" okay semua harini saya nak perkenalkan pelajar baharu " kata Puan Hannisya. Firyadi yang telah sembuh telah dibenarkan datang ke sekolah semula memandang Fatin dan Fatin memandang kembali. Masing masing pelik kerana tiada khabar berita dari datuknya tentang pelajar baharu. Seorang gadis memasuki kelas , rambut perang diikat tinggi. Pelajar tersebut memandang ke arah kelas.
" Bala ! " kata Fatin perlahan. Fatin membuntangkan matanya lalu memandang ahli Black Rose yang lain. Masing masing menayangkan riak terkejut. Aizat yang tadi memandang iPad miliknya memandang gadis dihadapan. Dia terkejut memandang gerangan gadis dihadapan lalu memandang ke arah Fatin dan masing masing terdiam.
" apa motif dia kalini " tanya Fatin perlahan namun dibalas gelengan. Gadis tersebut tersenyum melihat Fatin dan Aizat yang memandang dingin ke arahnya.
" hai saya Hanis Alisya , maybe ada yang dah kenal saya dari kem tapi selamat berkenalan " kata Hanis sambil tersenyum manis. Dalam hatinya dia sudah berbunga melihat Aizat namun api kemarahannya membesar melihat Fatin di sebelahnya.
" baiklah , kamu boleh duduk disebelah Syed Amir , angkat tangan " kata Puan Hanisya lalu Syed Amir mengangkat tangannya. Hanis berjalan mendekati tempat duduknya , sempat dia menjeling Fatin dan Aizat yang duduk bersama.
" Aizat , tolong aku soalan fizik ni " kata Fatin lalu menunjukkan soalan bab elektrik pada Aizat. Aizat tersenyum memandang Fatin lalu mengajarnya.
" thank youuuuuu " kata Fatin lalu kembali membuat latihan Fizik. Final Exam hanya berbaki lagi 6 bulan dan mereka akan menamatkan zaman highschool mereka. Disiplin sekolah mereka semakin cemerlang malah tiada kes kes yang berat berlaku.
" Fa--- " Aizat melihat Fatin meletakkan kepalanya di atas meja dan menutup kepalanya dengan buku hanya mengeleng. Bukan dia tidak tahu gadis tersebut sudah fed up menjawab soalan fizik. Cuba bagi soalan Kimia , cepat je dia siap.
" uitt sayang bangunlah " kata Aizat sambil menepuk perlahan bahu Fatin. Alisha dan Danial memandang sesama sendiri menahan diri daripada berfangirl.
" taknak buat fizikkkkkk " kata Fatin dengan suara kebudakan , lain daripada suara asalnya yang husky. Aizat menahan diri dari mencubit Fatin. Sejak bila girlfriend aku reti comel comel ni.
" buatlah , cikgu nak kutip sekejap lagi , meh saya ajar " kata Aizat memujuk. Dia mengangkat buku dari kepala Fatin. Fatin memuncungkan mulutnya dan memandang modul Fizik yang tebal. Dia tidak suka
dengan subjek Fizik ni , baginya semua soalannya merepek. Siapa nak kira graviti , tak ada gunanya.
" eiii cubit kang , tak payah buat muka comel macam tu , geram " kata Aizat menyebabkan Fatin memandang Aizat menyampah. Bila masa dia buat comel.
" Sekebun Cinta Yang Berbunga ~ " nyanyi Adam dan Haykal menyebabkan mereka berdua menoleh ke belakang.
" awat sweet sangat wei , penuh semut dekat tempat aku " kata Haykal lalu memandang Aireen yang tersenyum.
" eh eh cakap dekat kita pulak , yang engkau dengan Aireen tu menda , siap ke ------ " kata kata Aizat terputus apabila Aireen membaling kasut milik Haykal ke arah Aizat. Mukanya memerah.
" ehhh kasut aku ! Apani Aireen " kata Haykal lalu mengambil kasutnya kembali.
Tawa Alisha dan Ariana meletus apabila adegan yang sedang berlaku.
" Sayang tengok Aireen tuuuuuuu " kata Aizat lalu mengoyang goyangkan lengan Fatin berulang kali. Fatin mengeleng memandang Aizat yang macam budak budak. Hanis berjalan melintasi The Black dan Black Rose lalu memandang Fatin yang dibgin memandangnya.
" apa pandang pandang perempuan , kau ingat mata kau macam orang arab ke lawa ? Mata pun sepet ada hati nak jeling jeling eh mata mana mata " seloroh Danial mengundang tawa semua orang di dalam kelas. Hanis menahan malu lalu meninggalkan mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Black's Rules [COMPLETED]
Teen Fiction⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...
![The Black's Rules [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/123039062-64-k626612.jpg)