TBR - 38

6.7K 289 20
                                        

" Fatin ? Jom teman aku pergi pantai " kata Aizat kepada Fatin apabila mereka menjalankan duty mereka. Fatin memalingkan mukanya pada Aizat dan mendongak melihat Aizat yang tinggi darinya.

" emm bolehlah lagipun dah lama tak pergi berjalan " kata Fatin lalu membetulkan lengan kemejanya. Jam Rolex di tangan kanannya dipandang. 7.55 pagi.

" yes , nanti aku datang ambil ye " kata Aizat lalu mereka berjalan menuju ke kelas. Disebalik dinding , seseorang tersenyum sinis mendengar kata kata Aizat.

" aku dah agak korang ada relay , tak lama Fatin , Aizat akan jadi hak aku " katanya lalu berjalan pergi.

5 PM - Kawasan Rumah Fatin

" siapa tu ? " kata seseorang dari luar ketika Aizat membunyikan loceng rumah. Firyadi membuka pintu dan tersenyum melihat muka Aizat.

" kau nak apa sia datang rumah aku " kata Firyadi selamba menjemput Aizat masuk. Ibu Fatin menyapa Aizat ramah dengan senyuman dan menjeling ke arah Firyadi.

" apa cakap macam tu dekat tetamu , cili mulut tu nanti " kata Datin Amirah kepada Firyadi. Firyadi tersenyum nakal lalu duduk di sofa berhadapan Aizat.

" alah Mama dia ni kawan Fir jugak biarlah lagipun dia bakal ----" kata kata Firyadi terputus apabila Fatin memotong kata katanya.

" bakal apa ? Kau nak mati ke Fir ? " kata Fatin selamba merosakkan rambut Firyadi yang kemas. Memuncung Firyadi sambil membetulkan rambutnya.

" dahlah , tak payah layan mamat senget ni , jom " kata Fatin selamba menarik tangan Aizat. Aizat memandang tangannya yang ditarik.

" nak ikut " kata Firyadi seraya melakukan muka comel kepada Fatin. Aizat membuat muka menyampah manakala Fatin menolak muka Firyadi.

" tak payah kau duduk ja rumah diam diam dengan Mama , Mama kitaorang pergidulu " kata Fatin lalu melangkah keluar setelah selesai memakai kasut Nike Roshe Run miliknya. Firyadi tersenyum sinis.

" mama ! Fir pinjam kereta Fatin tak apa kan ? " kata Firyadi seraya mengambil kunci kereta Tesla Model S milik Fatin lalu keluar dari pekarangan rumah mengekori kereta Aizat dan Fatin. Misi spy bermula

" Mari tengok kemana Aizat nak bawa Fatin dating hehe " kata Firyadi sambil mendengar lagu yang keluar melalui corong radio dan memfokuskan matanya ke kereta Lamborghini Aventador milik Aizat. Kedua kereta tersebut membelah jalan raya dan menuju ke pantai.

" kenapa aku rasa macam diekori " kata Fatin. Aizat memandang Fatin sekilas lalu memfokuskan dirinya kembali ke jalan raya. Fatin menghiraukan kata hatinya lalu membaca berita dari Empire Board.

" dah sampai " kata Aizat lalu menghentikan enjin kereta miliknya. Firyadi yang tiba disitu memparkingkan kereta jauh dari mereka dan tersorok kerana dia bimbang Fatin ada mengecam kereta kesayangannya.

"Jom turun " kata Fatin lalu membuka pintu dan memboloskan dirinya ke tepi tembok yang berdekatan. Angin sejuk menerpa ke wajahnya dan menyebabkan rambutnya bertiupan mengikuti arah pergerakan angin. Aizat tersenyum melihat pemandangan pantai serta Fatin dihadapannya yang menikmati pemandangan tersebut.

" kau nak tahu something tak ? " kata Aizat kepada Fatin sambil merehatkan tangannya di tembok. Angin sejuk meniup rambutnya yang elok terpacak serta mata hijau gelap miliknya memansang ke wajah putih Fatin.

" aku ajak kau ke pantai sebab aku nak kau lihat pemandangan indah disini , aku nak cipta kenangan dengan kau , aku nak ingat semua kenangan tu sampai tua dan andai kita berjodoh , aku harap hubungan kita ni kekal dan kenangan semua akan tersimpan elok di minda aku sehingga aku tua " kata Aizat sambil tersenyum. Fatin tersenyum nipis.

" andai itu semua benar , bahagiakanlah aku , mari cipta kenangan bersama dan aku akan ingat semua tu sampai mati , namun jika berlaku sesuatu antara kita , aku mohon beri aku masa dan aku harap kau sanggup tunggu aku sehingga aku bersedia dan kalau benar kau bukan jodoh aku maka lupakanlah aku " kata Fatin lalu memegang tangan Aizat. Aizat mengenggam lembut tangan kecil Fatin.

