"Perhatian kepada Tengku Fatin Adriana dari Empire Highschool dan Jane Adrene dari Zutler Highschool , sila datang ke tempat perlawanan kerana perlawanan akhir akan bermula sebentar lagi "
Fatin mengikat rambut kelabunya dan mengetatkan tali kasutnya. Botol minumannya dibuka dan diteguk air. Nafas dihembus berat.
" Goodluck Fatin ~ banggakan sekolah kita " Kata Aizat , sambil mengenggam tangannya , gaya macam dia yang akan berlawan.
" I need to go , wish me luck " Kata Fatin lalu mengeratkan gengaman pada busurnya. Aizat memanggil Fatin lalu memberikan sesuatu padanya.
" Jangan takut , aku yakin kau boleh , ni benda ni semangat untuk kau , anggap aku ada dekat dengan kau " Kata Aizat lalu mengikat bandana merah ke tangan Fatin , Fatin tersenyum lalu mengangguk. Kakinya laju menuju ke tempat perlawanan akhir.
" Aku akan pastikan kau kalah , Fatin " Kata Jane sambil tersenyum sinis. Fatin memandang dingin lalu mengambil tempat.
Jane memulakan perlawanan dengan menarik busur dan dilepaskan , lalu anak panah itu terkena padan garisan bermata lapan. Dia tersenyum sinis lalu mengejek Fatin. Fatin menarik busur dan melemparkan pandangan dingin ke arah anak panahnya. Pandangan dingin yang jarang dilihat seluruh dunia , pandangan yang terlampau beku sehingga menyebabkan suasana terasa sejuk dan sunyi sepi. Anak panah dilepaskan dan terkena bulatan tengah yang bernilai sepuluh mata . Sorakan yang kuat didengari bergema di dalam stadium. Jane terlompong melihat pandangan dingin Fatin sebentar tadi.
" Itu dia , Pandangan dingin Fatin yang jarang kita lihat , mata yang diterima adalah 10 Mata "
Fatin senyum senget , tangan yang diikat bandana dilihat dan digenggam erat. Perlawanan diteruskan dengan meriah.
"Perlawanan berakhir dengan kemenangan Fatin dengan kutipan mata 70 Mata iaitu kesemua 10 Mata setiap pusingan manakala Jane dengan kutipan mata 20 mata "
"Sekarang kau tahu betapa bezanya kau dan aku " Kata Fatin kepada Jane lalu melepaskan ikatan rambut dan berjalan pergi. Jane mengigit bibir geram.
Aizat mendekatkan dirinya kepada Fatin dan tersenyum. Tuala kecil diberi dan dia duduk di sebelah Fatin. Fatin menghembus nafas perlahan dan mengambil Iphone 7+ nya dan menekan contact Aryana dan menelefonnya.
" Hello "
" Ary , aku nak kau jalankan plan A kita , kalau rajin ajak ja the Black tu , kalau pengetua panggil nanti aku balik pandai pandai aku settle " kata Fatin menyebabkan Aizat tersentak apabila mendengar nama The Black.
" Ok Fatin , aku pastikan plan tu berjaya , kcau "
" Plan apa ni ? " Kata Aizat kepada Fatin yang mengundang senyuman kejam Fatin.
" Plan menghalau Natasha dan Elvin " Kata Fatin sinis , lalu menerangkan tentang plan itu.
" Perhatian kepada Tengku Aizat Mukhriz dan Ray daripada ZR Highschool , sila ke tempat perlawanan akhir "
" Wish me luck " Kata Aizat dan mengemaskan rambutnya. Fatin mengetap bibirnya kerana dia kenal Ray.
" Aizat , kau .. Hati hati dengan Ray , dia tu bekas pemain England " Kata Fatin lalu mengenggam tangan Aizat dan meletakkan bandana hitam miliknya dan mengikat bandana itu pada kepala Aizat.
" Aku dah jampi bandana ni , anggap ni pembakar semangat kau , anggap ni aku berada dekat kau , semoga berjaya " Kata Fatin lalu mengeyit matanya dan berlalu pergi. Aizat terkelu lalu merasakan bahawa semangatnya semakin membara bagai api yang disimbah minyak.
" Aku akan pastikan kau kalah , dan ini akibat kau rampas crush aku , Tengku Fatin Adriana heh " Kata Ray sombong. Aizat membekukan pandangannya , dia dapat rasakan semangat daripada Fatin.
" Aizat ! I always sokong U ! Cinta Hati I " Jerit perempuan yang dijumpai semalam. Fatin menghiraukan perempuan itu dan memfokuskan kepada Aizat. Aizat memandang ke arah penonton dan memandang tepat ke arah Fatin , kedua dua mata mereka bertemu seolah mengalirkan tenaga dan semangat. Fatin mengangguk tanda selamat berjaya kepada Aizat lalu memandang ke arah Ray yang melepaskan anak panahnya.
