62♡

3.4K 494 28
                                    

Seminggu kemudian

"You may kiss your bride"Daniel yang mendengar kata-kata paderi hanya mampu tersengih. Dia takut nancy tak benarkan. Nancy yang penat menunggu terus mencium sekilas bibir daniel. Daniel nampak terkejut.

Aera mula tepuk tangannya. "Selamat pengantin baru!!! Wu!!"aera teruja. Nancy dan daniel memandang serentak pada aera yang kecoh itu. Padahal aera seorang sahaja saksi untuk perkahwinan ini.

Selesai perkahwinan tersebut mereka perlu pulang ke rumah untuk mengemas barang. Aera yang selesai menolong daniel terus pergi masuk ke dalam bilik nancy.

Dia melihat nancy mengelamun. "Mengelamun ape tu? Tak sabar eh nak honeymoon dengan daniel oppa? Ye?"usik aera. Nancy mendengar hal itu terus menampar bahu aera dengan lembut. "Mana ada! Ish kau ni?!"

Aera hanya tergelak kecil. "Barang dah simpan semua ke? Ada nak tolong apa-apa tak?"nancy menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia teringat pasal aera mengenai taehyung.

"Macam mana dengan taehyung? Aku rasa bersalah pula kalau kau pergi macam tu je"tanya nancy. "Nanti aku akan beritahu dia. Kau janganlah risau. Aku kan janji akan bersama dengan kau sampai baby dalam kandungan kau ni lahir nanti".

Nancy terus memeluk aera dengan erat. "Kau sanggup ikut aku semata-mata nak jaga aku. Kau baik sangat aera kenapalah aku tak perasan dulu. Bodohnya aku!"aera mengelus rambut nancy dengan lembut.

"Benda dah lepas jangan nak ungkit lagi. Aku ada permintaan untuk kau? Boleh kau tunaikan tak?"nancy terus mengangguk. "Bila baby ni dah dilahirkan nanti. Aku nak kita semua balik korea semula. Aku nak kau jumpa semua orang dekat sana. Jangan risau aku ada dengan kau"

Nancy nampak ketakutan dan gelabah. "Macam mana kalau mereka semua tak suka aku. Nanti kau juga yang kena. Aku tak nak susahkan kau"aera mengengam kedua-dua tangan nancy.

"Sampai bila kau nak lari nancy. Dah tiba masa nya kau tunjuk diri kau yang baru pada mereka semua. Memang akan mengambil masa yang lama untuk mereka semua maafkan kan kau tapi aku yakin mereka akan maafkan nancy yang baru"

Nancy memandang muka aera. "Gumawo aera. Baiklah aku akan buat"aera tersenyum lebar. Tiba-tiba dia melihat telefon bimbit nancy. Nancy mengambilnya. "Telefon ni aku akan buang nanti sebab daniel akan beli telefon baru untuk kita semua"

"Boleh aku guna tak untuk call taehyung. Aku nak dia tahu keadaan aku. Kau kenal kan taehyung tu macam mana?"nancy menyerahkan telefonnya itu. "Cakap baik-baik dengan dia okay?"aera mengangguk.

Dia pun keluar dari bilik nancy dan menuju ke arah biliknya. Dia mula menekan nombor telefon taehyung. Dia rasa berdebar pula.

🌸🌸🌸

Taehyung yang hanya berkurung di dalam biliknya semenjak aera menghilangkan diri. Dia bagaikan orang yang hilang arah. Bersepah album gambar dia dengan aera di atas lantai. Katilnya pula dipenuhi gambar aera. Ya taehyung betul-betul hilang arah.

Dia menatap gambar aera daripada telefon bimbitnya. "Sayang.. Awak pergi mana... Saya rindukan awak.. Baliklah"dia mula nangis dalam diam. Tak pernah dia rasa seteruk ni sejak kehilangan omma kesayangan dia dulu. Kali ini aera pula.

013223+++++ is calling...

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tetapi dia tak kenali nombor tersebut. Taehyung pun menjawabnya.

Hello?

Taehyung?

Aera sayang.. Ni awak ke? Saya tahu ni awak sayang! Awak ada dekat mana ni?!

Aera terkejut mendengar suara taehyung yang begitu serak basah. Macam dia baru lepas habis menangis.

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now