" FATINNNNNN !!!! " jerit Aryana lalu berlari memeluk Fatin drngan erat. Fatin tersentak lalu badannya kebelakang. Aizat amemandang kedua dua gadis tersebut dengan senyuman nipis. Alisha , Ariana dan Aireen berlari ke arah mereka berdua lalu memeluk Fatin. Fatin di tengah tengah berasa lemas.
" argh ! " Fatin terjerit perlahan apabila tangannya dipegang. Ahli Black Rose serta merta melepaskan pelukan lalu memandang Fatin.
" kau okay tak ? Kau cedera ke ? kenapa korang hilang ? Apa jadi ? Siapa culik ? Kena baham ke ? " tanya Alisha seraya membelek tangan Fatin yang dibaluti bandana. Fatin menepis tangan Alisha lalu menyorok tangannya dibelakang badannya.
" tak ada apa apa , aku okay " kata Fatin lalau menjawab ringkas persoalan Alisha.
" Tangan dia ---- " belum sempat Aizat ingin memberitahu perkara sebenar kepada Black Rose , satu pandangan tajam menikam anak matanya. Fatin memandang Aizat tajam lalu membesarkan matanya tanda jangan membocorkan rahsianya. Aizat menjelir lidahnya tanda mengejek.
" sebenarnya tangan Fatin tu terseliuh , sampai naik biru , tu maksudnya dah lama benda tu sampai masuk angin , degil betul ketua korang tak reti bagitahu " kata Aizat lalu tersenyum senget. Fatin membuntangkan matanya lalu memandang ahli Black Rose yang merenungnya.
" k-kenapa korang tenung aku macam tu ? " kata Fatin lalu menelan air liurnya. Perit tekaknya apabila direnung sebegitu. Aryana menarik kuat tangan Fatin ke bawah pokok.
" Woi sakitlah gila kau nak tangan aku patah ka ! " jerit Fatin. Aryana tersengih lalu membuka bandana yang diikat pada pergelangan tangan Fatin. Warna biru pada pergelangan tangan mula terdedah lalu Aryana menekan tangan Fatin. Fatin mengerut dahinya menahan kesakitan.
" aku okaylah , jangan risau , dah jom balik , tengah tengah malam ni " kata Fatin lalu mengikat bandana ke pergelangan tangan lalu meneruskan langkah diikuti Aizat dan ahli the Black dan Black Rose yang lain. Aryana terkaku disitu lalu Farhan berjalan mendekati Aryana dan menepuk perlahan bahunya.
" jom " kata Farhan sambil tersenyum nipis lalu memegang pergelangan tangan Aryana lembut lalu berjalan kembali menuju ke tapak perkhemahan.
" kenapa kau selalu rahsiakan masalah kau dari kitaorang , aku rasa bersalah kerana semua kau tanggung seorang diri " bisik hati Aryana.
" alhamdulilah korang jumpa mereka berdua " kata Cikgu Ismail lega. Ahli Black Rose menjeling ke arah Abang Remi yang duduk berdekatan.
" alhamdulillah kami jumpa , nak harapkan ketua fasi tak guna ni , silap silap lepas 3 bulan pun tak jumpa , mati kering mereka dalam tu " kata Ariana sinis. Fatin dan Aizat memandang sesama sendiri , apa yang sudah jadi ?
" woi apa jadi ni " bisik Fatin kepada Haykal perlahan. Aizat memandang Fatin dan Haykal dengan pandangan tajam. Sakit hatinya melihat Fatin dan Haykal begitu. Aizat menjuihkan bibirnya lalu memeluk tubuh.
" kau datang sini ! " Fatin mencengkam kolar Abang Remi. Abang Remi memandang tajam Fatin , walaupun dirinya sudah dimaki dan dipukul namun dia tetap dengan pendiriannya.
" kenapa kau ikut cakap dia ? Kau biarkan aku dengan Aizat hampir kena bunuh dengan anak buah dia , Fasi bertanggungjawab sangat kau ni ! " marah Fatin tanpa menghiraukan tangannya yang terseliuh dan lengannya yang luka. Amarahnya semakin membara apabila melihat muka Hanis.
" Kau !!!!! " Fatin meluru ke arah Hanis dan mula menampar pipi Hanis geram.
" apa yang kau tak buat hati dengan aku Hah !!!! Benda tu dah lama lah bodoh ! " marah Fatin. Hanis tersenyum sinis.
" Kau rampas laki yang aku suka jadi aku akan buat benda yang sama , aku akan rampas Aizat lah bodoh ! " kata Hanis menyebabkan Aryana dan Alisha ingin mengerjakan Hanis namun tangan Fatin diangkat menunjukkan supaya tidak masuk campur.
" BENDA TU DAH LAMA , AKU TAK SUKA DIA PUN " kata Fatin geram. Hanis mendekati Fatin perlahan namun Fatin tidak berginjak walau sedikit pun malah menayangkan wajah bekunya.
