TBR - 53

5.8K 267 23
                                    

" Adrian , aku sedih " kata Fatin sambil memegang tangan Adrian yang kaki. Wajahnya basah dengan air mata. Hidungnya merah. Fatin menunduk memegang kuat tangan Adrian. Tangannya mengeletar serta badannya tidak kuat. Dia lemah.

" apa aku patut buat Adrian ? Kenapa hidup aku sukar sangat , kenapa mesti aku ? " Air mata berlinang membasahi pipi gebu miliknya. Adrian sepi tidak bersuara.

" A-a-aku pergi dulu " kata Fatin sambil menutup perlahan pintu wad itu. Tangan Adrian bergerak perlahan.

" Semuanya salah aku , andai aku tak wujud di dunia ni , andai aku tak kembali ke sini , segalanyavtakkan berlaku , kehidupan semua orang takkan kucar kacir. Kau pembawa sial ! " kata Fatin sambil menapak perlahan ke rooftop.

" kau pembawa sial , kau hanyalah manusia yang tak berguna , bawa malang kepada semua orang " kata Fatin sambil menoreh tangannya di pisau yang tumpul. Dia tersenyum suka. Sakit di tangannya tidak setanding kesakitan di hatinya.

" hello fatin ? "

" A-aizat , dengar apa aku nak cakap ni " kata Fatin dengan senyuman. Hatinya sakit , tidak mampu menahan segalanya lagi.

" kenapa dengan awak ni ? Awak okay ke ? Jangan buat saya risau Fatin "

"S-saya okay , j-jangan risaukan saya , tolong bagitahu Fir yang saya sayang dia selamanya" kata Fatin lalu menutup pantas panggilan. Air mata mengalir laju membasahi pip. Aku minta maaf , aku terpaksa.

" Ya allah , Kenapa dengan Fatin ni ? " kata Aizat dan cuba mendail semula nombor telefon Fatin. Hampa. Dia cuba mendail nombor Firyadi.

" kenapa Aizat ? "

" Fatin mana ? Dia call aku dengan suara serak nangis , tersekat sekat , lepastu suruh aku bagitahu kau yang dia sayangkan kau. Apa jadi ? " kata Aizat laju. Firyadi tersentak. Hampir sahaja telefon pemberian Fatin terhempas.

" k-kau biar betul. Sebenarnya dia keluar dari rumah , keluarga aku hancur Aizat. Semua salah Hanis. Papa aku buang dia dan sekarang aku takut dia buat apa apa yang merepek. Tolong aku cari dia Aizat , kembar aku dalam bahaya "

" f*ck ! Aku pergi dulu ! " kata Aizat lalu segera memecut keluar dari rumahnya mencari Fatin. Dia cuba untuk mencari Fatin menguna app tracker namun hampa, Fatin off telefon.

" Hospital ! " kata Aizat lalu memecut ke Hospital tempat Adrian diwadkan. Hampa , Fatin tiada di wad Adrian.

" Selamatkan kesayangan aku , bantu aku ya Allah , mana pergi awak ni sayang " kata Aizat sambil memikirkan kedudukan Fatin. Dia berjalan ke rooftop , cari ketenangan tiba tiba dia terlihat sekunjur tubuh berdiri di hujung bangunan. Selangkah dan nyawanya melayang. Hospital berketinggian 60 tingkat ini dan tubuh itu berani berada di hujung.

" F-fatin ! Apa kau cuba buat ni ? Turun sayang " kata Aizat dan perlahan menapak perlahan ke arah Fatin. Wajah Fatin memaling ke arah Aizat. Wajahnya merah dan basah , tersenyum lemah.

" jangan dekat. Aku dah penat hidup Aizat , aku dah penat. Segala yang berlaku semua salah aku. Aku pembawa sial. Aku malang dan aku sepatutnya tak patut wujud. Semua kucar kacir yang berlaku , berpunca dari aku. Sepatutnya aku mati. Aku tak layak hidup" kata Fatin lalu memandang Aizat dengan mata yang berkaca. Wajahnya sugul , tidak bermaya. Matanya bengkak , hidungnya merah. Aizat menapak perlahan lahan.

" sayang , awak tak fikir ke perasaan orang lain apabila kehilangan awak. Perasaan mama awak ? Yang mengandungkan awak dan Fir selama 9 bulan 10 hari , yang bawa awak , yang jaga awak. Perasaan Fir apabila kehilangan kembarnya , separuh nyawanya dan tubuhnya , kembar yang sentiasa membantu dan bersama. Perasaan saya ? Kehilangan seseorang yang saya cinta ! Saya Cintakan Awak ! Bukan lagi suka , bukan lagi rasa sayang di dalam hati saya , segalanya telah bertukar. Saya cintakan awak Tengku Fatin Adriana. Jangan buat saya macam ni , saya merayu ! Saya perlukan awak dalam hidup saya , saya nak awak jadi yang halal buat saya , tapi awak ? Awak fikir tak tentang perasaan saya ? " kata Aizat dengan linangan air mata. Sungguh dia takut wanita kesayangannya hilang dari hidupnya.

The Black's Rules [COMPLETED] Where stories live. Discover now