" awak nak bawak saya pergi mana ni ? " kata Fatin sambil melihat keluar melihat permandangan kawasan pantai. Aizat tersenyum lalu memandu menuju ke arah sebuah resort bersebelahan laut. Bunyi air laut memhempas pantai menenangkan jiwa , air laut yang jernih kebiruan menambah ketenangan mata serta cahaya matahari yang hampir terbenam menambahkan kecantikan suasana laut pada ketika itu. Fatin berdiri berseorangan sementara Aizat pergi menyelesaikan urusan penempatan mereka. Angin meniup rambut perang miliknya lembut. Fatin menutup mata menikmati kesejukan angin di pantai tersebut , entah mengapa dia berasa tenang , dijauhi dari segala masalah keluarga serta masalah peribadinya.
" Fa--- " kata kata Aizat terhenti melihat Fatin yang berdiri sambil menutup mata menikmati ketenangan pantai. Aizat tersenyum nipis. Kamera Nikon miliknya dikeluarkan dan gambar Fatin ditangkap tanpa disedari tuan badan sendiri.
" hey , jom ? " tangan dihulur dihadapan Fatin. Fatin melihat tangan Aizat yang dihulur kearahnya lalu disambut huluran tangan Aizat lalu mereka berdua berjalan bersama.
" so , kenapa bawak saya kesini ? " kata Fatin sambil mendongak melihat Aizat.
" kata nak cipta kenangan kan ? so let us do it " kata Aizat selamba mencuit hidung mancung Fatin. Fatin memuncungkan bibirnya.
" act---- " kata kata Fatin terhenti apabila mereka tiba dihadapan resort yang terserlah indah.
" ni bilik kau , sebelah bilik kau bilik aku. Rehatlah , nanti aku ajak kau pergi dinner " kata Aizat lalu menghulurkan kunci bilik kepada Fatin.
" kau kena bagitahu dia , jangan bagi fakehope dekat dia "
" macam mana aku nak bagitahu dia ? " gumam Fatin apabila dia memasuki biliknya. Dia memegang rantai berbentuk bulan sabit bersama bintang di lehernya laku tersenyum.
" lawanya rantai ni " kata Fatin sambil membelek rantai di kedai barangan kemas. dia mengangkat rantai perak berbentuk bulan sabit dan bintang.
" aku tak sangka kau peminat barangan kemas , ingatkan minat kereta sport ja "
" diam ! " kata Fatin lalu menjeling tajam ke arah Aizat yang memandangnya dengan sengihan. Fatin menghulurkan kad kredit hitam miliknya.
" kau boleh Fatin , semua ni untuk kebaikan dia " kata Fatin lalu menapak ke balkoni berhadapan pantai. Dia memandang permandangan matahari terbenam berseorangan. Namun tanpa dia sedari , Aizat berada di sebelah balkoni melihat Fatin lalu segera masuk ke dalam.
" kenapa hati aku rasa lain macam ni ? " kata Aizat seraya meletakkan tangan kanannya ke dada kiri.
___________________________________
" Firyadi ! Tunggu saya ! " kata seorang gadis sambil mengejar Firyadi yang berjalan laju sambil kengalas beg nike miliknya.
" kau nak apa " kata Firyadi dingin. Malas mahu melihat wajah sepupunya yang tidak habis habis mahu menempel dengannya.
" Jom keluar ? Movie ka shopping ka ? " kata Haura' sambil memeluk lengan sasa Firyadi. Firyadi menolak laju tangan milik Haura'.
" berhenti dekat dengan aku bodoh. kau ingat aku suka kau ke gila ? 1000 tahun akan datang sekalipun , aku takkan suka kau apatah lagi pilih kau " kata Firyadi lalu berjalan laju meninggalkan Haura' namun Haura' tetap mengejarnya. Firyadi terpandang seorang gadis lalu segera meluru ke arah gadis tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Black's Rules [COMPLETED]
Teen Fiction⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...
![The Black's Rules [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/123039062-64-k626612.jpg)