Sebulan kemudian..
Hari yang ditunggu tunggu oleh semua orang bakal tiba hari ini. Hari perkahwinan aera dan taehyung bakal berlangsung di villa milik ibu taehyung yang mempunyai pemandangan yang cantik dengan alam semula jadi.
Aera dan taehyung menjemput semua kenalan rapat dan juga pekerja-pekerja tuan kim untuk meriahkan lagi majlis perkahwinan ini. Perkahwinan ini diadakan secara besar besaran dan mewah atas permintaan taehyung sendiri.
Tempoh sebulan cukup untuk membuat persiapan perkahwinan. Tetamu mula masuk satu persatu ke villa dan tuan kim bersama arin menjadi pihak kedua-dua pengantin untuk menyapa mesra tetamu yang datang.
Sehun dan sulli bersama anak lelaki mereka bernama oh shin bertegur mesra kepada arin dan jin. Tak lupa juga keluarga tuan jung serta nancy sekeluarga datang bersama untuk melihat aera dan taehyung berkahwin. Kai dan naeun bersama jongsuk juga dijemput.
"Lama tak jumpa kau arin!!"sulli memeluk erat tubuh arin. Arin membalasnya dan matanya jatuh kepada oh shin. "muka anak kau sama je macam sehun"arin mengusap lembut rambut shin.
Sementara arin dan jin melayani tetamu. Bts bersama isteri masing-masing menjadi pengapit pengantin buat aera dan taehyung. Suga risau melihat kandungan yeji yang baru 5 bulan usia kandungannya.
"Sayang okay tak ni?"yeji tergelak kecil. "awak ni jangan lah risau. Belum masa lagi saya nak beranak"bukan suga seorang sahaja namjoon juga risau melihat isterinya yang sarat mengandung.
Tetapi jenny degil juga dia nak juga tengok perkahwinan aera dan taehyung sampai setiap masa namjoon akan berkepit dengan jenny memastikan isterinya dalam keadaan yang baik.
Jhope melihat adegan tersebut lalu mengusap lembut perut hwi yang belum membesar lagi. Hwi disahkan mengandung baru tiga minggu. "Awak mesti tak sabar kan?"jhope mengangguk laju. Manakala yura dan yumi belum ada rezeki lagi untuk mengandung.
Aera menatap dirinya yang memakai gaun pengantin yang dipilih oleh taehyung sendiri tanpa pengetahuannya.
Bayangkan aera memakai gaun pengantin seperti gambar di bawah..
Dia terkejut tak sangka taehyung pandai memilih gaun tersebut. Sangat padan dan cantik buat dirinya. Arin yang masuk ke dalam bilik hanya terpesona dengan kecantikan aera.
"wah!! pandai taehyung pilih untuk kau aera.. Cantik sangat!!"puji arin. Aera tersenyum malu dan tersengih. "unnie boleh ambilkan kasut tumit tu untuk aera?"arin mengangguk.
YOU ARE READING
[C] Saranghae + Kim Taehyung
Fanfiction"I believe in you completely. You are my dearest one. My reason for life" SARANGHAE + KIM TAEHYUNG ********* Choi Aera seorang gadis berumur 20 tahun yang hanya hidup dalam kemiskinan sejak ibubapa nya meninggal dalam kemalangan. Sejak dia membantu...