TBR - 30

6.7K 306 5
                                    

" auch , pergelangan tangan aku makin merah " kata Fatin perlahan. Nasib dia sedang berseorangan di dalam khemah. Dia memegang perlahan pergelangan tangannya lalu mengeluh. Dia mengikat bandana penolong yang didapatinya tadi di pergelangan tangannya supaya menutupi kemerahan pada tangannya. Dia mula keluar dari khemah untuk aktiviti seterusnya.

" Sekarang kita akan mulakan aktiviti Jungle Trekking , Penolong sila ke hadapan untuk ambil peta dan kompas " kata Abang Hafiz. Semua penolong setiap kumpulan ke hadapan mengambil peta dan kompas. Semasa ingin mengambil , Tangan Fafin ditolak sehinggakan dia mengerut dahi.

" fatin kau okay ke ? " tanya Ariana risau. Fatin mengangguk , dia tidak mahu rakan rakannya risau tentangnya. Dia kembali ke kumpulannya. Hatinya panas melihat Hanis bersembang dengan Aizat mesra. Aizat pun melayan Hanis dengan biasa .

" dia ni lupa ke apa yang aku dah kata ? Sial punya perempuan " kata Fatin dalam hati. Dia menghampiri Aizat dan menghulurkan peta kepadanya. Tiada senyuman nipis seperti selalu dan hanya pandangan dingin. Aizat memandang pelik Fatin dan mengambil peta yang dihulur dan tanpa sempat bertanya pada Fatin , dia telah berlalu pergi ke Syahirah.

" kenapa dia ni pelik sangat " kata Aizat lalu hanya membiarkan Fatin berlalu ke Syahirah. Dia memandang ke arah Hanis yang khusyuk bercerita lalu berlalu pergi menghiraukan Hanis.

" Tak guna dia tinggalkan aku bercerita sorang sorang , habis kalau orang tengok nanti orang cop aku orang gila " kata Hanis keoada Kaisara geram.

" engko jangan lah rapat sangat dengan bakal suami aku tu , jeles lah " kata Kaisara perlahan kepada Hanis. Hanis tersenyum sinis lalu mengangguk , namun siapa tahu isi hati Hanis.

" sorry kaisara tapi kalau itu yang Fatin suka dan sayang , aku akan rampas " kata Hati Hanis.

" Fatin kau okay ke ? " tanya Aizat sewaktu berjalan menaiki bukit. Fatin memandang Aizat pelik dan hanya mengangguk. Aizat memandang riak wajah Fatin yang seakan menyembunyikan sesuatu.

" Cepatlah korang ! Ehh berdating pulak " kata Hariz sambil memeluk tubuh. Fatin berjalan laju kehadapan meninggalkan Aizat dibelakang. Dia berdiri di sebelah Syahirah dan meneruskan perjalanan. Aizat menyeluk poket seluarnya dan meneruskan perjalanan.

" Fatin ! Kau okay kan ? " kata Syahirah sebaik melihat Fatin terjatuh selepas tersadung kayu besar. Fatin menahan sakitnya lalu mengangguk. Syahirah membantu Fatin bangun dan memapah Fatin. Aizat segera ke arah Fatin.

" kau okay ke ? " tanya Aizat. Fatin mengangguk laku ingin berjalan pergi namun kakinya tiba tiba sakit menyebabkan dia ingin terjatuh. Aizat memegang tangan Fatin sebelum diri Fatin terjatuh menghempap tanah.

" mari aku tengok kaki kau " kata Aizat lalu menarik Fatin perlahan ke sebuah pokok yang agak tinggi dan redang.

" aku okaylah ! Tepi aku nak oergi dekat syahirah ! " tepis Fatin. Aizat merenung Fatin tajam.

" baik kau ikut aku sebelum aku usung kau balik ke kem dalam keadaan macam orang baru kahwin tu " kata Aizat mengugut Fatin. Fatin membulatkan matanya geram dengan ugutan Aizat.

" suka hati kau lah " akhirnya Fatin mengalah lalu membiarkan Aizat membelek kakinya yang cedera itu.

" Kaki kau terseliuh ni " kata Aizat laku membelek kaki Fatin. Fatin mengerut dahinya menahan sakit. Dia terpaksa menurunkan egonya semata mata Aizat ingin membantunya. Aizat membalut kaki Fatin dengan cermat. Fatin secara senyap senyap memandang Aizat yang khusyuk membalut kakinya.

" dah puas tenung muka hensem aku ? " tanya Aizat menyebabkan Fatin tersentak. Dia mengalihkan pandangan ke arah kumpulan yang sedang berehat tidak jauh dari mereka.

The Black's Rules [COMPLETED] Where stories live. Discover now