TBR - 29

6.8K 307 8
                                        

" BUDAK BUDAK BANGUN WOI DAH SAMPAI APA NI TERBONGKANG JE KERJA " Jerit Encik Ismail kepada pelajar di dalam bas. Rata-rata terkejut dengan jeritan Encik Ismail dan mula melakukan aksi yang pelik pelik namun Fatin masih berada di alam mimpi.

" Siapa tak bangun lagi ! " tanya Encik Ismail dengan suara yang lantang. Rata rata pelajar melihat ke arah Ketua Pelajar mereka yang nyenyak lena. Encik Ismail memandang Fatin dan meneguk air liur.

" korang gerakkan dia , cikgu tiba tiba ada hal " kata Encik Ismail lalu segera turun daripada bas. Para pelajar memandang pelik guru disiplin mereka dan hanya menghiraukannya. Alisha mengerakkan bahu Fatin perlahan. Fatin membuka matanya perlahan kerana silau dan menutup mukanya dengan snapback , dia mengikat rambutnya high ponytail dan membiarkan snapback itu menutupi mukanya , janji dia nampak jalan.

" Oh babe , tengoklah muka serabai euww " kata Kaisara kepada gengnya. Fatin hanya menghiraukan mereka kerana masih mamai. Kaisara mengetap bibir geram apabila tidak dihiraukan oleh Fatin . Fatin turun dari bas dan ternampak sebuah pondok bas berdekatan. Dia berjalan menuju ke sana dan menyandarkan badannya ke tiang pondok itu. Dia menutup mata. Aizat menggeleng kepala melihat telatah Fatin lalu menepuk pipi Fatin perlahan. Fatin membuka matanya dan memandang Aizat.

" kau nak apa ? " tanya Fatin dengan suaranya yang serak serak basah. Aizat hanya tersenyum.

" comelnya dia bila mamai asdfghjkl " kata Aizat di dalam hati. Dia menghulurkan air kotak milo kepada Fatin namun Fatin menolak hulurannya.

" Aku taknak , aku ngantuk nak tidur bukan lapar " kata Fatin sambil membetulkan bangsnya. Dia hanya memandang gurunya yang memberi taklimat dengan riak bosan.

" ini abang abang fasi yang akan tolong guide kamu sepanjang kem ini , kalau apa apa terjadi , tolong beritahu mereka " kata Cikgu Ismail. Fatin menutup mulutnya yang menguap sambil memandang sekitar tapak perkhemahan. Tiba tiba matanya tertacap pada susuk tubuh yang amat dikenali. Mata coklat orang tersebut memandang Fatin sambil tersenyum sinis. Fatin menunjukkan riak dinginnya kepada manusia tersebut dan memandang ke arah gurunya semula.

" Kumpulan akan dibahagikan secara random ok , jangan mengada nak tukar aku sepuk sorang sorang dan kita akan bergabung dengan Peridot Highschool. " kata Abang Remi , salah seorang ketua fasilitator dengan tegas. Fatin hanya menghiraukannya lalu mencari ahli Black Rose yang lain.

" Kumpulan pertama , Tengku Fatin Adriana , Syahirah Izzati , Hariz Fikri , Tengku Aizat Mukhriz , Zack Fakrul, Hanis Alisya dan Kaisara " nama yang disebut oleh fasilitator sebentar tadi menyentakkan Fatin dan Aizat. Masing-masing memandang satu sama lain dan meneguk air liur perlahan. Bala !

" so saya nak kamu semua berkumpul dalam kumpulan dan lantik ketua dan penolong ketua kumpulan masing masing " kata fasilitator bernama Naim. Semua bergerak mencari kumpulan masing masing. Aizat berjalan ke arah kumpulannya dan diekori Fatin. Setibanya mereka di sana , semua ahli kumpulannya menjadi senyap sunyi seperti ada aura dingin di sekeliling mereka. Hanis tersenyum sinis.

" we meet again Fatin " kata Hanis sambil menghulurkan tangan kepada Fatin. Fatin memandang dingin huluran tersebut dan berlalu pergi. Aizat memandang gadis tersebut dan hanya menghiraukannya. Dia teringat kata kata Fatin.

" walau apapun terjadi , jangan pernah percayakan dia sebab aku dah pernah masuk dalam perangkap tak guna dia "

Aizat mengeleng kepalanya perlahan. Dia mula berkumpul bersama ahli kumpulannya , dia duduk di sebelah Fatin dan Hariz. Mereka masing-masing mencadangkan nama yang akan menjadi ketua kumpulan dan penolong ketua kumpulan.

