" Awak nak pergi mana ni ? " tanya Fatin kepada Aizat. Aizat memandang telefon pintarnya lalu memandang wajah gadis kesayangannya.
" Saya nak pergi bilik guru sekejap , takut rindu ke ? " kata Aizat mengusik. Fatin menampar bahu Aizat.
" merepek ! dahlah pergi lah bilik guru tu , saya nak pergi kelas " kata Fatin lalu berjalan laju meninggalkan Aizat yang semakin galak mengusiknya. Benci !
Dalam perjalanan ke Bilik Guru , dia terserempak dengan Rizqy , salah seorang rakan sekelasnya yang berbincang dengannya mengenali masalah sekolah. Selepas beberapa minit , mereka membawa haluan yang berbeza.
" Pasti Aizat akan jatuh kalini ! " kata Hanis lalu mencalitkan minyak pengasih di belakang lehernya dan di pergelangan tangannya. Dia tersenyum sinis memandang raut wajahnya di cermin. Hanis keluar dari tandas dan mencari Aizat. Tiba di tangga , dia berjalan dengan cepat menyebabkan kakinya tergelincir.
" kau okay ke ? " tanya Rizqy apabila menangkap lengan Hanis. Hanis mengangguk perlahan.
" hati hati " kata Rizqy lalu berjalan pergi. Dia memandang Hanis yang wajahnya berubah menjadi sangat hodoh, rambut putih panjang serta bongkok , memegang tongkat.
" Aizat ! Wait ! " panggil Hanis apabila menjumpai Aizat di blok Grade 14 , Aizat menghentikan langkahnya lalu memandang Hanis.
" aku nak berdamai , sumpah ! Aku minta maaf atas segala salah silap aku pada kau " kata Hanis lalu menghulurkan tangannya. Aizat dengan ragu ragu memegang tangan Hanis.
" maaf diterima , aku pergi dulu " kata Aizat lalu berjalan pergi. Dia memegang tangannya yang sedikit berminyak. Bau kasturi...?
***
" penatnya ! " kata Fatin lalu meletakkan kepalanya di atas meja bilik pengawas. Aizat memandang sekilas lalu memegang fail dan berlalu pergi tanpa sebarang kata. Fatin memandang pelik.
" a-apa dah jadi dengan dia ? " kata Fatin lalu memandang sunyi meja Aizat. Semenjak dia pulang dari bilik guru , lelaki itu hanya senyap dan mendiamkan dirinya. Dia memanggil Aizat namun tidak dihiraukan. Hatinya sakit dilakukan begitu namun dia cuba berfikiran positif.
" Aizat ! Tunggu ! " kata Fatin lalu menghalang jalan daripada Aizat melaluinya. Aizat memandang kebawah dan melihat Fatin dingin.
" saya ada buat salah ke ? Kalau ada , bagitahulah saya. Janganlah buat saya macam ni " kata Fatin. Aizat hanya memandang dingin lalu berjalan pergi. Fatin terasa melihat apa yang dilakukan Aizat padanya. Dia cuba mengejar Aizat namun dia ternampak Hanis mendekati Aizat. Aizat senyum pada Hanis. Retak Hati Fatin melihat keadaan itu. Dia tersenyum pahit.
" kau okay ke Fatin ? Kau tengok apa ? " tanya Firyadi lalu memandang ke arah benda yang Fatin melihat. Terbuntang matanya melihat Aizat dan Hanis yang bergelak tawa.
" a-aku okay fir , jangan risau " kata Fatin lalu berjalan pergi ke keretanya. Walhal dalam hatinya , dia sudah rasa seperti ditikam berjuta pisau.
" aku dah agak yang aku tak patut buka hati aku untuk lelaki " kata Fatin perlahan. Dia menangis sepuasnya di dalam kereta.
" apa salah aku Aizat , apa salah aku ! Kenapa aku lemah sangat ! " tangis Fatin sambil menumbuknperlahan dadanya. Sakit yang tidak dapat diungkap.
" Aizat , boleh aku cakap dengan kau sekejap ? berdua ! " kata Firyadi sambil memandang dingin Hanis. Geram hatinya melihat aksi mesra kedua insan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/123039062-288-k626612.jpg)
YOU ARE READING
The Black's Rules [COMPLETED]
Teen Fiction⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...