" sebab kau dia tak pandang aku , sebab kau dia asyik usha kau dan bukan aku dan sebab kau dia tergila gilakan kau dan bukan aku , aku bencilah kenapa semua orang sukakan kau , semua pandang kau ! Tapi aku ? Kena hirau , semua sanjung kau !!! aku tak fahamlah " jerit Hanis geram. Seluruh pelajar disitu tersenyap. Aizat memandang Fatin yang tenang memandang Hanis.
" sebab kau sentiasa menjadi perempuan yang bodoh , kau tak sedar ada orang sayang kau support kau tapi kau ? Hiraukan dia , lupakan dia reject dia lepastu kau tanya kenapa orang yang kau cinta tak suka kau , karma ! lagi satu , dendam kau tu takkan pernah berjaya sebab aku selalu menang, aku selalu satu langkah dihadapan so thank u babai " kata Fatin lalu berlalu pergi ke khemahnya. Hanis terkedu namun dia mengetap bibir geram dan memandang tajam Abang Remi.
" oh dan lagi satu , Remi kau tak kenal aku , aku ketua Black Rose ataupun .... " Fatin mendekatkan diri ke telinga Abang Remi dan membisik ,
" Rosé Adriane "
Fatin menepuk perlahan bahu Remi lalu pergi ke khemahnya meninggalkan Remi yang terkedu. Nama itu cukup dikenalinya sewaktu berada di England , nama yang pernah terpahat dihatinya. Nama yang sering dianggap suci namun sekadar bayangan mata luar.
" kau bagitahu apa dekat dia ? " tanya Aizat , walaupun dia cemburu dengan Haykal namun dia lagi cemburu melihat Fatin dan Remi , walhal dia dan Fatin tidak mempunyai hubungan langsung.
" secret " kata Fatin lalu berjalan pergi , menghiraukan Aizat yang memanggilnya. Aizat mengeluh kasar lalu pergi ke khemah miliknya.
" Teruk jugak luka dekat lengan Fatin tu , aku baru sedar yang tangan dia tak diubati lagi " Aizat memegang minyak dan kain untuk membalut luka Fatin dan keluar dari khemah milik mereka. Dia berjalan ke arah Fatin yang duduk di bawah pokok.
" tak tidur ? " tanya Aizat lalu duduk disebelah Fatin yang memandang langit. Fatin mengeleng lalu memandang Aizat.
" kau kenapa tak tidur lagi ? " kata Fatin lalu memeluk tubuhnya. Angin dingin yang meniup menyebabkan rambutnya ditiup perlahan dan berterbangan. Aizat memandang Fatin lalu merenung setiap inci wajah Fatin. Matanya yang unik , kening yang elok terbentuk , muka putih bersih tanpa kesan jerawat , hidung yang mancung serta bibir yang merah dan mungil , Aizat hanyut dalam awangan. Fatin berasa pelik melihat Aizat yang merenungnya lalu menepuk bahu Aizat.
" kau tenung apa ! " kata Fatin tegas menyedarkan Aizat. Aizat mengeleng lalu meminta lengan Fatin yang luka. Fatin menolak namun Aizat mendesak lalu Fatin habya mengalah. Dia memandang Aizat yang khusyuk merawat lukanya.
" kenapa hati aku selalu berdegup kencang saat kau dekat dengan aku ? " Fatin berkata dalam hati. Dia kembali memandang pokok pokok yang rendang , suasana sunyi tersebut menyebabkan masing masing sibuk melayan diri.
" siap , kau tak perlu selamatkan aku , aku tak sanggup tengok kau cedera , aku masuk khemah dulu , jangan duduk luar lama lama , selamat malam sayang " kata Aizat lalu berlalu masuk ke dalam khemah. Fatin tersentak apabila perkataan sayang disebut.
" s-s-s-ay-ang ? " kata Fatin tergagap lalu mukanya memerah. Fatin mengipas perlahan mukanya yang merah lalu masuk ke dalam khenah dengan perasaan yang tidak oernah dirasainya.
" kau dah gila Aizat , sayang ? Kau memang dah gila AHHHHHH BAHAGIANYAAAA " jerit Aizat perlahan lalu segera menekup mukanya ke bantal. Masing masing tidur sambil tersenyum.
B E R S A M B U N G
Hai semua ! Tak terlambat kan author nak cakap , jadi selamat tahun baru semua , minta maaf atas segala kelewatan mengupdate dan tahun ni saya SPM jadi doakan saya serta semua batch 02 agar dapat berjaya dalam spm nanti insha allah , saya akan cuba habiskan novel ni secepat mungkin dan maybe lepas spm akan buat cerita baru tapi nak tanya korang , nak habiskan terus ke nak sambungan kalau sambubgan maybe akan tsrus ke zaman dewasa mereka so it is up to you , hope bagitahu ye ^^ ok itu je babai ~
ANDA SEDANG MEMBACA
The Black's Rules [COMPLETED]
Fiksi Remaja⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...
![The Black's Rules [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/123039062-64-k626612.jpg)