" aku yakin kau memang pilihan aku yang tepat , aku yakin yang kita telah ditakdirkan bersama dan aku tak akan lupakan kau sebab aku tak nak segala kenangan manis kita lenyap " kata Aizat. Firyadi yang mendengar ingin termuntah dengan aksi aksi sweet mereka. Dia menangkap beberapa gambar lalu kembali ke kereta.

" fatin " panggil Aizat dan apabila Fatin menoleh , Kamera Nikon milik aizat berbunyi menyebabkan Aizat tersenyum. Fatin memuncungkan bibirnya tanda protes.

" mana adil mesti tak lawa " kata Fatin lalu ingin mengambil kamera tersebut namun Aizat segera mengangkat tinggi kamera tersebut.

" nope ! Kau takkan dapat kamera ni " kata Aizat lalu berlari turun ke pantai , Fatin mengejar Aizat di sepanjang persisiran pantai dan terhenti apabila melihat seekor anak ketam di tapi pantai. Fatin duduk mencamgkung dan tersenyum melihat anak ketam itu. Aizat kenangkap gambar milik Fatin lalu mendekati Fatin.

" hey girl , i want to let you know that I love you " kata Aizat smabil menongkat dagu memandang Fatin yang sibuk memandang anak ketam tersebut. Fatin tersenyum nipis.

" i love you too " kata Fatin lalu berlari meninggalkan Aizat. Aizat tersentak lalu jantungnya berdegup kencang. Dia tersenyum lalu berlari mendapatkan Fatin dan memeluk Fatin dari belakang. Mereka tersenyum lalu duduk melihat permandangan matahari terbenam di pantai.

___________________________________

" geli sia dengar diorang berdua ni memang orang angau macam tu ke ?" Kata Firyadi sambil berjalan berseorangan di mall. Tiba tiba dia terlanggar seorang gadis.

" sorry " kata Firyadi lalu membantu gadis itu berdiri. Tanpa memandang , Firyadi berlalu pergi meninggalkan gadis yang terpingga pingga. Perlahan lahan gadis itu mengukir senyuman.

___________________________________
3 minggu kemudian

" Aizat ? Ada orang nak jumpa dekat rooftop waktu rehat " kata Aufa kepada Aizat. Aizat hanya mengangguk tanpa sebarang tanda tanya namun Fatin yang disebelahnya terdiam , siapa yang ingin berjumpa dengan Aizat di rooftop pulak tu.

" kau tak rasa pelik ke ? " kata Fatin kepada Aizat namun dibalas gelengan. Sudahlah Kaisara tidak datang ke sekolah selama 2 bulan semenjak kem semakin pelik dirinya namun dia hanya menghiraukan. Mereka berjalan beriringan ke kelas lalu masing masing duduk di tempat duduk mereka dan memulakan pelajaran. Namun fikiran Fatin melayang memikirkan tentang perkara sebenatar tadi , entah kenapa dirinya rasa pelik malah dia berasa tidak sedap hari.

" mana Aizat ? " kata Aireen kepada Fatin. Fatin mengeleng tamda tidak tahu. Farhan dan Haykal berlari ke arah Fatin dan Aireen. Mereka berdua pelik melihat Haykal dan Farhan.

" fatin kau kena cepat , Aizat dalam bahaya ! " kata Farhan seraya menarik tangan Fatin ke rooftop. Fatin terlejut lantas terdorong mengikuti Farhan ke rooftop. Setibanya di sana , Fatin melihat Aizat yang berada di hujung rooftop bersama Kaisara yang sudah lama tidak memunculkam dirinya. Muka Fatin kembali cuak memandang Aizat dan Kaisara.

" Fatin fatin , akhirnya kau sampai jugak mesti kau tak sabar nak tengok Aizat mati dengan aku kan ? " kata Kaisara sambil tersenyum sinis. Mukanya cengkung dan pucat. Fatin menelan air liur perit. Dia menapak selangkah demi langkah ke arah Kaisara.

" kaisara , tak ada guna buat benda macam ni , kenapa kau nak bunuh diri dan Aizat ? Tak sayang nyawa ? Dah banyak pahala " kata Fatin namun masih terdapat kata sindiran. Ahli The Black menepuk dahi mendengar kata kata Fatin.

" sebab apa kau tanya ? kau dah rampas hak aku !!!! Aizat ni kepunyaan aku !!" Kata Kaisara lalu mengundurkan dirinya kebelakang sambil menarik Aizat. Mereka berdua berada di hujung rooftop , selangkah lagi maka habislah riwayat mereka.

" kau nak aku buat apa ? Kau pun tahu aku tak ada hubungan dengan dia " kata Fatin lalu memandang Aizat yang memandang sayu ke arahnya.

" kau ingat aku bodoh ? aku tau korang berdua couple lah bodoh !" Kata kata Kaisara menyebtakkan ahli The Black dan Black Rose. Mereka tersentak mendengar penyataan Kaisara.

" Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni ? Aku buat baik sekarang ni jangan sampai angin syaitan aku datang " kata Fatin seakan hilang sabar.

" aku nak kau putus dengan Aizat "

B E R S A M B U N G

The Black's Rules [COMPLETED] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang