" Okay malam ini kita akan lakukan night walk , so saya nak kamu berpasangan sebab nanti pengsan sorang sorang tengah hutan tu naya aku " kata Abang Hakimi , salah seorang fasilitator disitu. Semua mula mencari pasangan masing masing.
" jom sekali " kata Aizat lalu menarik tangan Fatin. Fatin tersentak lalu terdorong ke arah Aizat. Nasib dia tidak terlanggar Aizat , mahu terjatuh mereka.
" Aizat ! Jom pair dengan I " kata Kaisara lalu menarik tangan Aizat. Aizat mengeleng laju.
" taknak aku , aku dah ada pasangan " kata Aizat laku menarik laju tangannya dan menarik tangan Fatin menjauhi Kaisara. Fatin hanya menurut langkah Aizat. Kaisara menghentak kakinya geram.
" kau tunggu Fatin ! eiiii " kata Kaisara lalu berlalu pergi mencari pasangan. Hanis hanya mengeleng melihat karenah Kaisara.
" lembab " kata Hanis perlahan lalu berlalu pergi. Hanis tersenyum sinis melihat dua lelaki yang mengenyit mata kepadanya , dia amat faham isyarat itu.
" bersedia Tengku Fatin Adriana , I'll take what's mine " kata Hanis.
" okay kamu berdua pula , Aizat jaga Fatin " kata Abang Hakimi. Fatin menjeling abang Hakimi lalu berjalan seiring dengan Aizat.
" ingat aku tak reti jaga diri ke ? " kata Fatin perlahan namun didengari Aizat.
" jangan cakap besar , ini hutan kita tak tahu isi dia " kata Aizat perlahan , bukan dia hendak takutkan Fatin namun itulah kebenaran. Mereka tidak tahu apa yang ada dalam hutan tersebut. Fatin berjalan perlahan kerana kakinya yang cedera , lalu dia terdengar bunyi ranting pokok dipijak , dia menoleh ke belakang.
" Aizat , kau dengar tak ? " kata Fatin perlahan seakan berbisik pada Aizat. Aizat mengeleng.
" aku rasa kita diekori lah " kata Fatin lalu mendekatkan dirinya dengan Aizat. Walaupun dia berani namun lebih selamat jika mereka berdekatan.
" Fatin , aku rasa ----- " kata kata Aizat terputus apabila belakang kepalanya dipukul. Fatin tersentak dan belum sempat melakukan apa apa , belakang kepalanya dipukul lalu dia rebah disitu.
" Target seorang , dua orang yang dapat , rezeki " kata lelaki tersebut kepada rakannya. Rakannya tersenyum suka.
Kawasan Kem
" APA MAKSUD KAU MEREKA HILANG ! NAMA FASILITATOR TAPI BODOH TAK RETI BUAT KERJA ! " lantang jeritan Aryana kedengaran oleh semua peserta kem itu. Masing masing terkejut dengan tengkingan Aryana yang sememangnya panas baran.
" KORANG PASTI KE KORANG JAGA SEMUA LALUAN , KALAU KORANG JAGA MACAM MANA DIORANG BOLEH HILANG ! LEMBAP ! " marah Ariana. Sememangnya kata kata yang keluar dari mulut Ariana pedas dan sinis. Fasilitator yang lain hanya menunduk kecuali Abang Remi. Mukanya memerah tanda marah.
" korang ni memang tak ada hormat ke ! KORANG NI MEMANG BIADAP ! INGAT KORANG NI GANGSTER SANGAT KA ? " marah Abang Remi. Abang Hakimi terkejut dengan tindakan Abang Remi.
" kau ! Memang tempah bala ! Baik korang cari kawan kawan aku sebelum aku potong kepala korang dan ikat dekat hutan ni " kata Aireen. Walaupun Aireen kurang bercakap namun kata katanya sememangnya mengerikan.
" Korang siapa nak arahkan aku ?! " kata Abang Remi geram. Farhan yang sudah tidak tahan dengan Abang Remi mencengkam kolar Abang Remi dan menolaknya ke dinding.
" Kalau kau fasi yang bertanggungjawab , kau tak akan marah kitaorang sebaliknya cari kawan kawan kitaorang , tapi kau hanya tahu marah marah marah. KAU INGAT KITAORANG TAK MARAH BILA FASI YANG BODOH DAN LEMBAP MACAM KAU NI TAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN DUA KAWAN KITAORANG ! " tengkingan Farhan menyentakkan kesemua orang disitu. Abang Remi tergaman melihat kemarahan Farhan. Alisha mendekati Abang Remi dan membisik perlahan di telinganya.
" kalau kau tahu siapa yang hilang tu , sumpah kau akan takut dan kecut perut sebab dia ketua The Monster Devil ataupun nak lebih senang Tengku Fatin Adriana , baik kau cari dia cepat sebab aku tahu kau tak nak masuk lokap right ? Takpun kau belum tahu identiti sebenar dia , kalau kau tahu identiti dia sumpah kau sedang tempah bala sekarang jadi cari diorang berdua sebelum apa apa yang teruk jadi dekat kau " bisik Alisha sinis. Abang Remi meneguk air liur perlahan.
