TBR - 50

6K 322 10
                                        

" macam mana boleh jadi macam ni " tanya Adam apabila tiba di Hospital milik keluarga Fatin. Wayar yang pelbagai serta bunyi mesin kedengaran. Bunyi hembusan nafas berat seseorang yang terbaring kaku di atas katil dipandang. Terkejut bukan kepalang apabila mendengar dari mulut gadis itu tentang kecederaan Adrian. Terus meloncat dirinya dan memecut ke hospital ini.

" Hanis tu lah , aku tak sangka dia nak ikut kitaorang berdua , tiba tiba je dia tembak perut Adrian , nasib baik aku sempat pecut datang sini " kata Fatin sambil melihat wajah pucat bersih milik Adrian. Hanis yang telah menembak Adrian melarikan diri entah ke mana , sumpah dia akan cari sampai ke lubang cacing !

" uhm , Fatin ? Aku rasa kan mesti Adrian tak bagitahu kau lagi kan pasal ni " kata Adam sambil menghulurkan satu surat putih yang dilipat kemas. Fatin menjongket kening tanda pelik.

" apa ni , Adam ? " tanya Fatin seraya memandang surat yang diterimanya tadi. Adam menguntum senyuman nipis.

" bacalah dan kau akan tahu segalanya " kata Adam lalu meninggalkan Fatin keseorangan di dalam bilik itu. Fatin memandang Adrian yang seakan tidur.

" Tembakan yang terkena bahagian perutnya sangat dalam , kita terpaksa buat pembedahan untuk buang peluru tu , tapi peluang dia untuk hidup sangat tipis "

" Adrian , kenapa kau yang kena , sepatutnya aku yang kena tembak , kenapa kau " kata Fatin lalu memegang lembut tangan milik Adrian.

" sebab aku sayangkan kau , aku cintakan kau tapi aku tak mampu nak ucapkan dekat kau " kata Adrian. Dia cuba untuk membuka matanya namun amat susah. Terasa kehangatan tangan Fatin memegang lembut tangannya. Dia cuba untuk bangun namun hampa. Dia menggerakkan jarinya.

" aku tahu kau kuat Adrian , tolong kuat dan bangun , aku taknak kehilangan kau " kata Fatin dan dia tersentak apabila tangannya terasa digenggam. Dia memandang tangannya yang memegang tangan Adrian. Dia tersenyum nipis.

" aku tahu kawan aku kuat , jadi bangunlah wahai sahabat , aku akan sentiasa tunggu kau " kata Fatin lalu mengeratkan gengaman tangannya. Tiba tiba telefonnya berdering. Dia memandang sekilas skrin telefonnya. " Aizat Mukriz "

" hello , Fatin " suara garau Aizat menyapa lembut telinga apabila panggilan diangkat. Fatin menjuih bibir tanda menyampah. Surat yang kekal ditangan disimpan di dalam poket seluar.

" kau nak apa ? " katanya kasar. Malas mahu bertekak dengan jejaka itu , buang tenaga dan air liur.

" aku nak jumpa kau , sekarang , D's Cafe , no excuse ! " katanya tegas lalu menutup panggilan. Fatin mengetap geram bibirnya. Nombor Firyadi ditekan.

" aku balik lambat harini " kata Fatin seraya panggilannya disambung. Firyadi yang dihujung panggilan memandang skrin pelik.

" kenapa balik lewat ? Nanti mama tanya aku nak jawab apa ! " kata Firyadi protes. Sudahlah kembar itu perempuan , nanti jadi apa apa dia juga yang dipersalahkan.

" Aizat ajak jumpa " kata Fatin ringkas menyebabkan Firyadi tersentak. Terngiang perbualan mereka hari lalu di kotak fikiran. Patutkah aku biarkan Aizat ?

" oh , pergilah tapi kau jaga diri lah nanti jadi apa apa aku yang susah " kata Firyadi lalu menutup panggilan. Fatin menjerit di dalam hati. Fir ! Bukan itu yang aku nak dengar ! Kereta Audi R8 dipandu laju membelah jalan raya. Malas mahu melambatkan masa , jika itu hatinya mahu sahaja dia tidak pergi.

" Lama dah ke sampai ? " kata Fatin dingin kearah Aizat yang memandangnya. Aizat memandang jam Rolex ditangan kirinya.

" tak lama pun , 5 minit ja , aku tahu kau akan bawa laju " kata Aizat lalu mempelawa Fatin untuk duduk. Minuman kegemaran Fatin telah dia pesan tadi. Fatin memandang Ice Capuccino yang elok terletak di atas meja.

The Black's Rules [COMPLETED] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang