32♡

5.3K 558 24
                                    

"Nancy awak kenapa ni hah? Buat saya terkejut je?!"naeun mengurut dadanya yang terlampau terkejut. Tiba-tiba sahaja clara membaling telefon dia tadi.

Habis telefon clara berkecai. "Ahhhhhhhhhh"jerit clara tak puas hati lalu mengusut kan kepalanya. Dia sakit hati bila orang yang dia upah hantar gambar taehyung dengan aera tengah bermesra.

Cemburu dia meluap luap. Berkerut dahi naeun tak pernah dia tengok nancy macam ni. Nancy bagaikan psycho dan mempunyai masalah mental. Dia kena beritahu kai pasal hal ini.

"Nancy awak okay tak ni?"dia ingin memegang nancy tapi ditepis oleh nancy sendiri. Segera dia naik ke atas. Naeun mendengar nancy sekejap ketawa sekejap nangis. Dia mula risau.

"Ahhh aku benci kau choi aera?!!!!  Hahhahhahahhahhah sabar ya tunggu ajal kau tak lama lagi!!!"dia mencucuk-cucuk gambar aera menggunakan pisau berkali kali.

Naeun mendengar kai yang baru sampai segera turun ke bawah. "Kai mari sini!"tangan kai ditarik ke dapur. "Kenapa nancy macam tu? Dia macam sakit lah!"

Kai mengangkat keningnya. "Saya tak faham lah naeun. Cuba terangkan"naeun menjelaskan ape yang jadi sebentar tadi kepada kai. Kai mengangguk faham.

"Kai awak tak rasa yang nancy sakit? Jadi kenapa appa dia kurung dia dulu? "Kai berfikir dengan mendalam. "Maksud awak nancy ada penyakit mental?"naeun mengangguk.

"Saya risau lah kai"."jangan risau. Saya akan cuba siasat"naeun rasa nancy menyembunyikan sesuatu pasa dirinya daripada kai dan dia.

🌸🌸🌸

"Unnie tak nak pergi lunch ke?"arin mengelengkan kepalanya. Aera mencebik lalu keluar dari pejabat arin. "Kalau semua tak makan. Aku makan seorang jelah"kata aera sambil memegang perutnya yang berbunyi tu.

Aera mula turun pakai lif. Baru dia nak melangkah keluar dari syarikat EL. Dia lihat ramai orang yang berkerumun terutamanya pekerja-pekerja wanita di syarikat nya.

"Asal tu? Ada kemalangan ke?"aera menghampiri mereka.

Taehyung bersandar di kereta sport hitam miliknya. Dia menunggu aera keluar dari syarikat EL. Dia nak lunch dengan aera. Kata nak tunggu tapi dia yang jadi tumpuan dekat situ. Macam artis pula.

Ramai yeoja meminta nombornya,keluar makan bersama,date lah dan lain-lain. Dia hanya menolak dengan baik.

Membulat mata aera. Kenapa taehyung ada dekat sini? Baik dia pergi malas dia nak tahu pasal taehyung tu. Lagipun perut dia dah minta makanan untuk diisi.

"Choi Aera!"terus aera berhenti. Dia menoleh ke arah taehyung yang tersenyum lebar ke arahnya. Ramai yeoja cemburu dan fikir aera ialah yeoja yang bertuah.

"Jom lunch sayang.. Saya tahu awak lapar"terus tangan aera ditariknya dengan lembut ke kereta. Aera mencebik. Dipaksa pula tu masuk ke dalam kereta taehyung.

🌸🌸🌸

Clara memasuki ke dalam restoran. Dia melihat aera keseorangan duduk di situ. Terus dia menghampiri aera. Sebab nak sakitkan hati aera.

"Hi aera? Sorang je ke?"aera tersengih pada masa yang sama dia gelisah. "Tak lah ad---"taehyung menegur clara. "Clara?"clara tersenyum lebar.

"Taehyung awak pun makan dekat sini ke? Jom maka---"."saya ajak aera makan. Tula saya dekat sini"clara tergamam. Hati dia mendidih. Dia kena bersabar.

"Ohh"aera dapat rasakan renungan mata clara tak suka pada dirinya tapi mungkin dia salah anggap. "Awak boleh ikut kitorang"taehyung mencebik.

Baru nak berdua duaan dengan aera dan luangkan masa berdua dengan aera. Tapi dia kena faham juga. Menyibuk je clara ni.

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now