Situasi Fatin dan Aizat
" aduh , sakit kepala aku " kata Fatin lalu memegang belakang kepalanya. Bau darah yang kuat menusuk hidungnya. Dia melihat sekelilingnya , tiada siapa , dia cuba untuk bangun namun kakinya tiba tiba sakit. Dia terduduk disitu.
" ahh lepas satu satu , lepasni apa ? hujan lebat ? " kata Fatin geram. Kakinya dibalut dengan kemas walaupun kain tersebut terkoyak. Dia melihat sekeliling , tiada siapa. Dia cuba untuk berjalan mencari sesiapa namun hampa , tiada seorang pun ada disitu , hanya ditemani bunyi cengkerik dan bunyi angin. Dia memeluk tubuh kerana kesejukan.
Dia berjalan tanpa arah tuju , tiba tiba matanya terpandang susuk tubuh yang duduk tersandar di sebuah pokok. Dia mendekati pokok tersebut , matanya memandang wajah lelaki tersebut , Aizat !" Fatin , k-kau okay ke ? " tanya Aizat dengan suara yang serak basah , rambutnya terjuntai kebawah dan dia mengajak Fatin kesitu. Fatin berjalan menurutinya ke situ dan duduk di sebelah Aizat. Masing masing senyap , Fatin memeluk tubuhnya dan cuba menutup mata sementara menunggu siang hari , tiba tiba bahunya terasa seperti dipeluk , dia membuka mata dan melihat Aizat meletakkan separuh sweater miliknya ke bahu Fatin dan mendekatkan dirinya ke Fatin.
" senyap je , aku taknak kau sejuk " kata Aizat seraya menutup matanya. Fatin mengalihkan pandangannya. Dia menutup mata perlahan lalu masing masing tidur bersandar antara satu sama lain.
" Prakkkk "
Bunyi ranting kayu menyedarkan Fatin , dia membuka matanya perlahan lalu memandang sekeliling , dia terpandang susuk tubuh yng tinggi memegang parang yang panjang. Dia mengerakkan Aizat perlahan lahan.
"K-kena---- " belum sempat Aizat berkata kata , Fatin meletakkan jari telunjuk ke mulutnya dan menunjuk tubuh yang memegang parang itu. Muka maskng masing pucat lesi apabila melihat manusia itu. Mereka bergerak perlahan lahan ke arah semak samun yang berdekatan.
"M-macam mana ni ? " terketar ketar suara Fatin berbisik. Aizat memandang Fatin yang kelihatan ketakutan itu segera memegang tangannya.
" Don't worry , we'll be fine " kata Aizat perlahan bagi meyakinkan Fatin. Fatin mengangguk lalu bersembunyi daripada lelaki yang tidak dikenali mereka. Tiba tiba mata parang tersebut berada tepat dihadapan mereka berdua , masing masing menahan nafas.
" aduh , mana dua orang tu, mati aku kalau boss tahu " kata lelaki tersebut lalu berlalu pergi. Aizat dan Fatin menghembus nafas lega.
" kenapa dia nak cari kita ? " tanya Fatin ketakutan , walaupun dia seorang yang berani namun disebabkan ketakutannya yang lalu , dia menjadi takut.
" aku rasa mesti ada yang tak kena , motif apa kita berdua diculik ? " kata Aizat tenang. Walaupun dirinya takut namun dia terpaksa beranikan dirinya kerana dia perlu melindungi dirinya serta gadis ini.
" jom ! Aku nampak sungai dihujung sana " kata Aizat dan menarik tangan Fatin ke arah sungai itu. Dia menunduk kepalanya lalu membersihkan mukanya yang dipenuhi darah. Dia membasuh rambutnya. Fatin melihat Aizat dari jauh dengan tenang.
" selamatkanlah kami , kalau berdendam dengan aku , jangan libatkan dia , dia tidak bersalah " kata Fatin di dalam hatinya. Riak wajah Aizat diteliti , bermula dari rambutnya yang basah dan terjuntai kehadapan , matanya yang bundar , anak mata berwarna hijau gelap , mukanya yang putih bersih , hidung mancung serta bibir yang merah. Sungguh sempurna lelaki tersebut.
" kau termenung apa " kata kata Aizat menyentakkannya. Fatin mengeleng seraya memandang Aizat. Tiada kecacatan langsung padanya. Tiba tiba matanya terpandang susuk tubuh dibelakang Aizat yang mengangkat parang dan bila bila masa akan membelah belakang badan lelaki itu.
" AIZATTT !!!!!! " jerit Fatin
B E R S A M B U N G
![](https://img.wattpad.com/cover/123039062-288-k626612.jpg)
YOU ARE READING
The Black's Rules [COMPLETED]
Ficção Adolescente⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...