Aera melihat sekeliling rumah yang aunty hira beli untuk mereka. "Macam mana okay tak?"aera hanya angguk. Sekarang dia nak tahu bilik tidurnya. Segera dia naik ke atas.
Dia tersenyum lebar. Pandai aunty hira reka untuknya. Dia melihat kotak-kotak yang telah dihantar ke dalam biliknya. Dia mula buka satu persatu.
Bila dia buka banyak kenangan taehyung disimpan di situ. Dia memegang rantai yang diberi taehyung kepadanya masih lagi di lehernya.
"Aku rasa sekarang masanya aku kena buka"aera perlahan membuka rantainya itu. Dia menyimpan di dalam bekas rantai iti sendiri.
Sekarang dia perlu bergegas pergi ke syarikat EL bersama aunty hira.
🌸🌸🌸
Terkejut clara bila dapat tahu jenama EL sebenarnya daripada syarikat aera. Dia hanya tersenyum palsu. Dia sangat bencikan aera. Kenapa perempuan sial ni ada dekat sini? Nak aku bunuh awal-awal ke?!
"Cik clara saya gembira jumpa dengan kamu. Saya pun tergolong dalam peminat kamu!"clara tergelak kecil. Tak mengapa dia kena berpura-pura baik depan aera untuk dapat kepercayaan aera.
"Saya pun gembira juga jumpa cik aera. Saya harap cik aera dapat bekerjasama dengan saya. Boleh saya tahu cik aera kenapa saya tak pernah nampak cik aera ketika makan malam syarikat sebab jenama cik aera merupakan pereka fesyen yang amat terkenal"
Aera tersenyum. "Saya ada dekat jepun selama ni. Lagipun saya tak gemar nak menonjol diri dekat tempat lain"nancy mengangguk faham. Patutlah rupanya dia lari ke jepun.
Kenapa dia sibuk nak balik sini pula?! Aku tak kan biarkan kau rampas taehyung balik!."cik clara dari syarikat mana ye?"
"Syarikat bighit"terdiam aera dibuatnya. Kenapa banyak-banyak syarikat tu jugalah clara punya. Aera mengelamun. Jadi dia terpaksa juga keluar masuk ke dalam syarikat tu?!
"Cik aera?"aera mula tersedar. "Baiklah nanti saya datang ke syarikat cik clara"clara mengangguk faham lalu beredar dari situ. Menyampah tengok muka aera. Lebih baik dia tengok taehyung sekarang. Tersenyum dia.
🌸🌸🌸
Aera menarik nafasnya. Sekarang dia betul dekat depan syarikat bighit. Lama dia tak masuk ke situ. Aunty hira pun satu yang cakap clara ni merupakan klien yang terpenting untuk industri fesyen.
Aera tahu mesti ada yang mengenali dia. Dari jauh aera dapat melihat tuan kim baru keluar dan masuk ke dalam kereta. Rindu nya dia terhadap tuan kim. Tuan kim tak pernah berubah. Aera menahan sebak.
Sebaik sahaja tuan kim pergi. Aera melangkah masuk dengan penuh debaran. Laju langkah dia berjalan ke kaunter pertanyaan. "Cik aera?!"aera hanya tersenyum bila ada yang mengenali dia.
Cepat-cepat dia masuk ke dalam lif. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam ruang pejabat clara. Kosong? Clara ke mana ye?. Clara berjalan dengan taehyung untuk ke pejabatnya.
Sengaja dia buat begitu. Dia ingin tahu apa reaksi aera nanti bila dapat tengok dia mesra dengan taehyung. Dia ingin aera rasa perasaan dia dahulu. Aera hanya tunggu dengan sabar. Sambil itu dia kagum dengan trofi-trofi anugerah yang dimenangkan oleh clara.
Pintu terbuka. Aera menoleh. "Cik clara mari say---"mata mereka berdua bertentangan. Siapa lagi kalau bukan taehyung dengan aera. Segera aera mengalihkan pandangannya. Dia menyuruh dirinya agar bertenang.
Lama dia tak jumpa taehyung. Rasa nak pitam dia bila jumpa taehyung tapi dia cuba bertahan. Dia kena kuat. Aera hanya tersenyum dan menunduk hormat pada taehyung.
YOU ARE READING
[C] Saranghae + Kim Taehyung
Fanfiction"I believe in you completely. You are my dearest one. My reason for life" SARANGHAE + KIM TAEHYUNG ********* Choi Aera seorang gadis berumur 20 tahun yang hanya hidup dalam kemiskinan sejak ibubapa nya meninggal dalam kemalangan. Sejak dia membantu...