" w-what ?!" Kata Fatin terkejut. Dirinya menahan getaran kerana menahan air mata kerana amarah. Dia menunduk memikirkan langkah yang perlu diambil, semua ini demi keselamatan semua orang malah maruah sekolah dan keluarganya.
" Fikir Fatin , takkan kau nak malukan sekolah kita , Empire Highschool sekolah yang hebat dari segi akedemik dan kokurikulum mempunyai sejarah bunuh diri " kata Kaisara dengan riak wajah yang seram. Aizat disebelah memandang Fatin yang buntu , semua tanggungjawab berada di bahu gadis itu. Firyadi yang baru tiba mendekati Kaisara dan Aizat namun ditegah Kaisara.
" kalau korang dekat aku lompat ! Kalau aku tak dapat Aizat , sesiapa pun tak boleh dapat Aizat " kata Kaisara sambil mengacah untuk terjun. Firyadi berhenti di sebelah Fatin malah dia melihat Fatin menunduk tanda buntu. Jarang sekali Fatin menunjukkan sisinya yang lemah.
" terjunlah kalau kau berani " kata Fatin tegas. Kesemua disitu tersentak mendengar kata kata Fatin yang tidak disangka sangka. Firyadi tersenyum sinis tentang kata kata Fatin. Sudah tentu Fatin tidak akan menyerahkan apa yang dia sayang begitu sahaja. Fatin memandang Aizat yang kelihatan terkejut namun dia hanya tersenyum nipis dan mengangguk.
" oh kau cabar aku Fatin ? Nampak tak semua ! Teman wanita Aizat yang disanjungi tidak kisah akan keselamatan Aizat " kata Kaisara meremehkan Fatin. Namun Firyadi menapak perlahan lahan ke arah Aizat apabila Kaisara ralit. Dia menarik tangan Aizat lalu mereka perlahan lahan mengundurkan diri.
" Kau kan memang banyak dosa kalau kau mati pun aku kesah apa , bunuh orang racun orang fitnah orang so silakan bunuh diri aku still akan menang " kata Fatin sinis. Kaisara mencari tangan Aizat namun Aizat sudah berada berdekatan The Black.
" you own me explanation Aizat " kata Adam kepada Aizat. Aizat tersengih apabila rahsianya bocor begitu sahaja namun sekaeangdia bimbangkan keselamatan Fatin yang cuba mendekati Kaisara. Kaisara merenung tajam wajah Fatin manakala mata ungu gelap Fatin menikam anak mata Kaisara menyebabkan Kaisara merasakan ada aura yang dingin menyelubunginya. Firyadi cuba menghentikan mereka berdua namun dia sendiri buntu.
" lompatlah ! Aku cabar kau ni perempuan " kata Fatin sinis. Firyadi melihat belakang tangan Fatin yang menekan nombor 999 lalu Firyadi tahu tentang idea Fatin walaupun gila namun itu sahaja caranya. Kaisara terhenti di sebuah tembok yang mempunyai pemegang , dia melihat ke bawah dan menelan perit air liurnya. Rambut Fatin berterbangan mengikut arah angin lalu dia tersenyum sinis. Ahli Black Rose dan The Black sudah tidak keruan melihat aksi mereka berdua yang berada dihujung pagar , andai Kaisara terjatuh , dia pasti menarik Fatin dan mereka boleh jatuh bersama !
" Kaisara , sudahlahtu , turunlah " kata Farhan lembut cuba mengajak Kaisara agar tidak melakukan kerja gila. Aryana menahan tangan Farhan lalu mengeleng kepala.
" Firyadi , inilah kembar kau yang kau agungkan ! GILA ! " kata Kaisara geram melihat Firyadi yang mendiamkan diri. Kembar berdua itu hanya memandang sama sendiri.
" lompatlah " kata Firyadi apabila dia melihat ada dua buah kereta polis dan bomba memasuki perkarangan sekolah. Kaisara menjatuhkan badannya ke belakang namun ditangkap segera oleh Aizat. Semua orang terbuntang melihat Aizat yang memegang tangan Kaisara. Fatin juga tersentak melihat Aizat yang berada di hadapannya.
" kau buat apa ni Aizat !!! " kata Fatin marah melihat aksi dihadapannya. Aizat menarik tangan Kaisara.
" kau gila ke nak bagi dia lompat ?! apa jenis ketua pelajar kau ni ! fir pun sama ! Apa jenis ketua pelajar korang ni HAH !" Marah Aizat. Kaisara berbunga bunga melihat Aizat mempertahankan keselamatannya.
" Kau tu yang lembap ! Tak nampak ke bomba dekat bawah tu buat apa ! HA BAGUSLAH KATA LAH AKU TAK GUNA , Aku ada akal lah gila , kalau kau rasa macam tu baguslah , fine Aizat " kata Fatin lalu berlalu pergi meninggalkan semua orang. Firyadi merenung Aizat tajam lalu mengejar Fatin. Semua orang tersentak dengan kata kata Fatin. Aizat berasa serba salah namun dia menghiraukan segalanya dan membantu Kaisara turun.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Black's Rules [COMPLETED]
Novela Juvenil⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...
![The Black's Rules [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/123039062-64-k626612.jpg)