2♡

10.1K 968 31
                                    

Aera mula keluar daripada kereta Tuan Kim. Dia tergamam bila rumah Tuan Kim kelihatan begitu besar dan mewah.

"Jemput masuk aera. Ni dah jadi rumah Aera sekarang" ujar Tuan Kim dan Aera pun tersedar dari lamunannya bila Tuan Kim menegurnya.

Masuk sahaja kelihatan ramai pembantu rumah berdiri tersusun menjemput mereka berdua masuk. Mereka mula menunduk sopan.

"Selamat pulang tuan kim!"

Tuan kim mengangguk perlahan. Aera hanya menunduk sopan dan tersenyum manis.

"Kenalkan ini anak angkat saya Choi Aera. Saya harap awak semua dapat layan dia dengan baik"

"Baiklah tuan. Selamat datang cik Aera" kata mereka semua serentak. Aera tersengih kecil.

"Sulli mari sini"

Tuan Kim mula memanggil seorang pembantu wanita kelihatan sebaya dengannya.

"Aera kenalkan yang ini Sulli. Mulai hari ini Sulli akan jadi pembantu peribadi kamu"

Sulli tersenyum manis. "Aera awak boleh anggap saya macam kawan awak dan pada masa yang sama saya akan tolong awak"

Pada mulanya Aera tidak bersetuju tetapi atas pujukan Sulli dengan Tuan Kim akhirnya dia bersetuju juga. "Mari saya hantar awak ke ata tengok bilik awak" Aera mengangguk lalu mengikuti Sulli ke biliknya.

Sulli membuka pintu tersebut. "Mulai sekarang ini adalah bilik awak" Aera masuk lalu membesar matanya melihat bilik itu begitu luas. Siap disediakan begitu banyak jenama pakaian yang mahal dan lain-lain lagi.

Biar betul ni bilik saya?" Soal Aera dan Sulli pun mengangguk kecil.

Sulli mula menyerahkan telefon bimbit berjenama iphone 11 kepada Aera. "Mahal sangat lah telefon ni. Saya tak boleh terima" Tolak Aera lembut.

"Aera sekarang awak dah jadi anak tuan kim. Tuan kim sendiri yang hadiahkan kepada awak. Lagipun awak memang layak untuk dapat semua ni".

Aera teragak-agak untuk mengambil telefon tersebut. Sulli mengambil tangan aera dan menyerahkan telefon tersebut.

"Jaga baik-baik tau. Ini pemberian daripada Tuan Kim sendiri"

"Baik lah! Gomawo Sulli" Sulli pun tersenyum lebar lalu meminta diri untuk keluar.

Aera mula baring di atas katilnya. Aera tahu mulai hari ini kehidupan nya bakal berubah. Dia bertekad akan lupakan kisah silam nya dan kenangan buruk. Akhirnya dia terlelap kerana kepenatan.

_____________________

Menunggu Aera turun untuk bersarapan Tuan kim mengambil masa dengan membaca surat khabar. Dia tersenyum bangga bila muka Taehyung berada di depan surat khabar dan di dalamnya terdapat hasil syarikat yang telah dimajukan oleh Taehyung.

"Tuan kim? Tuan tak nak beritahu pada anak Tuan mengenai keadaan tuan masa tuan kemalangan beberapa hari lepas"

Tuan kim menoleh ke arah Kang Joon yang menunggu jawapan daripadanya. Dia melipat surat khabar tersebut dan letak di atas meja makan.

"Tak payahlah. Lagipun saya dah okay biar di fokus dengan urusan kerja dekat luar negara"ujarnya lalu meminum kopi panas itu dengan perlahan.

"Baik tuan! Tuan Taehyung mungkin akan balik esok atau lusa bila urusan dekat sana selesai"

"Baik lah. Awak boleh sambung kerja awak semula Kang Joon"

"Appa!!"

Aera menurun tangga lalu pergi ke arah Tuan kim. Dalam beberapa hari ini hubungan mereka berdua semakin hari makin erat. Baru dia dapat rasa bagaimana mempunyai anak perempuan. Berbeza sungguh dengan anak lelaki.

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now