" Fatin , Fatin , bangun " kata Aizat perlahan apabila melihat Fatin yang tidur di atas kerusi di hadapan dewan bedah. Fatin mengosok perlahan matanya lalu melilau ke kana dan ke kiri.
" Kau cari apa ni ? " tanya Aizat melihat Fatin yang tidak keruan. Air mata bertakung di tubir mata Fatin.
" mana Fir Aizat ? Mana Fir " tanya Fatin sambil menahan air matanya yang hampir menitis. Aizat memandang sayu wajah milik Fatin.
" Fir dalam bilik bedah lagi , tak keluar lagi , jangan risau semuanya akan okay " kata Aizat perlahan menarik tangan Fatin dan mengusap perlahan.
" t-tapi , a-aku mimpi dia mati , aku mimpi dia tinggalkan aku " kata Fatin seraya air matanya jatuh membasahi pipi gebu miliknya.
" Fir okay , dia pasti okay , dia kuat dan kau pun kena kuat untuk dia " kata Aizat lalu mengenggam erat tangan Fatin. Fatin mengangguk perlahan.
" keluarga Tengku Firyadi Ishfar ? " tanya Doktor yang baru keluar dari bilik bedah tersebut. Fatin meluru ke arah doktor tersebut.
" Firyadi macam mana ? Dia okay ke ? " tanya Fatin sejurus berada dihadapan doktor tersebut.
" Tengku okay namun dia mungkin tidak sedarkan diri dalam jangka masa yang agak lama kerana kami membuat pembedahan membuang darah beku di dalam kepalanya , saya harap tengku bersabar ye , saya pergi dulu " kata Doktor tersebut lalu pergi meninggalkan Fatin di hadapan pintu bilik bedah. Fatin memandang sayu pintu bilik bedah dan mengeluh.
" Fatin , jom " ajak Aizat lalu menarik perlahan tangan Fatin dan keluar dari perkarangan hospital. Mereka berjalan berdua di jalan pejalan kaki tanpa bersuara. Fatin melayan perasaan , otaknya kosong entah ingin gembira mahupun sedih dengan berita tadi.
" kau nak pergi mana ni " tanya Fatin memecahkan kesunyian di antara mereka. Aizat hanya memuncungkan bibirnya ke arah suatu cafe , Cafe Pelangi Cinta.
" kau ingat kan Cafe ni ? Kau tumpahkan kopi atas baju aku " kata Aizat tersenyum nipis. Fatin hanya menarik senyuman nipis. Tak mungkin dia lupa peristiwa di mana dia terlanggar Aizat , walaupun cliche namun itulah kebenaran.
" kau pun acah macho , ingat style ah tu " kata Fatin. Dia menyeluk poketnya dan dia tersedar yang telefonnya rosak.
" jom , aku nak beli telefon baru " kata Fatin lalu menarik tangan Aizat. Kereta milik Aizat meluncur laju membelah jalan raya menuju ke IOI Mall.
" kau nak beli fon apa ni " kata Aizat. Fatin menunjukkan Iphone XR berwarna merah dan Iphone X.
" Belilah Xs terus alang alang " kata Aizat. Fatin memandang kedua Iphone tersebut dan memilih dua Iphone Xs berwarna hitam.
" kenapa dua ? " tanya Aizat melihat Fatin yang membayar harga telefon tersebut. Fatin tersenyum nipis lalu mendekati Aizat.
" Fir satu , aku tak bagi lagi hadiah birthday dia " kata Fatin lalu mereka berdua berjalan sekitar mall tersebut. Tiba tiba Fatin ditarik ke belakang menyebabkan Fatin terdorong ke belakang. Fatin dan Aizat tersentak lalu memandang gerangan manakah yang menarik Fatin.
" H-hanis ? "
" hai sweetheart , miss me ? " kata Hanis sambil tersenyum sinis. Fatin mendiamkan diri lalu tersenyum selamba. Aizat dapat merasakan panahan mata antara dua manusia di hadapannya.
" apa yang kau nak ? Balas dendam lagi ke ? " kata Fatin sinis. Hanis tersenyum melihat Fatin lalu berjalan dan merempuh bahu Fatin.
" jumpa lagi sayang " kata Hanis kepada Aizat lalu berlalu pergi. Aizat meremang kegelian mendengar Hanis berkata sebegitu.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Black's Rules [COMPLETED]
Novela Juvenil⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...
![The Black's Rules [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/123039062-64-k626612.jpg)