22♡

5.7K 538 32
                                    

Mata Taehyung meliar ke sana ke sini. Dia baru tahu dia dekat hospital. Keadaan dia sangat-sangat lemah. Dia rasa suaranya tersekat. Badannya pula langsung tak boleh bergerak.

Tiba-tiba pintu dibuka. Doktor, jururawat meluru ke arah taehyung diikuti sekali dengan tuan kim. Gembira tuan kim bila melihat taehyung sudah sedarkan diri.

"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?"doktor shin melihat ke arah taehyung. "Dia masih lagi lemah. Dalam seminggu ni dia mungkin tak boleh bercakap lagi dan gerakkan tubuh badannya. Tapi jangan risau keadaan dia akan semakin pulih selepas seminggu"

Lega hati tuan kim mendengarnya. Dia ingatkan taehyung mungkin tak sempurna lagi. Tapi nasib keajaiban yang terjadi pada taehyung.

"Tuan kim boleh teman kan taehyung sampai sihat. Sampai lah masa saya akan check dia nanti"tuan kim mengangguk faham dan mengucapkan beribuan terima kasih kepada doktor shin yang telah sedaya upaya menyelamatkan anaknya.

Selesai doktor shin dan jururawat membuat kerja mereka. Terus tuan kim menghampiri taehyung yang dah sedar tapi masih lagi dalam keadaan yang lemah.

Tuan kim mengusap rambut coklat taehyung dengan lembut. "Tae nasib baik kamu dah sedar sekarang ni. Tahu tak appa risaukan kamu?"taehyung hanya senyum.

Matanya melihat sekelilingnya ruang di biliknya. Dia mencari aera. Tapi aera tiada di situ. Dia merenung mata tuan kim. Dia ingin bercakap tapi tak mampu. Tuan kim perasan yang taehyung mahukan sesuatu.

"Taehyung ada nak apa-apa ke?"tuan kim melihat ke arah taehyung. "Ok tae kalau appa cakap sesuatu yang tae nak. Tae kena pejam mata. Faham"taehyung memejam matanya. Maksudnya dia faham.

"Makanan?"tiada respon yang diberi. "Bts?, kesihatan appa?, Rumah?,syarikat tae?"masih juga tiada respon. Tiba-tiba dia teringat akan aera. Dia mengeluh.

Akhirnya dia menyebutnya juga. "Aera?"terus taehyung memejam matanya berulang kali. Dia rindukan aera. Dia nak gadis itu disisinya. Tuan kim terpaksa menipu taehyung demi kesihatan taehyung.

"Aera ada kursus fashion dekat busan. Dalam 2 minggu lagi dia akan balik. Jangan risau"taehyung akhirnya faham. Tuan kim menyuruh taehyung berehat. Lalu taehyung tidur semula.

Tuam kim rasa bersalah menipu taehyung. Tapi dia terpaksa kalau tak hal ini akan menjejaskan kesihatan taehyung. Sampai lah taehyung betul-betul sihat. Dia akan beritahu hal yang sebenar.

🌸🌸🌸

Selepas 8 Jam di dalam pesawat. Akhirnya aera sampai juga di lapangan terbang. Dia keluar dari pintu pelepasan.

Dia tersenyum melihat aunty hira melambai lambai ke arahnya. Tapi dia ingin tahu siapa wanita cantik yang di sebelah aunty hira itu.

"Aunty!!"aunty hira terus memeluk aera dengan erat. "Aunty bersyukur sangat yang aera sudi tinggal dekat sini bersama aunty"aera tersenyum lebar.

"Ehem!"aunty hira tersengih lupa pula yang Choi Arin ada dekat sini juga. Arin melihat aera dari atas ke bawah. Adik kesayangan nya sudah membesar menjadi wanita yang sangat cantik.

"Aera ni unnie.."Dia mula sebak."unnie!!"aera terus memeluk arin dengan aera. Mereka berdua menangis. Ikatan adik beradik takkan terpisah walaupun berpisah sekalipun.

"Adik unnie dah besar sekarang ni. Aera tahu tak unnie rindukan kamu sangat-sangat"dicium pipi aera berkali kali. Sungguh rindu. Kasih sayangnya terhadap aera tidak pernah berubah walaupun agak lama dia berpisah dengan aera.

"Dah jom balik. Cukuplah berdrama depan aunty ni?! Dekat rumah boleh sambung balik"terus adik beradik choi itu mencebik. Mereka bertiga mula pulang ke rumah dalam keadaan bahagia.

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now