8AM
Nancy sudah bersiap dengan senjata nya dan pakaiannya hari ini semua serba hitam. Dia membelek dirinya di cermin dan tersenyum sinis lalu memakai topinya.
Dia mengambil beg galas yang sudah dia masukkan macam-macam benda untuk pastikan rancangan dia akan berjaya nanti.
Sebelum dia hendak keluar dari bilik. Dia membuka laci meja soleknya. "Lupa pula barang ni.. Hehe racun untuk aera"nancy melihat pil-pil berwarna hitam yang sudah siap dibalut.
Pil itu yang dia minta dari kai dulu. Pil itu sangat beracun. Dia masukkannya ke dalam beg galas miliknya. Dia menutup semua lampu di rumah itu supaya kai dan naeun tak syak.
"Okay masa untuk main game!!! Hahahahaha"nancy mula bergerak ke majlis perkahwinan aera dan taehyung di hotel mewah bighit kepunyaan tuan kim.
🌸🌸🌸
"Bangun!! Bangun!! Bakal pengantin baru!!"jimin dengan jungkook naik ke atas katil milik taehyung dan melompat-lompat seperti kanak-kanak ribena.
Yang lain menyandar di dinding tunggu taehyung bangun dari tidur. Taehyung dapat rasakan katilnya bergegar. Taehyung mula bangun.
Dia mengosok matanya beberapa kali. Alahai dua tenuk ni lagi. Sabor jelah bila dapat kawan macam ni. "Bangunlah hyung!! Hyung tak nak kahwin ke?"tegur jungkook.
Taehyung merenung jungkook dengan tajam. Segera jungkook turun dari katil bersembunyi di belakang jin. Tahulah bahu jin lebar. Dia tersengih. "Kook gurau je.. Hehe"
"Banyak cantik kau?! Pergi mandi sekarang!!"arah jin pada jungkook sambil bercekak pinggang. Jungkook mencebik lalu mengambil tualanya dan pergi ke bilik mandi.
Taehyung mula turun dari katilnya dan langsir dibukanya seluas yang mungkin. Cantik pemandangan dekat sini. Sekarang mereka semua menginap di hotel mewah bighit untuk beberapa hari sampai majlis dia dengan aera selesai.
Taehyung tersenyum lebar. Tak tahu kenapa jantung dia berdegup dengan kencang. Jin menepuk bahu taehyung. "Dah ready ke?"taehyung menoleh ke arah jin. "Hyung.. Memang macam ni ke mula-mula hyung kahwin dulu. Sampai berdebar macam ni?"
Jin tergelak kecil. "Maklum lah taehyung. Memang macam tu lah bila semua orang nak kahwin.. Bila taehyung kahwin nanti.. Tanggungjawab taehyung besar tau nanti.. Jangan sesekali putus asa dengan perkahwinan taehyung dengan aera faham?"
Taehyung mengangguk dan mendengar nasihat jin dengan baik. "Okay hyung.. Tae janji!!"jin menolak taehyung ke tepi. "Dah pergi mandi.. Tak pasal-pasal lambat nanti!!"bebel jin. Taehyung bersiul ceria lalu menuju ke bilik mandi.
🌸🌸🌸
11:30 PM
Tuan kim, aunty hira dan arin menyambut tetamu yang datang ke majlis perkahwinan taehyung dengan aera.
Perkahwinan itu diadakan tidak terlalu mewah. Hanya biasa sahaja. Mereka menjemput ahli kenalan dan saudara mara yang dekat sahaja.
"Aunty.. Arin nak masuk dalam dulu. Nak tengok mereka dah siap ke belum?"aunty hira mengangguk. Arin masuk ke dalam. Dia melihat semua persiapan di buat dengan kemas dan cantik.
Tiba-tiba dia rasa ada satu ciuman sekilas di pipi nya. Dia terkejut melihat suaminya di sisinya sekarang. Dia terpukau dengan kekacakan suaminya itu. "Hensem sangat ke saya ni sayang?"
Arin hanya mengangguk laju. "Baby okay?"jin memegang perut arin yang membuncit sedikit. "Okay dia sihat je"arin tergelak kecil. "Sayang jangan lah buat banyak kerja sangat.. Saya risau tahu tak.."
YOU ARE READING
[C] Saranghae + Kim Taehyung
Fanfiction"I believe in you completely. You are my dearest one. My reason for life" SARANGHAE + KIM TAEHYUNG ********* Choi Aera seorang gadis berumur 20 tahun yang hanya hidup dalam kemiskinan sejak ibubapa nya meninggal dalam kemalangan. Sejak dia membantu...