" Wow ! sungguh hebat persembahan pembukaan daripada Tengku Aryana Alisa dengan Tengku Farhan sebentar tadi , betul tak Aireen ? " tanya Haykal.
" betul tu haykal , malahan ending pose mereka umpama mereka benar benar terpisah " kata Aireen lancar. Dalam hatinya tidak habis habis dia menyumpah serana kerana selepas ini persembahan Fatin dan Aizat.
" ok seterusnya kita saksikan persembahan dance daripada pasangan sejoli kita harini , Tengku Fatin Adriana dan Tengku Aizag Mukhriz , berikan tepukan yang gemuruh ! " kata Haykal lalu berlalu kebelakang pentas.
Fatin duduk di atas lantai stage bersebelahan dengan Aizat , bersedia untuk menari. Fatin mengenakan white shirt dan dipadankan dengan cardigan berwarna merah dan kasut nike putih manakala Aizat memakai shirt putih bersama cardigan berwarna hijau gelap. Rambut Fatin dilepaskan. Makeup nipis dipakai pada wajah Fatin dan lip tint merah dipakai pada bibir Fatin.
Lagu Company by Justin dipasang lalu Fatin dan Aizat menari bersama , adakala mereka mendekatkan muka mereka menyebabkan pelajar disitu menjerit. Mereka menari dengan sangat lincah sehingga ramai pelajar kagum dengan mereka.
Kemudian dance mereka yang kedua dimulakan , sememangnya tidak dinafikan kedua dua mereka nampak sangat sesuai bersama , menyebabkan banyak scene yang romantik terhasil di dalam tarian mereka. Aireen yang melihat di tepi pentas mula mengenggam kertas sehingga kertas itu ronyok , mukanya merah padam.
"Tak guna kau Fatin "
Tarian mereka diakhiri dengan ending pose dimana wajah Aizat dan Fatin berdekatan antara satu sama lain. Hembusan nafas sesama sendiri dapat dirasai mereka berdua. Tepukan gemuruh kedengaran di dalam dewan tersebut. Aizat dan Fatin berlari ke belakang pentas dan bersedia untuk persembahan penutup mereka.
" Anda semua seronok dengan persembahan tadi ? " tanya Aireen lalu rata rata pelajar menjerit Ya. Farhan dan Adam mula mendapatkan Aizat di belakang pentas untuk menyiapkan dia manakala Aryana dan Ariana mula mendapatkan Fatin.
" Fuh panas woi panas aku nak kipas " jerit Aizat setibanya di dalam bilik persalinan.
" Kipas sekejap lagi , kau pergi tikar baju kau sekarang ! Persembahan kau ada dalam 15 minit lagi ! " kata Farhan sambil mengelap peluh di dahi Aizat. Dah macam PA dah.
"Btw korang berdua sweet ah , dengam masing masing muka dekat sesama sendiri acah acah nak kiss AHHHHHH SWEET SIALLL " jerit Danial sambil berfanboy. Dengan serta merta bantal dibaling kepada Danial.
" H-hotak kau ! Ish dahlah aku nak salin baju " kata Aizat. Dia terdemgar ketawa daripada Danial dan Farhan.
" malu ke abang Aizat HAHAHAH " kata Farhan mengejek. Danial ketawa dengan kuat.
" diamlah korang "
" Fatin you have 15 minutes " kata Aryana kepada Fatin. Fatin mengangguk lalu masuk ke dalam bilik persalinan. Ariana memandang ke arah Aryana sambil bercakap perlahan.
" sweet lah diorang dua tadi , i cannot " kata Ariana sambil mangipas dirinya. Terbayang tarian duet daripada aizat dan fatin sebentar tadi.
" kan dahlah masing masing acah nak kiss , asdfghjkl nak fangirl " kata Aryana. Ariana dan Aryana menampar sesama sendiri.
" sekarang tibalah persembahan penutup kita daripada Tengku Fatin Adriana dam Tengku Aizat Mukriz , mereka membawakan lagu Perfect By Ed Sheeran , dipersilakan " kata Aireen dan disambut tepukan gemuruh daripada pelajar.
Langsir merah yang menutupi ruang pentas dibuka dan Aizat berdiri di tengah pentas berseorangan , Aizat mengenakan suit putih beserta tie hitam dan dipadankan dengan mask yang menutupi sebahagian mukanya. Kabus ditambah diatas pentas menambahkan suasana romantik serta lampu spotlight dihalakan betul betul pada Aizat.
YOU ARE READING
The Black's Rules [COMPLETED]
Ficção Adolescente⚠️ Jangan baca kalau tak suka :) ❝ Black Rose Dah Kembali ! S line , Lawa , Cantik , Comel ❞ Jangan pandang sebelah mata , Black Rose , terdiri daripada 5 Gadis Cantik berpangkat Tengku yang dahulunya Pengawas paling kejam di Empire Highschool . Me...