" Aku nak cadangkan Aizat jadi ketua dan Fatin jadi penolong " kata kata Syahirah menyentakkan kedua dua mereka. Rata rata bersetuju kecuali Kaisara dan Hanis.

" kenapa Fatin ? I pun layak tau jadi penolong ! I tak setuju ! " kata Kaisara dengan riak gediknya. Kata katanya disokong Hanis.

" well sekarang dua lawan tiga so ketua Aizat , penolong Fatin muktamat" kata Zack lalu menghentikan perbalahan mereka. Kaisara memuncungkan mulut.

" OKAY ! SIAPA KETUA KUMPUALN DATANG DEPAN AMBIL TAG NAMA DAN BANDANA UNTUK KETUA DAN PENOLONG " jerit Abang Remi. Fatin mengutuk dalam diam.

" cakap elok elok boleh kot , ni menjerit melalak sana sini " kutuk Fatin kepada Syahirah. Syahirah ketawa perlahan. Tidak sangka Ketua Monster Devil dan Black Rose yang merupakan School Ruler terhebat ini mudah bergaul , cuma dinginnya tidak dapat dibendung.

" nah bandana dan tag nama kau " kata Aizat sambil menghulurkan bandana hitam kepada Fatin. Fatin mengikat bandana itu di tangannya manakala Aizat mengikat bandana di atas kepala menambahkan kekacakannya.

" biy mari I tolong ikat bandana atas kepala biy " kata Kaisara sambil menghampiri Aizat namun Aizat segera melarikan diri ke arah Farhan yang memanggilnya. Hanis mendekati Fatin lalu mendekatkan badan ke badan Fatin.

" jangan ingat aku lupa pasal dendam aku pada kau , aku akan dapatkan apa yang sepatutnya hak aku , kau tunggu je aku balas dendam ye Ice Queen " kata Hanis perlahan lalu melanggar bahu Fatin kasar. Fatin mengimbangkan badannya dan tersenyum sinis lalu mengeluarkan kakinya keluar agar Hanis terlanggar kakinya. Hanis terjatuh di atas tar menyebabkan semua memandangnya.

" aku selalu satu langkah dihadapan kau okay " kata Fatin. Aizat ternampak Hanis terjatuh atas tar datang berlari ke arahnya.

" kau ok ? Macam mana kau boleh jatuh , tu tangan berdarah , Fatin kenapa tak tolong ? " kata Aizat. Fatin memeluk tubuh. Hanis tersenyum apabila Aizat menghulurkan tangan kepadanya untuk membantu. Hanis menyambut huluran itu dan tersenyum manis. Fatin menjadi panas dan hatinya tiba tiba geram dan marah dengan Aizat. Dia mengenggam tangan. Hanis berjalan bersama Aizat perlahan lahan untuk membersihkan luka dan Hanis mengambil kesempatan dengan memeluk lengan Aizat malah jejaka itu hanya membiarkan.

Kelakuan Fatin diperhatikan oleh Black Rose dan The Black , masing masing pelik dengan kelakuan Fatin dan Aizat yang hanya membiarkan gadis itu memeluk lengannya. Setahu mereka Aizat cukup benci dengan perempuan yang memegangnya. Fatin menyambung tugasnya iaitu memasang khemah. Matanya panas melihat aksi bergula Aizat dan Hanis yang elok bergelak ketawa sambil memasang khemah. Besi khemah itu hampir sahaja dibengkokkan oleh Fatin namun dia disentakkan dengan panggilan Syahirah.

" Penolong tolong cari kayu api dalam hutan " kata Zack memandangkan dia seram dengan Fatin , dia hanya memanggil Fatin Penolong. Fatin mengangguk dan berlalu pergi.
Aizat memerhati Fatin dalam diam namun hanya menyambung perbualannya dengan Hanis.

" taguna punya ketua , aku dah cakap jangan cakap dengan minah tu nak jugak dia cakap lantak ko lah " bebel Fatin perlahan sambil mengutip kayu kayu api. Entah apa silapnya , dia terjatuh dan kayu api yang dikutip terhempap ke agas tangan kanannya. Nasib dia kidal.

" auch ! Takpe Fatin kau ok kau boleh " kata Fatin lalu melihat pergelangan tangannya yang memerah. Dia menghiraukan lalu menyambung kerjanya. Disebalik pokok , seseorang memerhatinya dalam diam lalu berlalu pergi.

B E R S A M B U N G

The Black's Rules [COMPLETED] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang