Tengku Aizat Mukhriz , nama yang tidak asing di instagram , yelah dah nama pun instafamous , followers mencecah 1 juta , rupanya yang fuh sem ahh membuatkan ramai manusia meminatinya , bukan itu sahaja , suaranya yang merdu tambah pula dengan rupa yang kacak , fuh cair siot tapi itulah , semenjak berjumpa dengan minah bernama Tengku Fatin Adriana ni , ntahlah baca sendiri ah
______________________________________
26 Mei 2017
"Mama ! Fatin nak ke Kafe Pelangi Cinta sekejap ! Nak beli kopi ! " kata Fatin atau nama penuhnya Tengku Fatin Adriana Binti Tengku Hisyam , anak kepada pasangan Tengku Hisyam dan Datin Amirah , walaupun sering sibuk dengan pelbagai kerja , namun mereka tidak melupakan anak tunggal yang amat disayangi mereka . Datin amirah hanya mengangguk lantas memesan kepada anaknya supaya pulang awal . Fatin hanya mengangguk lantas memakai kasut converse hitamnya yang dipadankan dengan baju t-shirt hitam berlengan panjang beserta seluar jeans hitam , simple sahaja looknya namun tetap lawa . Kunci kereta dicapai lantas kereta Mercedis hitam itu meluncur laju menuju ke Kafe Cinta Pelangi .
Setibanya di sana , kereta dikunci lalu kunci dimasukkan ke dalam beg sandang tepi , lalu ditolak pintu masuk kafe tersebut dan terus ke kaunter untuk memesan kopi feberetnya , iaitu mocha , sehari tanpa kopi itu ibarat sebulan tanpamu wahai crush.
Setelah mendapat pesanannya , beliau berjalan ke pintu utama untuk keluar dan balik kerumah lah AHAHAH takkan nak ke neraka kot , ok dak.. Sambil menghirup air kopi , beliau melihat account instagramnya yang mempunyai 98k followers , #instafamous tapi malang tidak berbau kerana dia terlanggar tiang elektrik , ok tak dia langgar seorang lelaki tinggi lampai dan lelaki itu pakai baju putih , omg matilahkau fatin
" Ahh maaf maaf saya tak sengaja " kataku sambil memohon maaf , beberapa tisu ku berikan kepada lelaki tersebut namun lelaki itu merenungku.
" kau , tahu tak baju ni warna putih , habis kotor baju aku tahu tak ?!!! " jerkah lelaki tersebut. Aku hanya menjeling lelaki tersebut lalu berkata
" Encik , kan saya dah minta maaf , takkanlah nak suruh saya bukakkan baju encik pastu basuhkan kot , tak pasal nanti encik balik tanpa baju tau !" kataku sinis sambil berlalu pergi. lelaki itu mengetap bibir menahan geram .
" eihh pakcik tu jalan tak tengok depan pastu salahkan orang , lepastu tak nak maafkan orang , eih dia ingat dia siapa ?! " kataku sambil membuka kasar pintu kereta ku , kereta itu meluncur laju pulang ke rumah .
______________________________________
" Aizat dah balik " kata Aizat lalu segera menaiki tangan untuk ke bilik tidurnya , namun ibunya segera menahan
" Aizat sayang , kenapa baju ni ? " kata ibunya Puan Izliana sambil memandang muka anak keduanya. Aizat menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu berkata
" alah ibu , tadi ada minah mana tah terlanggar aizat , tu yang terkena baju tu " kata aizat sambil tersengih. Lantas langkah diatur menuju ke bilik tidurnya , baju dibuka dan dimasukkan ke dalam bakul yang dikhaskan untuk baju kotor. Lantas langkahnya diatur je almari untuk mengambil baju baharu , tiba tiba fikirannya teringat akan kejadian yang berlaku tadi.
" hmm , lawa juga minah tadi tu , aku macam pernah nampak muka dia di mana mana " aizat mengigati kejadian itu dan hanya tersengih.
" ish apa lah kau ni !" lantas dihentikan angan angannya sebentar tadi lalu membuka sliding door dan menghirup udara senja dan melihat pemandangan yang indah .
______________________________________
" ya allah Fatin Adriana ! Bangun pergi sekolah , apa nak jadi dengan anak dara sorang ni ! " jerit ibuku sambil menarik selimut yang menutupi tubuhku. Aku menutup mataku lalu menarik semula selimutku , silau !
Splash !!
" ARGHHH !!! MAMA APA NI ?!! " Kataku sambil mengelap mukaku yang basah dengan air. Ibuku gelak mengejek lalu memberi isyarat agar aku bangun dari tidur. Aku dengan malasnya mengambil tuala dan pergi je bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai membersihkan diri , aku pun menyarungkan uniform sekolah aku dan mengemaskan vest aku , lalu diambil beg sandangku dan digalas pada bahu lalu kakiku melangkah menuruni tangga dan ke dapur ubtuk mengambil sarapan , aku mengambil roti bakar dan menghirup kopi 'homemade' dan mengambil kunci kereta ku , lantas menghidupkan enjin kereta , lalu kereta Spyker C8 Preliator hitam itu meluncur laju ke Sekolah elitku.
Setibanya di sekolah , aku memarkinkan keretaku di tempat khas untuk diriku lalu bergegas ke pejabat , dalam perjalanan ke pejabat , aku terlanggar seseorang , lalu aku jatuh
"Maaf , saya tak sengaja " ujar lelaki yang melanggarku sebentar tadi. Aku menghilangkan debu pada uniformku lalu berdiri tanpa melihat ke arah gerangan yang melanggarku tadi
"Tak apa -- KAU ! " jerit Fatin sambil menunding jari kearah lelaki tersebut.Lelaki yang melanggarku semalam !
-B E R S A M B U N G -
ANDA SEDANG MEMBACA
The Black's Rules [COMPLETED]
Teen Fiction⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...
![The Black's Rules [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/123039062-64-k626612.jpg)