" 9 Mata ! Ray yang merupakan bekas pemain England mendapat 9 Mata dengan sempurna "
Aizat mengigit bibir tanda gementar , namun dia memegang bandana hitam di kepalanya dan menutup matanya.
"Aku dah jampi bandana ni , anggap ni pembakar semangat kau , anggap ni aku berada dekat kau ... "
" Fatin ada dengan aku , dia sentiasa ada dengan aku " Bisik hati Aizat. Aizat membuka mata dengan pandangan yang serious seolah olah mengantikan dirinya dengan orang lain ,pandangan yang dingin muncul pada wajah Aizat yang kacak itu , dia menarik busur lalu melepaskan anak panahnya , seolah olah Fatin yang bermain dan bukan dirinya .
Semua penonton terkejut dan mula bersorak gembira dan meriah , Ray di sebelah mengetap bibir tanda marah , Aizat membuka matanya dan melihat anak panah berada tepat di bulatan tengah yang bernilai 10 mata . Fatin tersenyum nipis kerana dia tahu Aizat menjadi seakan akan dirinya .
" Wow ! wow ! wow ! Tengku Aizat Mukhriz telah mengagumkan penonton dengan pandangan yang seolah olah Tengku Fatin Adriana sedang bermain ! Menarik ! "
" Kau takkan dapat kalahkan aku sebab aku ada Fatin di sisi aku " Kata Aizat tenang lalu meneruskan pertandingan . Pertandingan diakhiri dengan 70 berbalas 68 iaitu Aizat memenangi acara ini dengan tipis. Fatin memandang Aizat dan Aizat memandang Fatin serentak mata mereka bertemu , kedua duanya tersenyum nipis.
" Kau dah berjaya " Kata Fatin sambil menghulurkan Aizat air mineral dan membetulkan bangsnya.
"Nope , kita berjaya , kalau tak ada kau aku takkan menang , terima kasih salurkan semangat kepada aku ,terima kasih ada disisi aku, terima kasih jampi bandana hitam ni " Kata Aizat sambil tersenyum nipis.
" Terima kasih sebab bagi aku bandana merah ni , tenaga kau seakan ada dengan aku , aku rasa tenang , dan terima kasih atas segalanya " Kata Fatin sambil tersenyum. Mereka berdua pergi ke pentas untuk acara penyampaian hadiah serta penutupan acara.
Empire HighSchool - 8.00 a.m.
" Ary , kenapa suruh kitaorang berkumpul ni ? " Kata Adam sambil menutup buku kimianya. Ahli The Black berasa pelik kerana tiba tiba ahli Black Rose meminta untuk mereka berkumpul di bilik Black Rose. Pertama kali ahli the Black memasuki bilik ini dan berasa kagum dengan warna bilik dan susunan barang dalam bilik ini , warna hitam dan pink lembut menjadi pilihan bilik ini serta susunan perabot yang kemas dan mempunyai meja di tengah tengah bilik itu.
" Sebenarnya aku nak ajak korang jalankan Plan A yanh dirancang Black Rose semalam , Fatin suruh jalankan harini " Kata Aryana . Ahli Black Rose yang sudah tahu hanya meneruskan kerja mereka tetapi telinga mereka masih peka. Ahli The Black menunjukkan riak pelik.
" Plan apa ni ? " Kata Danial pelik , setahunya kalau ada plan berkaitan mesti Aizat dah beritahu. Alisha sudah menunjukkan tanda tanda hendak menyepak muka Danial dengan tangannya.
" Sabar lah , Ary nak cerita tu ! " Kata Alisha sambil menjeling ke arah Danial , Danial menjelirkan lidahnya .
" Plan kami sebenarnya nak kenakan Natasha sebab aki tengok disiplin sekolah kita bukan makin elok , makin teruk adalah , dengan dia membuli pelajar , ada geng yang dia berat sebelah , itu bukan membaikkan , menjahanamkan lagi adalah " Kata Aryana. The Black mendengar plan Black Rose dan bersetuju untuk mengenakan Natasha dan Elvin yang gila kuasa.
B E R S A M B U N G
Hai guys , i'm back , sorry kalau lambat update and jarang update , bukan tak ada idea tapi sebab busy dengan homework , dahlah waktu cuti raya pun ada homework huhu , will always update , don't worry ok , vote and comment guys ❤
YOU ARE READING
The Black's Rules [COMPLETED]
Teen Fiction⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...