appa lebam semacam ni?"tanya jongguk. Jungkook geram lalu menyuap kek tersebut pada mulut anak lelakinya itu. "makan! jangan banyak tanya".
"jumi jangan cucuk dekat sini! appa sakitlah"jimin menghalang tangan kecil anak perempuannya yang menyentuh bahagian lebam di tepi bibirnya. Tapi jumi suka pula menganggu jimin.
Dari jauh suga memerhati mereka dengan tajam. Nasib baik petang tadi namjoon, taehyung, jin dan daniel menghalangnya serta mengheret badannya menjauhi jimin dan jungkook. Kalau tak memang lunyai dua ekor tenuk tu.
"appa!! nak dukung!!"yoonji menarik baju suga. Suga tersenyum manis lalu mengangkat anaknya lalu bermain dengan manja bersama yoonji. Walaupun imej suga sentiasa swag dan dingin tetapi kalau di depannya satu satunya putetri kesayangannya dia menjadi seorang yang lembut,manja dan suka menuruti permintaan yoonji kecuali dengan yoonki.
"appa!! tengok yeom oppa buat anak patung nami macam ni?!! hiks hiks"nami berlari ke arah namjoon dan memeluk pinggang namjoon sambil menangis. Namjoon melihat anak patung kesayangan nami terkoyak lalu memandang tajam ke arah namyeom. Namyeom tersengih lalu menundukkan kepalanya.
Apabila hari sudah lewat. Mereka semua meminta diri untuk pulang. "hoshik!! hyera!! mari balik!!"laung jhope sambil itu jin dan taehyung berada di depan pintu untuk melihat mereka pulang.
"Kitorang balik dulu. Gumawo sebab jemput" ujar kai sambil mendukung jaeun yang lena tidur di bahunya. Jin hanya menepuk bahu kai lalu mengucap selamat malam. "shin! seul! ucap gumawo dekat uncle taehyung dan jin".
"gumawo uncle!"ujar mereka berdua serentak. Sehun sekeluarga pun balik sebab hari sudah lewat malam. Selesai mereka semua pulang ke rumah masing-masing jin mula menghampiri jaerin yang tertidur di sofa lalu mengangkatnya perlahan.
🌼🌼🌼
Manakala aera menepuk perlahan peha taera supaya dapat tidur dengan lena. Setelah 5 minit taera akhinya terlelap sepenuhnya. Aera menarik selimut taera ke atas. Dia mencium dahi taera sekilas. "goodnight sayang.."ujarnya lalu keluar dari bilik taera.
Dia mencari kelibat taehyung di bawah tetapi taehyung langsung tiada di ruang tamu. Aera mula menyelak langsir. Dia melihat taehyung keluar sambil berjalan ke satu tempat. Aera yakin taehyung menuju ke taman malam-malam macam ni.
Tanpa membuang masa aera pergi ke peti ais lalu mengambil satu cupcake yang berjaya dia simpan semasa majlis Taera tadi. Dia meletakkan satu lilin di atas cupcake tersebut cukup menyambut hari jadi taehyung malam ni. Dia mencapai baju sejuknya terlebih dahulu lalu keluar dari rumah.
Taehyung pula berjalan jalan di sekitar taman. Walaupun gelap tetapi ada lampu menerangi suasana tersebut. Pada waktu malam makin cantik tempat tersebut. Dia masukkan kedua kedua tangannya ke dalam poket baju sejuknya sambil melihat bulan sabit dan bintang di langit.
Apabila penat berjalan dia mula duduk di bangku berdekatan sambil menghirup udara yang segar. Dia memandang ke arah langit semula. "tae rindu omma... Omma sihat?"gumam taehyung dan dia mula teringat kenangan bersama ibunya semasa dia masih kecil lagi.
Dulu ibunya selalunya menyambut hari jadinya bersama sama. Ya selalunya mereka berdua sahaja buatkan taehyung sudah cukup gembira. Dulu tuan kim sentiasa sibuk dengan kerja diluar sampai jarang luangkan masa bersama keluarganya sendiri.
Disebabkan hal itu taehyung tidak mempunyai hubungan rapat dengan tuan kim sehinggalah aera muncul buatkan dirinya dan tuan kim mula rapat dan saling memahami antara satu sama lain. Sementara taehyung masih memikirkan kenangan dahulu.
YOU ARE READING
[C] Saranghae + Kim Taehyung
Fanfiction"I believe in you completely. You are my dearest one. My reason for life" SARANGHAE + KIM TAEHYUNG ********* Choi Aera seorang gadis berumur 20 tahun yang hanya hidup dalam kemiskinan sejak ibubapa nya meninggal dalam kemalangan. Sejak dia membantu...